DA26 🌸

3.3K 119 12
                                    

DHIYA ARYANAA

~kau amanah Allah untuk aku jaga~

🐝🐝🐝

DHIYA mematikan diri dari tadi, tidak tahu apa lagi yang perlu dikatakan kepada gadis di hadapannya ini. Sebersalah? Semestinya itu yang pertama, dia sudah menghancurkan segala rancangan yang telah dibina sejak bertahun dulu. Semuanya musnah hanya kerana kehadirannya di dalam hubungan itu, dia tidak mampu menghadap Inara.

"Kenapa you diam? I ajak you jumpa ni sebab I nak dengar suara you tau, I rindu adik I punya senyuman. You tak nak sedekah sikit senyum you dekat I ke Dhiya?" lembut tutur kata Inara menyapa halwa telinga Dhiya, gadis itu mengangkat wajah.

"Inara... Saya-... saya mintak maaf" hanya itu saja yang mampu terlahir dari mulut Dhiya, Inara tersenyum.

"No need to say sorry Dhiya, bukan salah you pun semua ni jadi. I dah redha, Feeq bukan jodoh I"

"Tapi-"

"Tapi apa Dhiya... Dhiya, I tak tahu apa yang bermain di fikiran you sekarang ni but-... apa yang mampu I cakap sekarang please, terima Rafeeq. I tak pernah nampak dia macam sekarang ni, dia betul-betul sayangkan you Dhiya" pujuk Inara, Dhiya masih diam menunduk.

"You don't need to messed up your mind cause of me Dhiya, honestly I ok je. Yaa, who's gonna be fine if kita hilang orang yang kita sayang kan? But Dhiya, I admit I lost him but I already got the one who's more better than him. You know what, I thought that kisah cinta kitorang dah tamat since you jadi isteri dia lagi but kitorang tak nampak semua hint tu. I tahu you felt guilty cause of apa yang dah jadi, but sampai bila you nak rasa sebersalah sedangkan I'm just fine without him.

Dhiya... Rafeeq seorang lelaki yang baik, once dia sayang someone tu sampai bila pun dia akan sayang. Dia bukan jenis yang mudah putus asa dapatkan orang yang dia sayang, so please hargai peluang tu. I got really scared if he turned into someone yang heartless, time tu you tak kan jumpa lagi Rafeeq Adham yang sebenar. Percayalah Dhiya, I dengan dia dah tak ada apa-apa" tangan Dhiya diusap lembut, bersungguh-sungguh dia memujuk.

"You tahu tak dia sanggup korbankan perasaan dia demi kebahagiaan kita, dia sanggup terseksa tengok suami dia bernikah dengan perempuan lain demi cinta kita"

Kata-kata Rafeeq berlegar di fikiran Inara, perih hatinya mengingati setiap satu perkataan yang Rafeeq tuturkan. Sungguhpun dia terlebih dahulu mengenali Rafeeq, namun pengorbanannya menunggu Rafeeq tidak sebesar pengorbanan Dhiya mengizinkan Rafeeq bernikah dengannya.

"I mintak maaf Dhiya, I yang sebenarnya tak patut muncul dalam hidup Rafeeq. Daddy I terpaksa terima Feeq sebab I, mama Feeq tak suka I, tu semua sebenarnya satu halangan untuk I bersatu dengan Feeq tapi I butakan mata I. Kalau I tinggalkan Feeq dari dulu lagi, tak ada siapa pun yang akan terluka kan..." ujar Inara, sebak hatinya menuturkan kata.

"Tapi saya punca semuanya hancur Inara, kalau saya tak ada semestinya awak dah bahagia dengan dia"

"Dhiya even kita baru je kenal, but I dah anggap you macam adik kandung. Kalau I jadi kahwin dengan Rafeeq, I tak dapat bayangkan apa yang akan jadi dengan you Dhiya. I-... I tak kan dapat maafkan diri I, you guys tak patut buat I macam ni! You tak patut korbankan rasa cinta you untuk kebahagiaan I, tak patut Dhiya..." suara Inara sudah bercampur tangisan, airmata yang mengalir diseka perlahan.

Dhiya Aryanaaحيث تعيش القصص. اكتشف الآن