🌻BAB 39🌻

2.7K 184 26
                                    


AIR MATA Liyyan mengalir lesu dari celah kelopak mata yang bertutup. Datin Leena yang menjadi pemerhati mengesat lembut air mata dari tubir mata si anak. Sayu hatinya melihat keadaan Liyyan. Pipinya turut basah dengan air jernih tatkala melihat air mata anaknya yang mengalir.

“Maafkan mama. Mama terpaksa menurut segala kemahuan arwah nenek kamu. Hanya kerana mama kahwin dengan baba, arwah tak berpuas hati. Arwah minta kamu dijadikan ganti sebaik saja kamu dilahirkan. Sungguh mama berat dan terkejut dengan permintaan arwah nenek kamu. Pelbagai alasan yang mama bagi kepada arwah tetapi arwah tetap berdegil. Arwah tetap mahukan kamu. Kalau tidak, arwah takkan halalkan segala keringat dan susunya pada mama. Mama terpaksa, sayang.” ujar Datin Leena sambil menggenggam erat tangan anaknya. Masih tiada tanda-tanda anaknya akan sedar dari lena panjangnya.

“Genap usia kamu dua tahun, mama terpaksa serahkan kamu kepada arwah tapi bersyarat. Mama hanya beri tempoh pada arwah hanya beberapa bulan kamu tinggal bersama arwah. Pada awalnya arwah bersetuju tetapi bila semakin lama arwah mungkir. Arwah tak nak serahkan kamu lagi pada kami. Mama baba cuba ambil kamu semula tapi arwah sentiasa melarikan kamu. Sehingga satu saat kerana kerap mama baba balik sana, arwah ugut akan pindah dari situ dan kami takkan jumpa lagi dengan kamu. Arwah mahu bawa kamu lebih jauh dari kami.” Jeda.

Datin Leena menghela nafas yang berat dan sesak. Kenangan silam yang tidak mampu dia lupakan sepanjang hayat. Anaknya dijadikan tawanan oleh ibunya selama bertahun-tahun sehingga memisahkan kasih dan sayang antara mereka.

“Disebabkan itu, mama terpaksa akur kerana mama dengan baba takut kamu dilarikan lebih jauh dari kami dan takkan berjumpa lagi. Ketahuilah, sayang... walaupun mama tak balik sana, tapi ada seseorang yang menjaga kamu dari jauh iaitu ibu mentua kamu sekarang. Dialah yang selalu balik ke kampung dan perhatikan kamu dalam diam-diam. Kadang-kadang dia jaga kamu dan hantar makanan kepada kamu terutama ketika raya, juadah yang selalu mama suruh ummi kamu tu beri pada kamu. Kata ummi kamu, kamu suka rendang daging dan ketupat palas. Itu makanan kegemaran kamu ketika raya.”

“Mak Cik Adibah tu pula, kawan mama tulah yang selalu sampaikan berita tentang kamu kepada mama dengan baba. Kamu sihat. Kamu pandai dekat sekolah. Kelas pertama. Murid harapan sekolah kerana pencapaian kamu yang sentiasa cemerlang. Mama bangga sangat dengan kamu. Anak bertuah mama sangat bijak dan pandai.”

Datin Leena tersenyum dalam tangisan. Sisa air mata anaknya yang mengalir tadi diusap dan kesat dengan lembut. Tangan anaknya yang masih berada di dalam genggaman, dikucup. Lama sekali. Dia rindu anak ini. Tangan yang dulunya sangat kecil kini sudah membesar dengan cantik.

Kenangan silam makin menekan dadanya. Kemuncak kepada segala alasan yang mahu dinoktahkan oleh arwah Nek Melati pada diri anaknya agar arwah sentiasa menguasai diri itu selamanya. Sesuatu yang tidak pernah mereka jangka yang mahu dilakukan oleh arwah Nek Melati.

“Pada suatu ketika, Mak Cik Adibah terdengar perbualan orang kampung sebelah mengenai perancangan arwah. Arwah dan ketua pegawai di kampung sebelah itu merancang mahu ditunangkan dengan kamu sebaik saja kamu selesai UPSR untuk mengikat kamu terlebih dahulu. Remuk hati mama ni. Anak kecil mama mahu ditunangkan ketika usia kamu masih budak. Mahu kahwinkan kamu sebaik saja kamu genap berusia 16 tahun.”

“Baba sangat marah. Hari itu juga kami balik ke kampung. Baba tanya arwah dan arwah mengaku ianya benar. Baba kamu hilang sabar dan terpaksa menarik kamu balik. Kerana itu baba kamu tak izinkan pulang ke kampung lagi walaupun kamu merayu sehinggalah hari arwah meninggal dunia. Baba terpaksa biarkan kamu menziarah walaupun dia masih takut dengan penjanjian arwah dengan ketua pegawai kampung sebelah.”

Datin Leena menyapu air matanya dengan lesu. Wajah anaknya kembali ditatap dan mengusap pipi mulus itu. Dia kucup sayang.

“Baba kamu sangat sayangkan kamu. Baba terpaksa berkeras dengan kamu. Baba tak reti tunjuk kasih sayang dia pada kamu. Baba kekok kerana kamu bencikan baba.” bisik Datin Leena perlahan.

“Kamu tahu, baba bangga dengan kamu sebab berjaya bekerjasama dengan Bumi Hijau. Baba selalu sebut kamu adalah anak kebanggaan dia. Anak yang paling dia sayang. Anak yang baba cakap, persis baba. Anak baba. Perangai baba. Keras hati macam baba. Pemberani macam baba. Degil macam baba. Muka baba. Kamu anak bertuah baba.” ucap Datin Leena dengan tawa kecil. Sebak terasa menikam.

Alangkah makin bahagia rasanya jika anaknya ini mendengar sambil mencelik mata bersama senyuman yang manis dan ikhlas selalunya.

“Bangunlah, sayang. Kami semua tengah menunggu kamu. Sentiasa rindukan kamu.” ucap Datin Leena.

“Mama tak sanggup tengok kamu berkeadaan macam ni. Sakit. Luka hati mama melihat kamu mahu bernafas pun susah. Mama tak nak kamu sakit lagi.” Datin Leena teresak kecil. Namun, jika kemungkinan seperti yang dikata oleh doktor, dia terpaksa reda menyerah kembali kepada Sang Pencipta kerana Dia lebih berhak.

“Sayang, anak mama Liyyan...,” Datin Leena hela nafas yang sesak. Wajah tenang itu diamati dengan perasaan yang sungguh berat.

“Mama ampunkan segala dosa kamu. Setiap titis susu, makan, minum mama dah halalkan dunia akhirat. Mama reda andai Allah mahu mengambil hak-Nya semula.”


🌽🌽🌽🌽🌽

Rasa tak logik sikit bab kali ni, sorry...

06102021

Ku Pilih Dia (✓)Where stories live. Discover now