DA20 🌸

3.5K 146 33
                                    

DHIYA ARYANAA

~kau amanah Allah untuk aku jaga~

🐝🐝🐝

SEPANJANG perjalanan, Dhiya hanya mendiamkan diri. Ikutkan hati dia tak mahu ikut Rafeeq menjemput Inara di lapangan terbang, namun Inara tak habis-habis memaksanya untuk turut serta. Tanpa bantahan, dia hanya menurut. Mereka akan ke Hotel Carousel untuk membuat peninjauan di dewan yang telah disewa buat perkahwinan Rafeeq dan Inara akan berlangsung lagi 2 hari.

"Sayang" panggil Inara, dia menongkat dagu memandang tunangnya.

"Hm?"

"I takut lah" luah Inara, Dhiya mengalihkan pandangan ke luar tingkap. Sakit tengok suami sendiri bermesra dengan perempuan lain.

"Takut kenapa?"

"What if your mama still tak boleh terima I?"

"Tak ada lah sayang, I yakin dia dah terima you"

"Alaaa tapi-" kata-kata Inara terhenti tatkala Rafeeq mengelak apabila dia meletakkan kepalanya di bahu lelaki itu. Spontan dan tak sengaja, Rafeeq juga tahu mengapa dia tiba-tiba tak selesa.

"You kenapa ni?!" soal Inara pelik, tangannya yang memeluk lengan Rafeeq tadi dilepaskan.

"S-sorry sayang, I nak elak something kat jalan tadi" Rafeeq memberi penjelasan palsu.

"Oh you ni! I ingatkan apa lah" Inara tergelak kecil, Rafeeq tersenyum tipis. Kening yang tidak gatal digaru, dia memandang Dhiya melalui cermin pandang belakang. Isterinya itu hanya diam memandang ke luar tingkap.

"Sayang nanti bila kita dah kahwin kan, kita nak honeymoon dekat mana ea?" soal Inara, Rafeeq tersenyum kelat.

"I tak kisah, I ikut you je"

"Hm kalau ikut I, I dah bosan travel sampai tak tahu nak ke mana. Ikut you lah, you nak pergi mana?"

"Urm, I tak fikir lagi lah"

"Oh... You nanti kita dah kahwin, you nak anak berapa? Tapi kalau boleh I nak sorang je lah sebab I kena lah jaga badan kan"

"Hm tu pun I tak fikir lagi, lama lagi lah Nara" jawab Rafeeq, Inara sudah mula tak puas hati dengan respons Rafeeq sejak tadi.

"Sayang you kenapa ha?!"

"Kenapa apa you ni?" Rafeeq berkerut dahi, Inara dipandang sekilas.

"You layan I nak tak nak je, Feeq you jangan macam-macam ea! Wedding kita lagi 2 hari tau! Don't say that you dah jatuh hati dekat perempuan lain!"

"Eh ya Allah apa you ni fikir sampai situ, tak lah sayang. I'm just tired, sorry" jawab Rafeeq, namun Inara masih tak puas hati.

"Dhiya!" panggilnya, Inara berpusing ke belakang.

"Ye?"

"Sepanjang you dengan Feeq, dia pernah hangout with another girl ke?" soal Inara, Dhiya berkerut dahi seraya menggeleng perlahan. Tunang kau tu dengan aku je lah tolol!

"Tipu! Berapa Feeq bayar you untuk tutup kerja dia? You cakap dengan I sekarang, I boleh bayar lebih banyak dari dia bayar you"

"Eh bayar apa pulak ni! Tak ada lah lah Inara, Rafeeq ni setia je dengan awak. Kalau dia nak curang, dari dulu lagi dia dah buat" jawab Dhiya, Rafeeq yang sedang memandu hanya diam. Lantak engko lah nyah!

"Betul?"

"Betul" Dhiya melempar senyuman palsu, Inara memandang Rafeeq semula. Rafeeq menjeling, suka-suka hati je nak tuduh orang.

Dhiya AryanaaWhere stories live. Discover now