DA22 🌸

4.3K 151 41
                                    

DHIYA ARYANAA

~kau amanah Allah untuk aku jaga~

🐝🐝🐝

DHIYA melangkah ke arah Rafeeq yang sudah lengkap memakai baju Melayu berwarna putih, songkok suaminya itu dibetulkan sedikit. Bahu Rafeeq disapu perlahan bagi membuang habuk halus, Dhiya tersenyum tipis. Matanya memandang Rafeeq dari atas ke bawah, wajah muram Rafeeq ditenung. Tangan diletakkan di dagu gaya berfikir, dahinya berkerut.

"Urm, saya rasa ada something tak kena"

"Apa dia?"

"Cuba senyum sikit" arah Dhiya, Rafeeq senyum kelat.

"Perfect! Kan handsome senyum macam tu" Dhiya menayangkan senyuman palsu selebar-lebarnya, walau hatinya menangis saat itu. Dia cuba berpura kuat, dia perlu tabah di hadapan semua orang.

"Dhiya, Feeq, dah siap ke? Cepat sikit tau, semua dah tunggu ni" ujar Mak Andam, mereka berdua mengangguk.

Dhiya menghadiahkan senyuman.

"Dah jom, Tok Kadi dah tunggu tu" ajak Dhiya lalu ingin berura pergi namun tangannya ditarik Rafeeq, Dhiya menoleh.

Sekelip mata tubuh Dhiya masuk ke dalam dakapan suaminya, itulah pelukan mereka yang terakhir sebelum mereka membawa haluan masing-masing. Pelukan Rafeeq yang sangat erat membuatkan Dhiya diserang perasaan hiba namun perasaan itu ditepis sejauh-jauhnya, dia perlu kuat demi kebahagiannya dan Rafeeq.

"Awak ok?" soal Dhiya, pura-pura tak tahu. Rafeeq meleraikan pelukan, wajah Dhiya ditatap. Kedua-dua tangannya memegang wajah isterinya itu, mata Dhiya yang menyimpan seribu kesedihan itu direnung sedalam-dalamnya.

"Dhiya... Abang sayangkan Dhiya, abang tak nak lepaskan Dhiya. Abang perlukan Dhiya dalam hidup abang" rintih Rafeeq, Dhiya menggeleng perlahan. Tangannya dilekapkan ke dada Rafeeq, mata suaminya yang kelihatan bertakung itu dia pandang buat terakhir kalinya. Ya, dia pasti merindui tatapan mata itu.

"Rafeeq... Masa depan awak dengan Inara, bukan dengan saya" lembut tutur kata Dhiya memujuk, Rafeeq menggeleng perlahan.

"Awak..." panggil Dhiya, seolah-olah memujuk namun Rafeeq tetap menidakkan kebenaran.

"Awak jangan menangis, saya tak suka tengok awak menangis. Hari ni kan hari bahagia awak, hari yang awak tunggu-tunggu selama ni. Detik penyatuan awak dengan Inara, bertahun awak dan Inara tunggu. Lama tau, jangan sia-siakan penantian dia pada awak selama ni" pujuk Dhiya, mengalir juga airmatanya saat itu.

"Dhiya abang-... Abang mintak maaf dekat Dhiya... Selama kita kahwin, abang selalu lukakan hati Dhiya. Abang tak pernah bahagiakan Dhiya, abang gagal jadi suami yang baik untuk Dhiya" rintih Rafeeq, Dhiya menggeleng dengan senyuman tipis.

"Tak... Awak seorang suami yang baik. Walaupun jodoh kita tak panjang, tapi perkahwinan kita ni bakal menjadi memori yang indah dalam hidup saya. Lepas ni kita akan bawa haluan masing-masing, saya nak awak bahagia dengan Inara. Awak janji dengan saya, teruskan pernikahan ni. Jaga Inara baik-baik, jangan biarkan dia terluka. Dia betul-betul sayangkan awak tau" pesan Dhiya, airmata Rafeeq diseka dengan senyuman tipis.

"Jom keluar, Inara mesti tengah tunggu awak" ujar Dhiya. Rafeeq memeluk isterinya kembali, sungguh dia berharap agar masa terhenti waktu itu. Dia tidak mahu melepaskan Dhiya, dia akui yang dia sudah mencintai isterinya. Nafas dihela perlahan, cuba mencari kekuatan yang ada. Kalau Dhiya boleh terima, mengapa tidak dia.

Dhiya AryanaaWhere stories live. Discover now