DA25 🌸

3.2K 105 10
                                    

DHIYA ARYANAA

~kau amanah Allah untuk aku jaga~

🐝🐝🐝

PINTU BILIK yang diketuk seseorang itu menarik perhatiannya, langkah diatur ke arah pintu. Sempat airmatanya diseka, itu je lah kerja dia. Tak habis-habis menangis, hampir seminggu juga dia begitu. Makan tak mahu, malah terperap di dalam bilik. Pintu bilik dibuka, Miera yang berdiri di hadapannya saat itu melakar senyuman di wajah.

"Lah, kau rupanya..." Dhiya menghadiahkan senyuman tipis, namun wajah rakannya itu hanya serius.

"Dhiya, aku ada benda nak cakap dengan kau"

"Oh, ha m-masuklah" teragak-agak Dhiya menjawab, mereka melabuhkan punggung di birai katil.

"Apa dia? Macam serious je" soal Dhiya, Miera meraih tangannya.

"Dhiya, apa kau dah buat?" soal Miera, senyuman Dhiya perlahan-lahan pudar.

"Apa maksud kau?"

"Dhiya kau jangan pura-pura tak tahu, kenapa kau masih nak teruskan hal penceraian kau dengan Cikgu Feeq. Kenapa kau seksa perasaan kau dengan keputusan bodoh yang kau buat ni ha?"

"Oh, dia yang hantar kau ke sini?" sinis soalan Dhiya lontarkan, tahu lah dia tujuan Miera ke situ.

"Berapa banyak dia bayar kau untuk pujuk aku ha?" Dhiya berdiri, wajah rakannya itu dipandang.

"Eh Dhiya, aku jumpa dia pun tak lah! Nak tuduh aku macam-macam ni kenapa?" Miera melenting, geram pula dia.

"Habis tu kenapa kau datang sini?"

"Oh aku dah tak boleh datang rumah kau dah ke? Since when ha? Macam before this elok je aku bertandang dekat sini, sekarang tak boleh dah ke? Fine, aku ciao!" beg tangan dicapai, Dhiya pula memicit kepala yang sudah serabut.

"Miera!" panggilnya, namun rakannya itu terus melangkah ke pintu untuk keluar.

"Miera! Miera" tangan rakannya itu dipegang, namun rakannya itu menepis.

"Ok ok, a-aku mintak maaf. Aku tahu aku salah, aku mintak maaf ok? Kau janganlah macam ni..." pujuk Dhiya, sungguh dia tak sengaja.

"Kau kan tak suka aku datang sini lagi"

"Tak Miera, bukan macam tu. Aku-... aku serabut lah Miera, aku tak ada niat nak marah kau" pujuk Dhiya lagi, Miera diam.

"Tak kisah lah apa pun, tapi laki kau tak sogok aku untuk datang sini pujuk kau. Sedap mulut je tuduh orang!" marah Miera, Dhiya menunduk. Entah bagaimana, tiba-tiba tangisannya mula kedengaran.

Miera berkerut dahi, lah nangis?

"D-Dhiya? Aku-... Aku salah cakap ke?" bahu rakannya itu dipegang, wajah Dhiya yang menunduk itu dicari.

"A-aku mintak maaf, aku emo" Dhiya masih menangis teresak-esak, Miera mengetap bibir. Asal sensitif sangat minah ni? Selama ni tak macam ni pun.

"O-ok, ok kita duduk dulu? Come come" tangan Dhiya ditarik, punggung dilabuhkan semula di birai katil.

"Ok Dhiya look, aku tak tahu apa yang dah berlaku sekarang ni tapi yang aku tahu kau ignore suami kau. Dhiya why? Dia batalkan wedding dia dengan Inara sebab nak hidup dengan kau tau, then kau still lepaskan dia? Aku tak faham kenapa kau buat macam tu, that's why aku dekat sini sekarang" Miera memberi penjelasan, Dhiya masih menangis.

Dhiya AryanaaWhere stories live. Discover now