🌻BAB - 13🌻

2.1K 170 61
                                    

DIA tidak salah pandang. Firasat hati dan fikirannya seiring. Bukan sekejap dia mengenali lelaki itu tetapi sudah lama, sudah bertahun-tahun. Cuma takdir yang tidak mengizinkan mereka untuk terus bersama kerana Dia lebih mengetahui segalanya. Malahan, hati serta perasaannya juga sudah berubah seiring dengan waktu dan perjalanan mereka.

Keluhan berat dilepaskan. Tangan ditongkat ke atas meja dan jari mulai mengurut pelipis. Matanya terpejam, mahu menikmati urutan sendiri yang agak menyenangkan. Seketika kemudian, dahinya berkerut apabila hidung menghidu sesuatu. Mata yang dipejam lantas dibuka. Kepala diangkat.

“Bosanlah.” Sepatah perkataan lahir dari ulas bibirnya. Jari terus menekan kekunci komputer riba. Menyambung kerja yang tergendala sebentar tadi.

“Awak ingat saya tak bosan ke?” Danial menyoal. Dia masih berdiri statik.

“Kalau bosan, kenapa datang? Kerap pula tu.” ujar Liyyan tanpa memandang Danial lagi. Matanya hanya difokuskan pada skrin komputer.

“Kalau mama saya tak suruh saya takkan datang.” ujar Danial kedengaran tegas. Kerusi di hadapan Liyyan terus dilabuh duduk.

Terukir senyuman sinis di bibir Liyyan. Terasa geli hati dengan jawapan Danial. Anak mama jadi segalanya dituruti.

“Tak payahlah nak berlagak baik sangat.” tutur Liyyan senada.

“Maksud?” Dahi Danial berkerut. Tidak memahami apa yang cuba disampaikan oleh gadis itu.

Liyyan jongket bahu.

“Entah! Fikirlah sendiri. Awak kan bijak.”

Rahang Danial mulai bergerak-gerak. Rasa tersindir dengan kata-kata Liyyan.

“Kalau bukan sebab parents, saya tak ingin semua ni. Ingat saya nak sangat ke?” Danial cuba menahan sabar. Di rumah Liyyan, dia harus bersikap baik. Kalau tidak, segalanya akan musnah.

“Kalau tak ingin, kenapa buat keputusan membuta tuli?” tanya Liyyan. Ingin sekali dia mendengar jawapan jujur dari lelaki itu tetapi nampaknya Danial masih mahu mencipta alasan. Pelik.

“Sebab parents kita.” jawab Danial tanpa menunggu lama.

“Oh, begitu.” Liyyan mengangguk. Jelas riaknya tidak percaya.

“Dan satu lagi, beraninya awak curi klien saya.” ujar Danial dengan renungan yang berubah tajam.

“Curi klien? Siapa? Bumi Hijau ke?” tanya Liyyan bertubi-tubi seraya tertawa senang.

“Ya. Tak sangka arkitek macam awak dipandang oleh Bumi Hijau.” kata Danial sinis. Kesibukan Liyyan membuatkan dia geli hati. Penuh dengan kepura-puraan.

“Hmm... lebih tak sangka anak buah syarikat awak antara yang kena reject. Rasa kelakarlah pula. Rasa macam... tak adalah hebat mana pun. Saya tak perlu cari Bumi Hijau tapi Bumi Hijau yang cari saya. Boleh nampak kan level awak dengan saya.” balas Liyyan masih lagi ketawa suka. Tidak terasa hati dengan kata-kata sinis lelaki itu, sebaliknya dia sangat suka. Di luar jangkaannya.

Danial mendengus kuat. Terasa sedikit panas telinganya mendengar ejekan Liyyan. Apatah lagi tawa sinis gadis itu. Begitu menjengkelkan setiap kali dia mendengar.

“Kalau awak datang sini sekadar nak tunjuk muka awak tu lebih baik awak balik je la. Semaklah kat sini.” Bersahaja Liyyan mengusir tanpa rasa bersalah setelah tiada balasan dari lelaki itu lagi.

“Tak inginlah saya datang sini kalau tak ada hal.” balas Danial panas.

“Dah tu apa lagi? Baliklah.”

”Saya datang sini sebab nak ajak awak keluar cari barang hantaran.” beritahu Danial tentang niat asalnya ke situ. Malas mahu berbasa-basi. Hanya buang masa.

Ku Pilih Dia (✓)Where stories live. Discover now