DA13 🌸

2.7K 135 36
                                    

DHIYA ARYANAA

~kau amanah Allah untuk aku jaga~

🐝🐝🐝

HELAIAN demi helaian diselak dengan senyuman, lega hatinya saat itu. Semua yang dibaca akhirnya keluar di dalam peperiksaan SPM Matematik Tambahan itu, kertas tersebut ditutup semula setelah kali ketiga membuat semakan. Tangan kanan diangkat, pengawas peperiksaan perempuan berbangsa Cina melangkah ke arahnya.

"Yes, ada apa-apa boleh I bantu?"

"Izinkan saya ke tandas" pinta Dhiya, pengawas peperiksaan itu mengangguk.

"Terima kasih" ujar Dhiya dengan senyuman, dia keluar dari dewan peperiksaan. Langkah diatur menuruni tangga, namun tiba-tiba sahaja senyuman di wajahnya terukir tatkala memandang pengawas peperiksaan yang menjaga tangga itu.

"Eyyo! Dah tukar kerja ke?" tegur Dhiya, namun suaranya diperlahankan. Mujur blok tangga itu tertutup, tak ada lah orang nampak.

"Astaghfirullahalazim Dhiya, terkejut saya!" balas Rafeeq, dadanya diusap. Dhiya tergelak kecil, dia menghabiskan anak tangga.

"Kalau saya tahu cikgu yang jaga tangga ni, setiap 10 minit saya pergi tandas tau!" ujar Dhiya, Rafeeq menggeleng perlahan.

"Macam mana last paper, boleh jawab tak?"

"Huh, semua soalan ramalan yang cikgu bagi tu semua berguna! Ada yang sebiji tau, ke cikgu plagiat soalan tu ha?" teka Dhiya, Rafeeq berkerut dahi.

"Eh sedap mulut awak, awak ingat saya tak tahu law ke? Saya kan ramai contact cikgu-cikgu Addmath, tak sangka pulak soalan yang diorang share betul keluar. Eh dah lah, pergi sana. Nanti orang nampak apa pulak kang"

"Jap jap, tie cikgu tu sengetlah! Haish, tak tengok cermin ke? Sini!" selamba tali leher suaminya itu ditarik sehingga Rafeeq terdorong ke arahnya, mereka berdiri di bawah tangga.

"Ya Allah, sabar!" ujar Rafeeq, Dhiya tergelak. Tali leher suaminya itu dibetulkan sedikit, dari segi kedudukan, kelonggaran, semua lah.

"Nanti kalau saya tak ada, macam mana lah"

"No! Dhiya Aryanaa tak boleh pergi mana-mana, dia kena sentiasa ada di sisi Rafeeq" jawab Rafeeq, tangannya melingkari pinggang gadis itu.

"Kalau tak?"

"Kalau tak, hidup Rafeeq Adham bakal hancur dengan kehilangan Dhiya Aryanaa dalam hidup dia" Rafeeq menuturkan kata penuh romantis, Dhiya mencebik. Bual lah kau!

"Hm, satu hari nanti cikgu akan per-"

"Ehem!" tegur seseorang, mereka berdua menoleh. Membuntang biji mata masing-masing, tangan Rafeeq yang melingkari pinggang Dhiya jugak terlepas serta-merta.

"P-pa, hehe" ujar Rafeeq, Dhiya juga tersengeh.

"Feeq, Dhiya... Sweet sweet jugak, peraturan sekolah kena jaga. Feeq, professional sikit. Ini sekolah, bukan rumah ye" tegur Encik Ariffudin,  rotan ditangannya itu digoyang-goyangkan. Nasib baik dia yang nampak anak menantunya di situ, kalau guru lain? Tak ke naya!

"Hehe, sorry pa. Tadi Dhiya yang tegur Abang Feeq, excited sangat dah last paper. Tak apa lah pa, Dhiya pergi toilet dulu. Bye pa" pamit Dhiya.

Dhiya AryanaaDonde viven las historias. Descúbrelo ahora