🌻BAB 22🌻

2.2K 168 33
                                    

SEJAK sepuluh minit lalu suasana di meja bulat itu hanya sepi. Masing-masing memikirkan perkara yang sama. Liyyan yang tiba-tiba menghilang tanpa berita. Malahan, tidak dapat dihubungi.

“Mana kita nak cari lagi? Tak ada clue.” ujar Hazwan. Fikirannya sudah menemui jalan buntu. Tiada petunjuk arah yang dapat mereka tuju.

“Danial tu boleh percaya ke?” tanya Naura penasaran. Firasat hatinya lebih tertuju kepada Danial kerana pertemuan akhir Liyyan adalah Datin Azita. Suspek utama yang harus dicurigai.

“Rasanya boleh dipercayai kut. Tapi, tak juga sebab Liyyan putuskan pertunangan tu tanpa keizinan sesiapa. Boleh menimbulkan kemarahan Danial yang begitu taasub dengan kedudukan dia sebagai CEO.” ujar Hazwan memberitahu firasat hatinya pula. Begitulah yang dia rasai. Was-was tentang Danial sejak awal kisah Liyyan dan Danial bermula.

“Agak mustahil kalau Liyyan kena culik sebab dia tu licik.” ujar Aariz lalu ketawa sendiri apabila teringat perangai Liyyan yang sukar dijangka. Suka bertindak sesuka hati.

“Kejamlah you ni ketawakan kawan kita sendiri. Kita tak tahu apa yang dia lalui lepas jumpa dengan mak si Danial tu.” tutur Naura tumpah belas pada nasib yang dihadapi Liyyan. Nampak kental namun hakikat ia sebaliknya. Liyyan tetap seorang wanita seperti yang lain. Ada kelembutannya yang tersembunyi.

“Ya, I tahu dia tak macam yang kita nampak pada luaran sebab hati dia tu kita tak tahu apa yang dia pendamkan.” tutur Aariz seraya melepaskan keluhan. Kerusi yang sentiasa terisi dengan empat buah, kini hanya mereka bertiga. Terasa janggal dan aneh sesuai dengan angka yang ganjil.

“Tak ada Liyyan lepak sekali rasa lainlah. Kalau dia ada dengan muka annoying dia, cakap main lepas je... cakap tak fikir orang, tak tengok kiri kanan. Alahai, rindulah pula.” Hazwan mulai mengimbau kembali kerana dia sering juga bertelingkah dengan gadis itu. Dia turut ketawa sendiri.

“Hello! Liyyan tu masih hidup, okey. Janganlah kau orang berdua throwback macam Liyyan tu dah tak ada dalam dunia ni.” tegur Naura. Geram pula mendengar nada pasrah Hazwan yang seolah-olah sedang mengimbau kenangan istimewa.

Tawa Aariz meledak agak kuat. Pasangan itu dipandang silih ganti. Jelas ketara wajah tidak berpuas hati yang terpeta di wajah Naura. Mungkin cemburu dengan bicara Hazwan seketika tadi. Dah macam hilang kekasih hati.

“Kau orang berdua jangan risau sangatlah. I yakin Liyyan tak pergi mana-mana. Mungkin dia outstation cari ilham baru untuk kerja dia.  Kalau dalam seminggu lepas ni masih tak ada khabar berita, baru kita buat report polis.” ujar Aariz cuba meredakan keadaan. Tetapi sebenarnya dia juga sedang menenangkan hati sendiri yang gusar tanpa penghujung. Dari sudut lain pula dia yakin Liyyan pandai menjaga diri.

“I harap macam tulah. Tapi tak sangka Liyyan akan bertindak sejauh ni. Berani pula tu lawan mama baba dia.” ujar Naura. Tika mendapat panggilan dari Aariz semalam, dua juga kaget. Ayat pertama Aariz ‘Liyyan hilang!’ Agak drama.

“Dahlah, jom kita bersurai. Aku akan cuba cari clue. Nak tengok CCTV kat tempat last dia jumpa dengan Datin Azita tu.” ujar Hazwan. Apa-apa pun Liyyan tetap harus dicari walaupun masih belum diklafikasikan sebagai orang hilang.

You tahu ke dia jumpa kat mana?” tanya Naura. Penasaran pula dengan keyakinan diri Hazwan.

“Selidik Danial lah, sayang.” ucap Hazwan lalu mengenyit mata.

“Okey, kau pergilah jumpa Danial. Aku nak tanya Kasyaf apa perkembangan terkini.” ujar Aariz. Dia sudah bangkit dari duduknya dan berlalu ke kaunter.

