DA12 🌸

2.4K 129 18
                                    

DHIYA ARYANAA

~kau amanah Allah untuk aku jaga~

🐝🐝🐝

RAFEEQ mengatur langkah ke bilik, namun langkahnya terhenti di hadapan bilik Dhiya. Kepala dijengahkan sedikit, Dhiya yang sedang membuat kerja sekolah sambil tiarap di atas katil itu dipandang. Senyuman nakal terukir di bibirnya, perlahan-lahan dia menapak ke arah Dhiya dan-

"Bah!!!" sergahnya, Dhiya menoleh. Sikit pun dia tak terkejut dengan jerkahan Rafeeq malah dia pelik, siapa yang bawah umur sekarang ni?

"Eh tak terkejut?" soal Rafeeq, dia menongkat dagu. Dhiya menggeleng, tak terkejut langsung.

"Buat homework apa tu?"

"Tak payah tanya" jawab Dhiya senada, mood merajuk onz! Rafeeq mencebik, pelik pula tiba-tiba Dhiya berubah.

"Hm, saya tanya ni"

"Homework cikgu lah! Madah suruh saya buat nota satu bab, dasar gila" marah Dhiya, Rafeeq tersenyum. Lah pasal tu ke.

"Padan muka, siapa suruh berangan. Dah lah berangan, menjawab pulak tu"

"Cikgu yang banyak membebel, nak salahkan saya pulak" marah Dhiya lagi, Rafeeq tergelak. Comel je lah bini aku bila marah!

"Cikgu ni membebel je kenapa? Cium sampai bisu kang baru tahu!"

Kata-kata Dhiya bermain diingatan.

"Tadi kata nak cium saya?"

"Tadi je" jawab Dhiya, tangannya masih ralit melukis peta minda. Rafeeq mencebik, entah bagaimana pandangannya jatuh pada dada Dhiya yang terdedah kerana posisinya yang sedang meniarap.

"Haih lah, kenapa tak buat homework dekat meja Dhiya?" lembut pertanyaannya, Dhiya menggeleng.

"Saya lagi selesa buat dekat atas katil, nanti ngantuk boleh terus tidur" jawab Dhiya, sikit demi sikit mood merajuknya hilang.

"Suka hati awak lah, terima kasih lah belanja. Saya dapat pahala, awak pun dapat pahala" ujar Rafeeq, Dhiya menjongket kening.

"What do you mean by pahala?"

"Tu!" mulutnya memuncung, Dhiya menunduk.

"Shit! Mata cikgu ni memang-... eyy! Lantak lah" marah Dhiya, bantal diambil untuk menutup dadanya yang terdedah.

"Kenapa tutup? Tak nak pahala ke?"

"Banyak lagi benda yang saya boleh buat untuk dapat pahala. Dari saya dapat dosa maki cikgu, baik cikgu diam" ujar Dhiya seraya menjeling, Rafeeq tergelak.

"Dhiya, tadi awak borak apa je dengan Inara?" soal Rafeeq, tiba-tiba rasa takut.

"Tak ada apa pun, dia mintak saya pujukkan mama untuk terima dia as menantu" jawab Dhiya, Rafeeq menjongket kening.

"Then, awak agree?"

"Why not?" soal Dhiya semula, Rafeeq tergamam. Bukan ke Dhiya cintakannya? Bagaimana gadis itu boleh tabah menerima gadis lain mengambil tempatnya, siap pujukkan mak mertua lagi tu!

Dhiya AryanaaWhere stories live. Discover now