🌻BAB -1🌻

9.1K 280 43
                                    

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


CERITA INI HANYALAH REKAAN SEMATA-MATA. TIDAK ADA KENA MENGENA DGN SESIAPA YG MASIH HIDUP MAHUPUN YG TELAH TIADA. JIKA ADA TERSAMA DGN SESIAPA, MAAF... SEMUA INI HANYA SEKADAR KEBETULAN.

Selamat Membaca

....

SEJAK tadi kornea matanya menjadi pemerhati dalam diam. Senyap tiada bicara yang lahir darinya mencelah sebarang cadangan atau sekadar berbual kosong. Sedikitpun dia tiada rasa mahu menyampuk dan terus meneruskan suapan demi suapan. Lebih enak menikmati hidangan yang terhidang di depan mata berbanding menyampuk sebarang bicara. Dia selesa begitu. Itu hal mereka, bukan hal dirinya.

“Senyap je, Liy... tak nak utarakan apa-apa cadangan ke?” tanya Dato Kamal. Anaknya yang tampak seolah tidak mengendahkan perbincangan keluarga itu dipandang sejenak. Hanya diam dan meneruskan makan seperti tiada sesiapa di meja makan tersebut.

Suapan Liyyan terhenti lalu mengangkat pandangan. Serentak, bibirnya menguntum senyuman mesra. Bibirnya dilap dengan penuh berhati-hati. Kata mama, dia perlu bertindak sopan dengan keluarga bakal mentua.

“Tak ada, baba. Liy ikut saja tetapi segala keputusan Liy akan fikirkan kemudian.” tutur Liyyan hanya dengan suara mendatar. Seperti tidak tertarik dengan topik perbincangan. Mungkin kerana makanan yang dimakan lebih enak rasanya. Kerana itu dia lebih berselera.

Dato Kamal dan Datin Leena mulai saling berpandangan. Disangkakan anak mereka sudah membuat keputusan. Tetapi, ternyata tidak. Tebal pula mukanya apabila mendengar jawapan anak sendiri yang tidak berpihak kepadanya.

“Baba ingatkan Liy dah buat keputusan.” ujar Dato Kamal cuba menutupi air mukanya. Dia turut menghentikan suapan. Wajah bersahaja anaknya dipandang tanpa kelip, minta penjelasan dari isyarat mata.

“Memang Liy dah buat keputusan, tapi Liy putuskan untuk berkenalan terlebih dahulu. Liy minta bagi Liy masa. Boleh kan?” ujar Liyyan. Renungan Dato Kamal turut dibalas. Dia tahu bapanya itu marah tetapi di saat ini dia lebih memikirkan tentang dirinya sendiri. Penting dirikah dia? Melampaukah dia?

Dia sudah tidak peduli. Mungkin ini agak klise tetapi dia juga mempunyai pendirian sendiri. Dia tidak mahu hidupnya terus 'diuruskan' oleh kedua ibu bapa sendiri. Dia juga ingin membuat pilihan dalam hidup. Dengarnya seperti anak derhaka tetapi ini adalah tentang masa depan dirinya sendiri, bukannya ibu bapanya waima orang lain sekalipun.

“Boleh saja, tak ada sebarang masalah. Danial pun dah beritahu uncle yang dia pun hendak berkenalan terlebih dahulu. Jadi kamu berdua mempunyai pendapat yang sama.” Dato Wahid mencelah kata. Bukannya dia tidak perasan dengan ketegangan yang mulai berputik di antara Dato Kamal dan Liyyan. Dia juga tidak mahu perkara ini bertukar ke arah pembatalan.

“Betul, saya juga setuju. Lebih baik mereka berkenalan terlebih dahulu. Berkawan untuk mencari keserasian. Barulah nanti bila tiba majlisnya budak-budak ni akan nampak lebih berseri.” Datin Azita turut mencelah.

“Kalau itu kata dato dengan datin dan juga Liyyan, saya juga bersetuju.” kata Dato Kamal kembali senang dadanya. Senyumannya turut melebar kerana rasa lega. Putik ketegangan yang tadinya tercetus mulai mengendur semula. Bernasib baik keadaan diselamatkan oleh Dato Wahid.

Liyyan mengulum senyum seraya tangannya mengangkat gelas jus dan meneguk sopan. Terasa seperti kemenangan berpihak kepadanya. Kornea matanya tetap melingas dan menyapa setiap raut wajah yang sedang bertawa gembira di meja makan itu.

Ku Pilih Dia (✓)Where stories live. Discover now