🌷New Story - MR & MRS🌷

2.1K 72 4
                                    

Dia hati yg pernahku lukai

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dia hati yg pernahku lukai. Luka yang tidak pernah cuba untukku rawat. Malah, aku membiarkan luka itu kian mendalam. Padahnya jiwa yang dulu begitu sarat dengan cinta dan kehangatan mula memudar dan sirna.

Tersedar. Tersentak. Namunku sudah terlewat. Hati itu sudah berparut kerana luka yang sendiriku toreh. Kini rasa luka yg pernahku berikan kepadanya ibarat berpalit semula ke dalam jiwaku.

Karma.

Kirafah.

Dunia itu ku tinggalkan kerana tiada lagi jiwa padaku. Ku kesepian. Ku kesunyian. Ku kewalahan. Fikiranku kusut dan hanya dipenuhi dengan nama dia. Bagaimana untukku rawat jiwanya yang telah ku hiris? Mampukah aku memadam parut di hatinya?

"Sekali saya jatuh cinta, saya akan menunggu hingga hujung usia."

"Rasa kelakar dengan ayat tu sedangkan pengorbanan pun awak tak mampu lakukan."

"Lepaskan dia. Biarkan dia buat pilihan."

"Cinta tu buta sehingga awak pun hidup dalam kegelapan."

🌷🌷🌷

Silalah jemput baca story terbaru saya jikalau sudi🥰

Ku Pilih Dia (✓)Where stories live. Discover now