DA18 🌸

2.9K 129 48
                                    

DHIYA ARYANAA

~kau amanah Allah untuk aku jaga~

🐝🐝🐝

RAFEEQ menanda kertas soalan Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4 itu, satu persatu soalan ditanda dengan pen merah. Sekejap-sekejap dia memicit kepala, pening dengan jawapan yang diberi oleh pelajar sendiri. Kehadiran seorang perempuan di meja sebelah menarik perhatian, berkerut dahinya memandang gadis berkebaya itu.

"Hi" tegur gadis itu, Rafeeq berdehem kecil.

"Hi, cikgu baru ke?"

"Urm haah, I cikgu praktikal. I Esha, Esha Aina" gadis itu menghulurkan tangan, Rafeeq memandang sepi huluran itu. Tiba-tiba nak salam ni dah kenapa? Kita kat sekolah kot, kau agak-agak lah.

Esha menarik semula tangannya, malu juga dia saat itu. Dia fikir semua orang di sekolah itu bebas bersentuhan walaupun dengan orang yang bukan mahram, sangkaannya meleset.

"Urm apa nama you?"

"Rafeeq, Rafeeq Adham" jawabnya, Esha berkerut dahi. Akalnya ligat memikirkan nama lelaki itu seolah-olah pernah dia dengar sebelum ini, wajah lelaki itu kuga seakan-akan dia pernah lihat.

"Urm sorry but kita pernah jumpa ke before this? I rasa macam I pernah nampak you sebelum ni" soal Esha, Rafeeq berkerut dahi.

"No, I don't think so"

"Oh ya? Hm, muka you macam familiar lah. Have you ever been in TV or viral on social media?" soal Esha lagi, masih tak puas hati. Rafeeq berfikir seketika, viral? Semestinya pernah, nama dia dan Inara sedang menjadi perbualan hangat di media sosial.

"Oh maybe you pernah nampak I dengan tunang I dekat social media, tv or else" jawab Rafeeq, dia tersengeh. Sudah biasa kena macam tu, bertunang dengan seseorang yang dikenali ramai bukanlah perkara yang mudah.

"Kat sekolah ni ada tunang Putri Inara anak Dato' Anwar tu tau!"

"Oh so you lah tunang Putri Inara Dato' Anwar tu kan?!" soal Esha setelah mengimbas kata-kata salah seorang guru di sekolah itu, Rafeeq mengangguk.

"Gosh! Tak sangka meja I sebelah meja lelaki hots" Esha kelihatan teruja.

"Hehe, er ni meja you ke?"

"Haah"

Rafeeq mengangguk faham, Esha pula tersenyum manis. Rafeeq di sebelah dia kerling sekilas, handsome! Boleh try ni. Dia tunang orang! Tapi baru tunang. Selagi belum akad, Rafeeq Adham masih available! Hati Esha saling berbisik, semakin bersemangat lah nak mengajar di sekolah itu.

🌸🌸🌸

SETIAP WAKTU, hanya termenung lah menjadi peneman Dhiya. Kerusi batu di situ menjadi tempat dia melabuhkan punggung, macam-macam perkara bermain di fikiran. Entah bagaimana kehidupannya selepas diceraikan, mampukah dia hidup berstatus janda pada usia yang terlalu muda.

"Kalau kau rasa kau betul sayangkan dia, kau berbaiklah dengan dia. Jangan buat hal kau sendiri, tak dapat apa pun sebaliknya kau sendiri juga yang sakit sebab seksa perasaan kau. Percayalah, kau akan menyesal kalau kau sia-siakan masa yang tinggal ni untuk kau bahagia dengan dia. Selagi dia ada, kau cipta lah berapa banyak pun detik bahagia dengan dia. Sekurang-kurangnya kau tak lah rasa menyesal, ada juga benda yang jadi kenangan walau korang dah pisah nanti"

Dhiya AryanaaWhere stories live. Discover now