DA27 🌸

6.9K 230 73
                                    

DHIYA ARYANAA

~kau amanah Allah untuk aku jaga~

🐝🐝🐝

LANGKAH demi langkah diatur ke dewan sekolah itu, tangan Puan Lia juga dipeluk bagai tidak mahu lepas. Berdebar jantungnya saat itu, entah apa keputusan yang bakal diterima. Sekeliling dewan itu diperhati, namun bayang suaminya itu langsung tidak kelihatan.

"Cari siapa?"

"Cari Abang Feeq, dia kata nak teman adik" Dhiya mengadu, mulutnya memuncung.

"Ada hal lah tu, busy agaknya" celah Encik Khairi, Dhiya hanya mengangguk faham. Mereka mencari meja yang berlabel kelas 5 Akaun, Puan Shida yang melambai itu didekati namun sempat pula Dhiya melencong ke tempat Miera.

"Weh!!!! Kau dah ambil belum?" soal Dhiya, Miera menyimpul senyum.

"Tadaa!!!! 8A 1B woii!!!" jerit Miera, membuntang biji mata Dhiya.

"Weh ya Allah weh!!!!!!! Congrats dooo!!!!" terlompat-lompat mereka berpelukan di situ, terlalu gembira.

"Ok ok rileks, now kau pulak pergi ambil. Jom jom!" tangan Dhiya ditarik ke arah Puan Shida.

"Assalamualaikum madam" tangan Puan Shida disalam, kedua ibu bapanya sudah terlebih dahulu berkenalan dengan gurunya itu.

"Walaikumsalam, ha Dhiya duduk" arah Puan Shida, Dhiya tersengeh sebelum melabuhkan punggung di kerusi. Kedua ibu bapanya berdiri di belakangnya bersama Miera, semakin berdebar lah Dhiya dibuatnya.

"So, dah ready belum?" soal Puan Shida, tangannya mengeluarkan sehelai kertas yang merupakan keputusan Dhiya. Gadis itu menghela nafas, fuh!

"Bismillahirrahmanirrahim, dah madam!"

"Ok baiklah, bismillahirrahmanirrahim. Tahniah Dhiya, alhamdulillah awak berjaya memperoleh straight A which is 5A plus and  4A" ujar Puan Shida dengan senyuman, membuntang biji mata masing-masing.

"AAAA!!!!!!!! ALHAMDULILLAH YA ALLAH!!!!!" suara lantang Dhiya memenuhi segenap dewan itu, terlompat-lompat dia memegang keputusan itu.

"Umi abi!" jeritnya lagi, kedua ibu bapanya itu tersenyum lebar. Tubuh kecil anaknya itu dipeluk, bangga mereka dengan keputusan Dhiya.

"Alhamdulillah... Tahniah adik!!!"

"Weh Dhiya!!!! Goshhh, congrats woi!!!!" jerit Miera, tubuh Dhiya dipeluk sambil mereka bersama-sama melompat kegirangan.

"Abang!" nama itu muncul dari mulut Dhiya, baru teringat suami.

"Umi, Abang Feeq-..." kata-kata Dhiya terhenti seketika sebaik saja dia menyedari Rafeeq sudah berdiri di belakangnya.

"Abang!!! Abang tengok result Dhiya!!! Dhiya dapat straight A!!!!" jerit Dhiya, Rafeeq tersenyum.

"Huh! Abang dah tahu" ibu jarinya mencuit hidung, bangga jadi orang pertama tahu keputusan isterinya itu.

"Suami awak ni awal-awal pagi lagi dah cari nama awak tau, excited betul nak tahu result wife dia" celah Puan Shida dengan senyuman.

Dhiya AryanaaWhere stories live. Discover now