🌻BAB 5 🌻

2.5K 185 58
                                    


FAIL di atas meja terus dilayangkan ke pintu. Punah emosinya mahu meneruskan kerja yang tergendala. Telinganya masih terngiang-ngiang dengan lontaran kata yang lantang dari Liyyan. Disangkakan gadis itu jinak tetapi rupanya tidak.

“Tak guna betul. Kau cuma nak selamatkan diri kau je.” getus Danial sambil menggenggam buku limanya. Jika Liyyan berada di depannya, sudah pasti tumbukan sulung dia lepaskan.

“Tak apa, kita tengok permainan ni macam mana. Sejauh mana kau boleh bertindak. Kau tu perempuan je, bila-bila masa boleh tersungkur dengan rayuan keluarga kau.” Danial senyum sinis. Saat ini fikirannya sudah mulai merancang sesuatu. Dia yakin ini adalah satu permulaan yang tepat.

“Kau tunggu, Liyyan! Ni Danial Rafai yang akan menjadi leader dalam permainan kita.” kata Danial berbaur tekad. Tawanya juga mula bergema memenuhi ruangan bilik pejabatnya itu.

Tok! Tok! Tok!

“Masuk!”

Derap kaki yang baru saja hendak berjalan masuk ke dalam terus termati. Terbeliak matanya melihat fail dan helaian kertas yang berterabur di lantai belakang pintu.

“Kau ni dah mengamuk apa? Dah macam kapal pecah bilik kau ni.” Baqi menegur. Dia terus bertinggung lalu mengutip fail dan kertas-kertas itu.

“Mengamuk anak Dato Kamal.” ujar Danial sambil memutar-mutarkan kerusi yang didudukinya.

“Anak Dato Kamal? Yang mana?” tanya Baqi. Hairan benar Danial dirasuk amuk angkara salah seorang anak rakan niaga syarikat mereka.

“Yang perempuan tu. Tak guna betul. Kurang ajar. Cakap tak bertapis.” Dadanya masih terasa membahang setiap kali menyebut sebaris nama itu.

“Dato Kamal ada anak perempuan ke? Tak pernah pula aku tahu sebab yang selalu muncul Kasyaf dengan Khairan aje.” ujar Baqi. Tidak percaya pula dia mendengar. Dirasakan ingin tahu pula.

“Ada tapi yang perempuan ni tak kerja dengan LK Impian Group pun. Mungkin dia tahu dia takkan jadi CEO kut.” sinis kata-kata Danial lontarkan.

“Mana kau tahu? Entah-entah dia tak berminat join LK Impian Group sebab tu dia kerja lain.” ujar Baqi. Dia berjalan ke arah meja Danial dan meletak fail serta kertas tadi ke atasnya.

“Mestilah aku tahu. Dia bakal isteri aku.” Makin lebar senyuman yang diukir Danial. Seolah-olah satu kemenangan telah berpihak kepadanya.

“Bakal isteri?” Bulat mata Baqi memandang wajah Danial. Cepat-cepat kerusi ditarik dan duduk.

“Ya! Aku akan kahwin dengan dia tak lama lagi. Sekarang ni aku tengah aturkan masa untuk bertunang. Mungkin tak lama, sekejap je kami bertunang lepas tu nikah terus.” Danial memberitahu perancangannya. Dia takkan biarkan Liyyan mengundur diri dari aturan keluarga mereka. Prinsip awalnya juga sudah berubah.

“Sejak bila kau kenal dengan anak Dato Kamal tu? Aku tak pernah tahu pun.” Baqi masih cuba mencerna apa yang dikatakan Danial. Sahabatnya itu tidak pernah memberitahunya apa-apa.

“Baqi, kau kena tahu semua ni demi kepentingan bisnes. Ingat aku happy ke nak kahwin dengan perempuan yang aku tak suka. Memang taklah tapi aku kena juga jaga reputasi aku sebagai CEO Perkasa Empire.” tutur Danial. Dirasa jelak pula untuk menyebut nama Liyyan yang tidak pernah dia fikirkan akan masuk ke dalam kamus hidupnya.

“Anak Dato Kamal tu setuju ke?” tanya Baqi ingin tahu. Cuba mengorek rahsia lebih dalam.

“Tak tapi aku akan buat dia akur dengan keputusan aku. Perempuan degil macam tu memang patut kena ajar. Aku takkan biar dia lepaskan diri dia sorang-sorang.”

