DA21 🌸

3.6K 152 15
                                    

DHIYA ARYANAA

~kau amanah Allah untuk aku jaga~

🐝🐝🐝

KERETA dipandu pulang ke rumah Encik Arif semula setelah menghantar Inara pulang ke rumah keluarganya. Sempat juga Rafeeq berbual dengan ahli keluarga Inara walau kehadirannya tidak diterima seperti kehadiran Inara dalam keluarganya. Seri lah tu, dua-dua kena reject.

"Kalau ikutkan hati uncle, bukan kamu yang uncle pilih untuk Nara. Sorry to say, but you don't deserved her. Pertunangan kamu dengan dia selama ni pun, bukanlah atas kehendak uncle dengan auntie. Nara sayang sangat dekat kamu, sedangkan uncle dah beri calon lebih baik untuk dia tapi dia tetap pilih kamu. Sepanjang tempoh pertunangan kamu ni, uncle fikir dia akan menyerah. Namun tak, dia masih setia dengan kamu"

Kata-kata Dato' Anwar bermain di minda, keluhan berat dilepaskan. Entah mengapa, penyatuan Inara dengannya sangatlah rumit. Pintu kereta ditutup, langkah diatur ke pintu rumah. Namun langkahnya terhenti setelah melihat Encik Arif yang sedang termenung depan kolam ikan di halaman rumahnya, dia melangkah arah bapanya itu.

"Pa"

"Hm Feeq, dah hantar Inara?"

"Dah pa, Feeq sempat jugak borak dengan family dia tadi"

"Oh, baguslah"

"Pa, Feeq nak tanya sikit"

"Hm, apa dia?"

"Papa rasa apa yang Feeq buat ni betul ke?" soal Rafeeq, Encik Ariff berkerut dahi.

"Apa yang kamu cakap ni? Kamu jangan nak buat hal ye Feeq" Encik Ariff memberi amaran, Rafeeq mengeluh berat.

"Feeq tak tahu pa, Feeq buntu. Feeq rasa Feeq dah mula cintakan Dhiya, tapi Feeq tak sanggup lukakan hati Inara. Kitorang dah lama bertunang pa, tak kan Feeq nak putuskan macam tu je" luah Rafeeq, rambutnya diramas kasar.

"Kamu ni cintakan Inara lagi ke tidak sebenarnya?" soal Encik Ariff namun Rafeeq hanya diam, sungguh dia tiada jawapan untuk soalan itu.

"Fikir baik-baik Rafeeq, keputusan untuk berkahwin ni bukan satu perkara yang boleh dibuat main. Kalau betul kamu masih cintakan Inara, lepaskan lah Dhiya dengan cara baik" ujar Encik Ariff, Rafeeq meraup wajahnya.

"Papa dah pesan dari awal lagi kan, buat keputusan betul-betul. Jangan ikut suka hati, kamu ingat Dhiya tu tak ada perasaan ke? Bila Inara tak ada, kamu beri harapan pada dia.  Tapi bila Inara ada, kamu biarkan dia macam tu je. Dhiya tu manusia Rafeeq, bukan anak patung"

"Pa please help me to do something pa, Feeq buntu sangat. Feeq tak tahu nak buat keputusan macam mana dah..."

"Papa tak boleh ubah apa-apa kecuali kamu sendiri buat keputusan, ini soal kebahagiaan kamu Rafeeq. Kamu pun dah besar, boleh fikir sendiri. Papa rasa papa tak perlu campur urusan rumah tangga kamu, kamu dah cukup matang untuk uruskan hal ni"

"Mama macam mana pa?"

"Dengar sini baik-baik Rafeeq Adham, mama terima Inara dalam keluarga ni kerana Dhiya. Mama ulang... sebab Dhiya! Kalau setakat tempoh pertunangan Feeq yang kononnya lama sangat tu, tak kan pernah sekali pun mama terima Inara dalam keluarga ni" celah Puan Azlina yang tiba-tiba muncul, Rafeeq terdiam.

"Dia bersungguh-sungguh pujuk mama untuk terima Inara sebab dia tahu Feeq cintakan Inara bukan dia, tangisan dia selama ni dia pendam sendiri. Mama terima semua ni kerana mama sayangkan dia, mama nak Feeq lepaskan dia sebab sejujurnya... Feeq memang tak layak jaga dia" pedas kata-kata Puan Azlina menyapa halwa telinga Rafeeq, besar sungguh pengorbanan Dhiya sebagai isteri dalam hidup lelaki itu. Jika tidak kerana Dhiya, Inara tidak akan dapat berkahwin dengannya.

Dhiya AryanaaWhere stories live. Discover now