DA02 🌸

2.4K 120 11
                                    

DHIYA ARYANAA

~kau amanah Allah untuk aku jaga~

🌻🌻🌻

SUASANA di dalam rumah banglo Encik Arif itu sungguh riuh, kehadiran tetamu ke rumah itu memeriahkan majlis. Kenduri doa selamat diadakan sempena anak lelakinya yang baru pulang dari luar negara. Dhiya pula sedang leka menjamu selera, kali ketiga dah dia ambil buah tembikai itu.

"Assalamualaikum semua" ujar Encik Arif, para semua orang di situ menjawab salam.

"Terima kasih pada tetamu yang sudi hadir pada majlis doa selamat malam ini. Seperti yang semua tahu, tujuan saya mengadakan majlis ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk menyambut kepulangan anak lelaki saya yang baru pulang dari luar negara. Perkenalkan, Rafeeq Adham"

Dhiya yang sedang asyik menjamu tembikai madu itu segera menoleh sebaik saja telinga mendengar nama itu, membuntang biji matanya. Wajah lelaki itu dia pandang tidak berkelip mata, air liur ditelan kesat. Mampus!

"Woi dik, asal kau ni?"

"Kak, cikgu aku do!!!!" ujar Dhiya seraya menyorokkan muka di belakang Aina.

"Lah kau tak nampak dia ke tadi?"

"Tak tak, aku tak perasan" jawab Dhiya, bersungguh-sungguh dia menyorokkan wajah.

"Assalamualaikum semua. Thanks for all of you guys yang sudi hadir and tak lupa jugak kepada family yang menyambut kepulangan saya dengan hati yang terbuka. Alhamdulillah, Tuhan masih beri saya peluang untuk pulang semula ke tempat lahir. Saya harap urusan saya di sini dipermudahkan, sekali lahi saya nak ucapkan terima kasih pada semua" ujar Rafeeq dengan senyuman sehingga menampakkan lesung pipitnya di kedua-dua belah pipi.

Dhiya memberanikan diri memandang wajah gurunya itu, aw handsome! Sepupu aku rupanya, patutlah nama bapak kau macam aku kenal! Getus hati kecilnya. Dia memandang Rafeeq yang keluar dari rumah, para tetamu sedang sibuk makan itu membuatnya berfikir sesuatu.

"Kak jap kak" pamit Dhiya, Aina menarik tangannya.

"Eh kau nak pergi mana dik?"

"Nak pergi usha adik ipar kau akak sekejap!" jawab Dhiya, berkerut dahi Aina mendengarnya.

"Kau-"

"Nanti tolong cover adik kat umi tau kak! Bye" pintas Dhiya, laju dia mengatur langkah keluar ke halaman rumah. Rafeeq dicari, namun hampa. Sekejap saja gurunya itu hilang, dia mengeluh.

"Mana dia?" gumam Dhiya sendirian, dia memuncung.

"Ada ni" ujar Rafeeq dari belakangnya, Dhiya menoleh. Terkejut gadis itu dibuatnya, habislah kantoi!

"Eh ahah, c-cikgu" Dhiya tersengeh, Rafeeq menjongket kening.

"Awak buat apa kat sini, Dhiya?" soal Rafeeq, pelik juga dia. Tak kan lah pelajarnya itu mengekorinya sampai ke rumah kot.

"Ni rumah paklong dengan maklong saya, saya tak tahu pulak cikgu anak diorang"

"Dan saya pulak tak sangka pelajar saya yang ting tong ni rupanya adik sedara saya" balas Rafeeq pula, Dhiya tersengeh.

Dhiya AryanaaWhere stories live. Discover now