Telan liur Baqi mendengar suara Danial yang dirasakan lain benar seolah-olah menyimpan dendam. Belum pernah dia melihat Danial setekad ini.

“Kau nak jaga reputasi kau tapi kau heret dia sekali. Akan berjaya ke?”

“Aku akan pastikan misi aku berjaya. Kalau tak, kedudukan aku bakal tergugat. Demi sebuah kepentingan aku sendiri, aku terpaksa heret orang lain ke dalam misi aku.”

“Kau tak rasa kesian ke? Tak macam kau akan aniayai anak Dato Kamal ke? Nampak macam kau ambil kesempatan dalam hal ni.” ujar Baqi, kurang bersetuju. Tidak senang pula dia dengan perancangan Danial.

“Nak kesiankan buat apa? Ni atas persetujuan dua buah keluarga. Keluarga aku dengan keluarga dia tak ada masalah, dah bersetuju pun cuma perempuan tu je yang masih berkeras. Kononnya berpendirian dan takkan goyah. Perempuan... cakap je lebih ibarat kerak nasi, direndam air lembutlah ia.” kata Danial lalu ketawa. Terasa kelakar pula dengan keyakinan dan pendirian Liyyan tadi. Entah-entah keteguhan pendirian itu hanyalah sekadar selembut kertas yang akan renyuk bila-bila saja.

Baqi terus bersandar di dada kerusi. Kornea matanya menjamah seketika wajah Danial. Dia masih belum dapat percaya ini Danial yang dia kenali.

“Anak Dato Kamal tu nama apa?” tanya Baqi penasaran jadinya.

“Liyyan.”

“Liyyan?” Baqi angkat kening. Rasa sedikit aneh bunyi itu pada pendengarannya.

“Ya, Liyyan. Pelik kan.”

Baqi angguk. Bersetuju.

“Tulah, pelik.”

Jam di skrin komputer dilihat sekilas seraya dia mencapai ganggang telefon. Nombor ditekan dan dia menanti seketika. Bibirnya dah menguntum dengan senyuman. Misi bakal berjalan.

“Hello, mama.” Danial menyapa mesra. Tubuhnya disandar dengan santai.

“Hah, kenapa telefon mama petang-petang macam ni? Tak sibuk ke kamu?” tanya Datin Azita. Hairan pula mendapat panggilan dari anaknya. Selalunya liat saja.

“Tadi Dani dah bincang dengan Liyyan, kami dah bersetuju nak bertunang hujung minggu ni.” beritahu Danial. Hatinya sudah mulai bersorak. Satu langkah sudah berjalan.

“Betul ke ni? Ya Allah... gembiranya mama dengar. Akhirnya doa mama akan termakbul nak tengok kamu dengan dia berkahwin.” Suara Datin Azita bergelak riang. Gembira mendapat berita baik.

“Ya, mama... tapi Liyyan tu malu nak beritahu mama dia yang kami ni dah bersetuju. Dia suruh mama je yang sampaikan dan terus bincang dengan aunty Leena. Segala urusan pun kami serahkan pada mama dengan aunty Leena.” Danial mengangguk sendiri seolah Datin Azita dapat melihatnya.

“Baiklah, mama call Datin Leena sekarang juga. Ya Allah, tak sabarnya!”

Sejurus itu panggilan terus dimatikan dan Danial meletak ganggang dengan senang hati. Senyumannya masih belum memudar menandakan satu tekad begitu membara dalam dadanya.

“Liyyan betul-betul setuju ke?” Baqi bersuara lagi, benar-benar rasa tidak puas hati. Dia tahu dia tidak layak mencampuri urusan Danial tetapi dirasanya ini adalah kesalahan.

“Ni bisnes, Baqi.”

Baqi angguk dengan senyuman nipis. Tipikal orang kaya, bisnes.

“Tapi, aku nak pesan satu benda kat kau, Danial... jangan pandang rendah pada perempuan yang kau sangkakan lemah tu.”

“Jangan risau. Aku dah dapat baca rentak Liyyan tu macam mana jadi aku yakin, setuju atau tak dia akan ikut rentak aku.” Penuh berkeyakinan Danial berkata. Dia akan pastikan segalanya akan berpihak kepadanya. Tiada peluang untuk gadis itu menolak.

“Okey, aku nak tengok je.”

🌺🌺🌺🌺🌺

- Setiap permulaan pasti ada penamatnya. -

18092021

Ku Pilih Dia (✓)Where stories live. Discover now