🌻BAB 47🌻

3.3K 183 40
                                    

“SAMPAI hati Liy tipu abang.” ujar Aariz, berpeluk tubuh. Senyuman yang tadinya begitu mekar terus mati. Kini, wajah Liyyan tidak lagi dipandang.

“Abang, Liy tak ada niat pun nak tipu abang ke apa. Cuma Liy nak yakinkan diri Liy je.” ujar Liyyan sambil memandang wajah itu dari sisi. Keluhan berat dilepaskan. Inilah risiko yang perlu dia hadapi. Selepas ini dengan ahli keluarganya yang lain pula.

“Macam mana Liy boleh kata Liy tak ada niat sedangkan dah beberapa minggu ni Liy berahsia dengan abang?” ujar Aariz sudah berwajah serius. Keluhan berat turut dilepaskan perlahan.

“Liy tahu sebab tu Liy rasa berdosa sangat. Liy tak mampu tipu lama-lama.” ujar Liyyan lagi. Pipi Aariz disentuh dan menarik agar menghadapnya semula.

“Siapa lagi yang tahu Liy cuma pura-pura je? Ke hanya abang sorang?” tanya Aariz ingin tahu. Wajah Liyyan kembali ditatap.

“Mama je tahu dalam rumah ni. Lepas tu, Naura pun tahu. Tapi, baru je Naura tahu... kelmarin petang. Sumpah!” jelas Liyyan. Tangan kanannya diangkat menandakan dia benar-benar jujur.

“Tak payah bersumpah-sumpah, tak baik.” kata Aariz menarik turun tangan isterinya kembali.

“Tapi sejujurnya masa Liy baru sedar dari koma tu memang Liy tak ingat sesiapa sebab masa tu kepala Liy rasa sakit sangat. Rasa tak mampu nak bergerak. Lepas beberapa jam tu baru Liy mula rasa ingat sikit-sikit. Tapi Liy masih blur masa tu tak tahu apa yang berlaku sebenarnya. Lepas tu barulah Liy tahu, rupanya Liy accident.” jelas Liyyan lagi. Tangan Aariz kembali dicapai dan mengait bersama jari-jarinya. Erat.

Hanya kepala yang mampu digeleng oleh Aariz. Pelipisnya dipicit perlahan. Wajah isterinya direnung bagaikan tidak percaya. Nak marah pun tiada gunanya.

“Liy tahu tak, apa yang berlaku sebenarnya? Macam mana Liy boleh accident?” tanya Aariz, menguji ingatan Liyyan.

“Apa yang Liy rasa masa tu Liy terkejut sebab rasa ada benda langgar kereta dari belakang. Liy terdorong ke depan dan kepala terhantuk dekat cermin dengan dashboard. Lepas tu Liy rasa gelap. Sayup-sayup je Liy dengar suara abang panggil Liy. Lepas tu tak dengar dah. Ingatkan Liy dah mati.” Liyyan tersenyum nipis tatkala teringat semula. Hingga ke hari ini dia masih berasa trauma dengan apa yang terjadi. Rasa gusar dan tidak selamat setiap kali berada di dalam kereta.

Belakang tangan yang dikaitkan bersama jarinya, Aariz elus lembut. Dia hampir kehilangan wanita ini. Tidak mampu dia bayangkan jika Liyyan benar-benar pergi ketika itu.

“Keadaan Liy masa tu 50-50. Doktor tak berani beri jaminan apa-apa sebab keadaan Liy teruk. Kepala Liy ni...” Aariz berjeda. Sebelah tangannya lagi mengusap kepala Liyyan lalu turun ke pipi mulus isterinya pula.

“Terhantuk sangat kuat. Mungkin sebab Liy tak pakai seatbelt. Jadi airbag pun tak function.”

Liyyan mengangguk. Memang benar dia membuka tali pinggang keledar kerana dia fikir dia selamat kerana Aariz sudah berhenti di pinggir jalan. Tetapi, siapa sangka malang tidak berbau. Mereka sudah berhati-hati tetapi ada pula yang dengki.

“A’ah, Liy buka seatbelt masa tu. Mana nak tahu, benda nak jadi.” Liyyan mengomel.

Hidung mancung isterinya dicuit Aariz. Rasa lega kerana Liyyan masih mengingati semuanya.

“Tapi kan, kenapa Liy tak bercakap sejak sedar dari koma tu?”

“Entahlah, tapi memang Liy rasa tak nak bercakap. Rasa berat je. Kadang-kadang tak tahu nak cakap apa. Lepas mama selalu berbual dengan Liy, baru Liy rasa yakin sikit nak berbual tu. Lagipun masa tu Liy sendiri masih cuba terima keadaan Liy yang bergantung pada abang, mama dan semua orang di sekeliling untuk uruskan Liy. Liy rasa malu.” akui Liyyan.

Ku Pilih Dia (✓)Where stories live. Discover now