🌻BAB 2🌻

4.2K 210 22
                                    


TAP! Tap! Tap!

Bunyi derapan kasut yang bergema agak kuat membuatkan dia panggung kepala menyoroti pandangan ke hadapan dari laluan pintu yang tidak berkatup. Bunyi itu kedengaran kian kuat menandakan jarak gerangan yang sedang menapak itu sudah semakin hampir.

“Datang dah mak cik ahli sihir ni....” Meleret suara Ithar yang sudah kenal benar dengan bunyi derapan itu. Tidak lain tidak bukan dari gadis yang sering menjadi seterunya.

Tawa kecil mulai diletuskan dari sahabatnya yang berada di sisi. Sekejap saja tumpuan mereka sudah beralih angkara bunyian itu. Masing-masing mulai mempersiapkan diri mental dan fizikal.

“Kau memang tak boleh ajar kawan kau tu tentang adab ke, Riz? Datang sini buat sesuka hati dia je. Mengalahkan macam mak bapak dia punya. Semak betullah!” Suara Ithar mula berbunyi tidak senang. Kehadiran gadis itu hanya menganggu tumpuan dan ketenangan yang sedia ada.

“Ajar macam mana maksud kau? Dia ada mak bapak. Aku ni kawan dia je, bukannya sesiapa pun.” Santai saja jawapan Aariz. Bukan dia tidak mahu menegur tetapi itu bukan bidang kuasanya. Lagi pula dia sudah tahu jikalau dia berbuat demikian, tegurannya sedikitpun tidak akan diendah. Sia-sia saja, bukan.

“Tegurlah jangan datang waktu kita kerja. Dia tu macam lalat yang suka hurung kepala orang tahu tak. Selalu buat orang rasa rimas.” Ithar sudah mendengus. Pensel di tangan sudah dicampak ke tepi. Moodnya sudah berterbangan dalam sekelip mata.

“Lalat hanya akan hurung sesuatu yang busuk je, contohnya macam you lah. Busuk hati!” Gerangan yang dikata terus membidas kata. Walaupun hanya sipi-sipi suara itu mengutuknya tetapi masih jelas dia menangkap setiap butiran ayat.

Ithar terus bangkit dari duduk. Sorotan matanya menikam tajam ke wajah Liyyan yang datar. Tiada langsung rasa bersalah yang terpeta di wajah itu kerana menganggu ketenteraman orang lain. Barangkali rasa malu sudah hilang dari diri itu.

You tu bukannya staf atau pekerja kat sini pun jadi tolong hormat sikit tuan rumah bila masuk rumah orang. You memang tak ada adab ke? Mak bapak you tak pernah ajar eh?” ujar Ithar, agak keras nadanya. Jikalau Aariz tidak mahu menegur sahabatnya sendiri, biar dia saja yang menegur.

Liyyan hanya mengejek bicara Ithar. Tak kuasa dia mahu membalas. Hanya akan menyakitkan hatinya saja.

“Thar, jangan cari pasal kat sini. Malulah kalau staf lain tengok korang berdua bertekak macam budak-budak. You pun sama, Liy.” Aariz terus mencampuri tangan. Dia tidak mahu perkara itu berlarutan sehingga menimbulkan perbalahan.

“Kau tak nak tegur jadi biar aku je yang tegur. Perempuan macam dia ni memang patut diajar tentang adab supaya hormat sikit orang lain.” Ithar mengilas ke arah Aariz seketika. Membahang dadanya kerana ditempelak Liyyan tadi.

Liyyan ukir senyuman sinis. Tangannya melipat ke dada, berpeluk tubuh dengan wajah hanya beriak tenang. Sahabat baik Aariz sememangnya sering membuat dia rasa jengkel. Dari dulu tidak pernah senang dengan kehadirannya sebagai kawan Aariz. Entah mengapa, dia juga hairan.

“Thar, aku tak nak benda ni jadi makin besar. Kita kat ofis ni. Aku ni sampai tak tahu nak letak muka kat mana dah angkara korang berdua. Tak kira tempat nak bertegang urat pun.” Aariz turut berdiri. Dia mendekati Ithar dan menepuk bahu tegap itu sekali dua tanda menenangkan jiwa sahabatnya yang sedang dilanda angin.

“Huh!” Ithar melepaskan dengusan kuat. Tanpa sebarang kata, dia mengayun langkah keluar dari bilik kerja Aariz.

“Kawan you tu yang melampau.” komen Liyyan dengan gigi yang diketap. Sindiran Ithar agak melampaui batas. Tiada langsung rasa hormat padanya.

Ku Pilih Dia (✓)Where stories live. Discover now