🌻BAB 36🌻

2.9K 179 40
                                    


INI realiti, bukan mimpi. Sudah berkali-kali dia tampar pipi sendiri agar bangun ke alam nyata tetapi rupanya dia memang sudah terjaga. Segala apa yang berlaku seakan bermain-main di minda. Hanya dalam sekelip mata, hanya seketika dia meninggalkan Liyyan di dalam kereta segalanya terus berubah dalam masa sesaat.

Kepalanya dihantuk ke dinding. Sakit. Tetapi dia yakin sakitnya di saat ini tidak setanding dari yang sedang dilalui oleh isterinya di dalam bilik pembedahan.

“Jangan macam ni,”

“I tak boleh you bisu macam ni. I tak suka tengok you diam macam ni. I...”

“I takut you tinggalkan I, sayang.”

Kata-kata Liyyan sebelum dia keluar dari kereta terus terngiang-ngiang tanpa henti. Kepalanya digeleng berkali-kali sehingga air mata membasahi pulupuk mata. Dia tekup muka. Perlahan-lahan tubuhnya disandar ke dinding dan melorot jatuh.

“Kalaulah abang ikut cakap degil Liy tadi, Liy takkan kena. Liy akan selamat.” tutur Aariz, menghentak kepalanya ke lutut. Kesal. Sungguh dia amat menyesal. Kenapalah dia tak biarkan Liyyan turun?

“Aariz! Aariz!” Suara Encik Syakur bergema dari jauh sambil berlari anak ke arah anaknya. Diekori Puan Salima dari belakang.

Aariz tiada daya untuk berpaling. Dia hanya menyandar lesu di dinding sambil memandang kosong di hadapannya. Sekosong fikirannya.

“Aariz, apa yang jadi?” tanya Encik Syakur. Melutut di sisi Aariz. Betapa kagetnya mereka mendapat panggilan dari Aariz mengatakan keretanya dilanggar lori. Lebih malang, Liyyan berada di dalam kereta yang statik berhenti di pinggir jalan.

Lemah Aariz menggeleng kepala. Matanya terpejam. Tak mampu dia bayangkan keadaan Liyyan yang tersepit di tempat duduknya. Keretanya pula terlanggar pokok di hadapan.

“Aariz...” Giliran Puan Salima pula menyeru. Bahu anaknya disentuh. Malahan dia sendiri tidak mampu menahan air mata sebaik saja mendapat khabar berita tersebut.

Aariz garu kepala sehingga berserabut rambutnya. Lalu dia meraupnya pula. Tiada tingkah yang benar dan dirasakan waras tika ini. Fikirannya berkeceramuk.

“Kita doa baik-baik. Semoga Allah sentiasa lindungi Latipah.” ucap Encik Syakur mengurut bahu Aariz. Mengerti perasaan anaknya yang tidak mampu berfikir sebarang perkara.

“Silap Riz,” tutur Aariz sambil menahan perasaannya. Sesak. Berat. Terasa payah sekali mahu bernafas.

“Riz lambat sangat pesan air tu.” ungkap Aariz kesal. Teringat langkahnya yang lambat-lambat dan malas menuju ke gerai. Memesannya juga lambat kerana membenarkan orang lain dulu memesannya. Dia paling akhir.

“Bukan salah Riz.” ujar Puan Salima mengesat air mata di tubir.

“Salah Riz, ummi. Salah Riz.” Laju Aariz menekan kata. Air mata yang tumpah hanya dibiarkan mengalir.

Encik Syakur menepuk-nepuk bahu tegap anaknya. Dia hilang kata untuk memberi motivasi. Kelihatan anaknya begitu dikuasi emosi yang mendalam. Melihat kejadian di depan mata adalah satu mimpi ngeri.

“Salah Riz... merajuk dengan Liy.” ungkap Aariz lagi.

“Sekarang ni bukan masanya untuk menyalahkan diri sendiri, tapi bangkit! Solat hajat untuk isteri kamu. Isteri kamu sedang bertarung nyawa di dalam sana. Sekarang ni bukan masa untuk kamu menyesal dan terus salahkan diri sendiri!” Encik Syakur terus bersuara tegas. Dia bingkas berdiri. Lengan anaknya ditarik keras. Memaksa.

Dengan keterpaksaan Aariz bangkit dan berdiri. Tetapi dirinya masih merasa lemah. Lantas, Encik Syakur terus memaut pipi Aariz dan ditampar-tampar sedikit kuat. Mahu menyedarkan anaknya itu daripada terus hanyut dengan emosi.

Ku Pilih Dia (✓)Where stories live. Discover now