🌻BAB 3🌻

2.8K 190 14
                                    

“YOU pergi cari tempat. I nak ke toilet sekejap.” suruh Aariz. Seketika matanya meliar memandang ke dalam restoran. Cuba mencari tempat duduk yang kosong untuk Liyyan.

You ni kan kat ofis you tadi tak pula pergi ke toilet.” Liyyan mengomel sambil mengerling Aariz dengan jelingan tajam. Geram benar dengan tabiat Aariz yang selalu menjadikan dia sebagai waiter mencari tempat.

“Dah tadi you gesa I suruh cepat, manalah I sempat nak ke toilet.” bidas Aariz dengan nada tertahan. Raut wajah Liyyan yang berkerut dia tikam dengan renungan tak puas hati.

“Selalu je you macam ni. Tak tahulah macam mana Adelia tu boleh tahan dengan you.” Liyyan terus membebel lagi sambil mengayun langkah ke dalam restoran. Satu tempat di bahagian tengah restoran menjadi pilihan.

Sementara menunggu Aariz datang ke meja, Liyyan memesan terlebih dahulu. Jikalau terus menunggu Aariz dirasakan seperti menunggu buah yang tidak gugur. Lambat!

“Duduklah sopan sikit, Liy.” Aariz menegur sejurus duduk di hadapan Liyyan. Seorang lelaki yang duduk bersebelahan meja mereka dikerling dengan hujung mata sebelum kornea matanya menyapa wajah Liyyan pula.

“Hmm?” Liyyan menyahut sambil matanya tidak berkalih dari gajet di tangan.

“Liyyan,” seru Aariz separa berbisik. Tatkala tiada endahan dari Liyyan, dia terus melucutkan blazer yang dipakai seraya berdiri. Blazernya terus diletak ke atas ribaan gadis itu.

Liyyan panggung kepala, tersedar dengan kelakuan Aariz. Kornea mata Aariz yang sedang menikam wajahnya ditentang bersama kerutan di dahi. Seakan kena rasuk dengan jelmaan saja Aariz memandangnya sebegitu rupa. Namun, benaknya disapa pertanyaan. Untuk apa blazer ini menyelimuti kakinya?

You tak perasan ke?” Aariz melipat tangan ke dada. Jelas ketara wajah tidak senang yang terpamer.

“Apa?” Liyyan bertanya malas sebelum kembali tunduk. Jarinya digeser semula ke skrin telefon pintarnya.

“Lelaki sebelah you tu pandang bawah.” Aariz dah ketap bibir dengan keras. Kesabaran cuba dikumpulkan agar ketenangan masih meliputi dadanya.

“Pandang bawah? Lantai?”

Tangan Aariz hentak meja sehingga membuat Liyyan tersentak. Berbicara dengan seorang Liyyan lebih menguji kesabarannya berbanding berbicara dengan seekor kambing. Lurus bendul!

“You pakai skirt pendek kan? You rasa lelaki pandang apa kalau kat bawah?” Nada Aariz bertukar serius. Kornea matanya masih menikam tajam wajah Liyyan yang sukar untuk memahami.

Gulp! Liyyan telan liur. Mata bundarnya terus membulat. Mulutnya turut terlopong. Hampir terlepas gajet dari genggamannya kerana kaget dengan kata-kata jujur Aariz. Drastik dia membetulkan blazer di atas ribanya dengan kemas.

Aariz menongkat siku di atas meja. Ibu jari dan jari telunjuknya bersatu menekan hujung pangkal batang hidung. Dia picit keras bagi melepaskan rasa beban. Rasa kesal dengan sikap Liyyan yang satu ini.

“Lain kali alert sikit kiri kanan you. Jangan leka sangat main phone tu sampai orang pandang bagai nak tembus pun you tak sedar. Nasib baik I cepat tau. Dia terus kalih tempat lain.” tutur Aariz. Masih dalam nada berbisik. Hanya Liyyan yang mendengar. Malu jikalau suaranya tersinggah di halwa telinga pengunjung lain.

“Takutnya.” Liyyan mengusap lengannya yang meremang. Tutur kata Aariz membuatkan dia berasa seram sejuk.

“Tahu pun.” Aariz geleng kepala. Rasa penat uruskan seorang Liyyan. Gadis yang sering saja mengikut hati dan kehendak sendiri.

Ku Pilih Dia (✓)Where stories live. Discover now