DA07 🌸

2.2K 112 9
                                    

DHIYA ARYANAA

~kau amanah Allah untuk aku jaga~

🐝🐝🐝

"AKU TERIMA NIKAHNYA Dhiya Aryanaa binti Khairi dengan mas kahwin yang tersebut tunai"

"Sah?"

"Sah"

" Alhamdulillah"

Dengan sekali lafaz, Rafeeq sudah bergelar seorang suami. Menjadi seorang suami yang baik adalah impiannya dari dulu lagi, namun bukan suami kepada pelajar sendiri melainkan suami kepada seorang gadis bergelar Putri Inara.

Semuanya berlaku bertentangan dengan rancangan hidupnya bersama Inara, hancur harapannya. Syukur semua ahli keluarganya mempercayakan mereka berdua memandangkan Puan Azlina juga sudah diberitahu oleh Rafeeq sebelum itu. Kalau tak, keadaan mesti akan jadi lebih teruk.

"Adik" lembut panggilan Encik Hairi menyapa halwa telinga. Dhiya mengangkat wajah, habis basah baju Aina akibat airmata dan hingus adiknya itu.

"Abi tahu adik dengan Feeq tak salah. Ni dah takdir, apa-apa pun kita kena redha. Faham?" soal Encik Hairi, semakin laju airmata Dhiya mengalir. Bagai mahu terjun bangunan pun ada saat itu, tak percaya lelaki yang bergelar guru sudah bertukar status menjadi suaminya. Bagaimana kalau hal ini sampai ke pelajar di  sekolahnya, malu dia dibuatnya.

"Feeq, jaga Dhiya baik-baik. Walaupun penyatuan kamu dengan dia dengan cara macam ni, dia tetap tanggungjawab kamu sekarang ni. Faham?" pesan Encik Arif kepada anak lelakinya itu, Rafeeq hanya mengangguk faham.

"Pakcik!" panggilnya, lelaki yang menyerangnya di rumah tadi menoleh.

"Ye saya?"

"Boleh saya tahu siapa yang buat aduan?" soal Rafeeq, penasaran hatinya saat itu.

"Maaf, kami tak kan memberitahu siapa yang membuat aduan"

"Pakcik tolong pakcik, saya janji saya takkan berdendam pun. Saya cuma nak tahu siapa, tolong pakcik" rayu Rafeeq, lelaki berusia hampir separuh abad itu memandang ahli keluarga Rafeeq yang juga menunggu jawapan. Dia mengeluh, nak tak nak beritahu lah jugak.

"Jiran kamu, dia yang membuat aduan. Dia risau jika ada perkara yang buruk berlaku antara kamu berdua. Lagi pun, memang dah tanggungjawab dia sesama Islam untuk saling mengingatkan. Anggap saja lah ini semua dah ditentukan, gadis ini sememangnya jodoh kamu. Pakcik doakan rumah tangga yang kamu bina ni membuahkan kebahagian kamu berdua dunia akhirat, pakcik balik dulu. Assalamualaikum" pamit lelaki itu lalu beredar, terkebil-kebil Rafeeq dibuatnya.

Jiran sebelah?

Dia tak pernah pun berbual dengan jiran sebelah, apatah lagi mengambil tahu hal orang. Tapi sibuk pula jirannya ini menjaga halnya, haish! Kini, bagaimana pertunangannya dengan Inara? Mengapa kedua ibu bapanya seperti tidak mengambil tahu langsung tentang statusnya yang masih bergelar tunang orang? Ikutkan hati, mahu saja dia bangkitkan isu tentang hubungan pertunangannya dengan Inara tapi dia tahu yang dia hanya akan memburukkan lagi keadaan.

🌸🌸🌸

DHIYA menaiki tangga ke bilik, berat hatinya untuk tinggal di situ. Tidak pernah dia merancang untuk dikahwinkan dengan cara sebegitu, memang tak boleh terima akal. Dia akui, dia mencintai Rafeeq. Namun bukan ini cara penyatuan yang dimahukan. Beg bajunya Rafeeq letak di hadapan bilik.

Dhiya AryanaaWhere stories live. Discover now