Setelah bersurai, Aariz kembali menghubungi Kasyaf dan jawapan yang diterima masih sama seperti semalam. Liyyan masih tidak dapat dihubungi. Malahan, Dato Kamal sudah berubah seperti singa lapar. Tidak hairan jika Liyyan memutuskan untuk menyelamatkan diri daripada ditelan singa hidup-hidup.

“Kau pergi mana, Liyyan?” gumam Aariz sendirian. Fikirannya sudah mulai runsing semula walaupun dia cuba mengelak dari terlalu memikirkannya.

Dalam terlalu leka berfikir, nada dering Perfect dari Ed Sheeran bergema, sekaligus menyentak konsentrasinya. Disangkakan dari Liyyan tetapi rupanya sangkaannya meleset. Skrin digeser dan panggilan dijawab.

“Assalamualaikum, ummi.” ucap Aariz mesra. Terlupa pula rutin hariannya menghubungi ummi di kampung.

“Waalaikumusalam, anak bertuah. Bila nak balik kampung?” tanya Puan Salima dalam nada lembut pada anak lelakinya.

“Hmm... sorry, ummi. Minggu ni Riz tak boleh kampung lagi sebab masih banyak kerja yang kena Riz settle.” ujar Aariz serba salah. Jauh di sudut hati dia rindukan syurganya itu, namun Liyyan masih belum ditemui. Dia tidak mahu pulang dalam keadaan resah.

“Baiklah, kalau itu kata kamu. Apa yang boleh ummi kata lagi. Anak bertuah ummi terlalu sibuk dengan kerja.” ujar Puan Salima. Memahami dengan kesibukan anaknya di bandar yang sedang mengejar cita-cita.

Aariz benar-benar rasa kesal dengan rungutan hati ummi. Biarpun ummi mengatakan tidak mengapa, tetapi tetap tidak mampu melegakan hatinya. Dia tetap tidak dapat lari dari rasa bersalah. Sebuah keluhan dalam, dia lepaskan secara perlahan.

“Riz betul-betul minta maaf pada ummi dan bapak yang Riz tak boleh balik minggu ni. Tapi Riz janji selesai je kerja Riz kat sini Riz balik. Okey?” Aariz menabur janji. Tangannya diangkat seolah-olah umminya berada di hadapannya.

“Tak apa, ummi faham. Selesaikan dulu sebelum balik sebab balik nanti ummi tak nak tengok kamu berkepit dengan kerja.” Awal-awal lagi Puan Salima memberi amaran. Tegas demi kebaikan. Otak juga harus direhat bukan saja tubuh badan.

“Baik, ummi. Oh ya, ummi dengan bapak sihat tak?” tanya Aariz sambil bersandar di dada kusyen kereta. Sejak tadi dia bertapa di dalam kenderaan tak bergerak itu.

“Ummi dengan bapak sihat je. Kamu kat sana jangan lupa rehat dan makan. Kerja tu jangan kuat sangat. Waktu malam tu tidur, bukan buat kerja.” Puan Salima terus memesan lagi tanpa henti. Ada saja peluang, mulutnya tidak lepas dari memberi pesanan.

“Baik, ummi... Riz akan ingat pesanan ummi. Ummi pun jaga kesihatan tu, jangan lasak sangat. Makan kena jaga ya, ummi.” Aariz turut memesan. Hatinya tidak pernah surut merisaukan keadaan kedua ibu bapanya di kampung.

“Ummi!”

“Iya?”

Dahi Aariz berkerut kecil tatkala mendengar ummi menyahut laungan dari belakang. Entah siapa yang melaung memanggil umminya itu. Rajin pula jiran datang bertandang.

“Sekejap, Tipah... ummi tengah bercakap dengan Aariz.” maklum Puan Salima kembali melekapkan telefon ke telinga.

“Siapa tu, ummi? Cucu jiran ke?” tanya Aariz penasaran pula jadinya.

“Iya, Latipah. Baru sampai pagi tadi terus datang jumpa ummi. Rindu katanya, lama tak balik. Suka pula ummi tengok dia balik sini.” beritahu Puan Salima dalam nada ceria. Tersenyum memikirkan Latipah.

“Ohh, okeylah ummi. Tertunggu pula Tipah tu nanti.” ujar Aariz, mengangguk memahami.

“Yelah, ummi letak dulu.”

Setelah panggilan ditamatkan, Aariz menggeleng kepala. Bibirnya menguntum senyuman sendiri. Rindu pula dia pada Latipah. Lama juga dia tidak mendengar nama itu. Kali terakhir dia mendengar nama itu adalah beberapa tahun lalu ketika dia pulang ke kampung.

“Latipah, Latipah.”

🍑🍑🍑🍑🍑

27092021

Ku Pilih Dia (✓)Where stories live. Discover now