DA11 🌸

2.3K 126 38
                                    

DHIYA ARYANAA

~kau amanah Allah untuk aku jawab~

🐝🐝🐝

DHIYA mengeluarkan buku teks Sains dari beg sekolahnya, jam di tangan dia kerling sekilas sebelum menongkat dagu. Miera memandangnya, dia perasan akan perubahan dalam diri rakannya itu. Sejak kahwin, Dhiya lebih banyak termenung. Risau juga dia dibuatnya, perkahwinan itu mungkin membebankan fikiran Dhiya.

"Weh, macam mana jadi bini cikgu tu? Ok?" tegur Miera, tak mahu biarkan Dhiya termenung lagi.

"Alhamdulillah, aku bahagia je" bohong Dhiya, senyuman tipis dikoyak. Setiap bait kata-kata Rafeeq sentiasa bermain di fikiran, dia tak kan pernah lupa sikit pun walau waktu memisahkan.

"Awak cuma isteri atas kertas"

"Kau ada jumpa tunang dia? Or dia ada cerita apa-apa ke pasal tunang dia?"

"Kitorang dah jumpa dah, hari tu dia tiba-tiba datang rumah" jawab Dhiya, malas nak ingat kejadian tu tapi semestinya Miera nak tahu.

"Weh! Habis tu, kantoi lah?"

"Belum lagi, masing-masing pandai cover. Pun tak jugak, Cikgu Feeq kau tu dah nak jujur dah nasib baik aku potong. Kalau tak, putus tunang kat situ jugak agaknya" ujar Dhiya, melongo Miera dibuatnya.

"Uish kau memang gila lah Dhiya, habis dia tak syak apa-apa ke?" soal Miera, jika dia ditempat gadis itu semestinya dia sangsi. Tak pernah-pernah rapat dengan sepupu, tiba-tiba duduk satu rumah.

"Let me tell you something, kalau kau jumpa tunang dia tu kan... Kau tak kan percaya yang itu dia" ujar Dhiya, Miera berkerut dahi.

"Maksud kau?"

"Kau nak tahu tak tunang dia siapa?" soal Dhiya, Miera mengangguk laju.

"Aku kenal ke?"

"Kenal sangat, kita selalu puji dia cantik. Muka dia bersepah dekat Insta" balas Dhiya, semakin teruja Mira dibuatnya.

"Siapa do?"

"Putri Inara Dato' Anwar, kau jangan cakap tak kenal eh" ujar Dhiya, membuntang biji mata Miera.

"Kau serious lah?!" soal Miera meminta kepastian, Dhiya mengangguk.

"Gila tinggi taste laki kau ni erk!" ujar Miera, Dhiya tergelak kecil. Pemikiran dia sama macam Miera, Rafeeq berselera tinggi.

"Then, Inara treat kau baik?"

"Baik lah, dia tak tahu tunang dia laki aku" jawab Dhiya selamba, dia meletakkan kepala di atas meja. Penat lah nak hadap semua benda, nak uruskan rumah tangga, nak uruskan hal belajar. Stress!

"Sampai bila kau nak rahsiakan benda ni? Dah sebulan lebih korang kahwin, lambat laun tunang dia tahu jugak tau"

"Entahlah Miera, pandai-pandai lah aku nak hadap benda ni. Sekarang aku malas nak cakap pasal ni, SPM kita tak lama lagi weh. Aku tak nak bebankan fikiran aku dengan benda ni. Ikutkan hati aku, nak je aku balik rumah abi aku tapi nanti apa pulak parents aku cakap. Tak elok lah kan kalau diorang fikir bukan-bukan, nak tak nak aku redha je lah" luah Dhiya, Miera menghela nafas. Bahu rakannya itu diusap perlahan, dia juga tak mahu melihat rakannya bersedih.

"Dah lah Dhiya, kau sabar eh. Aku yakin semua masalah kau ni akan berakhir dengan kebahagiaan, apa yang penting sekarang kau kena kuat. Kuat untuk rumah tangga kau, untuk family kau and yang paling penting untuk masa depan kau. Aku dengan yang lain sentiasa ada dengan kau, don't worry ok?" pujuk Miera, Dhiya hanya tersenyum tipis.

Dhiya AryanaaWhere stories live. Discover now