DA03 🌸

2.1K 110 31
                                    

DHIYA ARYANAA

~kau amanah Allah untuk aku jaga~

🌻🌻🌻

TALI PINGGANG keledar dibuka, berdebar jantungnya untuk melangkah keluar dari kereta itu. Sudah lah Rafeeq parking kereta di sebelah dataran perhimpunan, memang cari penyakit betul. Rafeeq yang sedang membetulkan rambut di cermin pandang belakang dia kerling sekilas, apa-apa pun handsome.

"Tunggu apa Dhiya? Keluar lah, ke nak belajar dalam kereta?" perli Rafeeq, tali lehernya dikemaskan sedikit.

"Saya takut lah! Nanti semua student dekat sini aim saya, cikgu tu dah lah ramai fans!" Dhiya meluahkan kegusaran.

"Tak ada apa lah, dah keluar je. Nanti lama-lama diorang faham lah, cakap je awak adik sedara saya. That's it, simple answer but meaningful" jawab Rafeeq, rambutnya dibetulkan lagi.

"Halahhhhhh, tak habis-habis rambut dia! Ingat handsome ke?" marah Dhiya, orang tengah cemas boleh pulak betulkan rambut.

"Penampilan seorang guru mesti kena sentiasa kemas, baru lah student senang hati nak belajar. Lagipun, memang saya handsome sebab tu awak selalu usha saya kan. Kalau saya ni jenis melayan, boleh je couple dengan student sendiri. Tapi tu lah, saya ni dah lah handsome, setia pulak tu. Hm, memang untunglah tunang saya dapat Rafeeq Adham"

"Eleh! Cikgu jangan jual mahal sangat lah, saya ni boleh curi hati cikgu bila-bila masa je tau cuma saya ni tak nak tergopoh-gapah. Plus, cikgu tunang orang. Kalau cikgu single, huh pejam mata je lah cikgu jatuh dekat tangan saya" jawab Dhiya selamba, Rafeeq tersenyum sinis.

"Jangan terlalu confident Dhiya, nanti sendiri yang susah" balas Rafeeq lalu mengambil beg laptopnya di tempat duduk belakang, Dhiya menjuihkan bibir.

"Balik ni awak jangan lewat, keluar kelas terus cari saya dekat bilik guru. Tak pun terus ke sini, jangan merayau! Awak lambat, saya tinggal" pesan Rafeeq, Dhiya menjeling.

"Eleh! Berani cikgu tinggal saya?" soal Dhiya, bunyi seperti mencabar ye.

"Eh apa pulak tak berani? Awak bukan penting sangat pun sampai saya nak kena jaga elok-elok!" balas Rafeeq, jelas dia tercabar.

"Huh! Konon berani! Silap-silap, maklong dengan paklong suruh cikgu patah balik ambil saya dekat sekolah tau! Lagi pun, mana ada driver yang tinggalkan anak boss. Ada ke? Tak ada kan. Kalau dah jadi driver tu, driver je lah. Lambat ke cepat ke, kena lah tunggu. Ahah, kesian cikgu. Study sampai ke London, balik Malaysia buat kerja sampingan. Jadi driver, aahah!!!" perli Dhiya sebelum dia tergelak sakan, awning tudungnya dibetulkan.

"Mulut awak ni kan, memang eyyyyy! Geram tahu tak, ada je benda nak menjawab!" ujar Rafeeq, geram dia dengan mulut Dhiya yang dari tadi memerlinya.

"Ahah, koyak eh?"

"Shut up! Dah keluar lah, awak nak masuk kelas pukul berapa"

"Eh cikgu sekejap! Jap jap" Dhiya menahan Rafeeq yang baru sahaja hendak membuka pintu.

"Apa lagi Dhiya?" soal Rafeeq malas, entah apa lagi benda yang ingin gadis ini bahaskan.

"Saya keluar dulu, dalam setengah jam macam tu baru lah cikgu keluar. Boleh?" pinta Dhiya, Rafeeq berkerut dahi. Jam tangan dikerling, setengah jam kemudian? Gila ke.

Dhiya AryanaaWhere stories live. Discover now