🌻BAB 30🌻

3.1K 204 49
                                    

-3 BULAN KEMUDIAN-

“MORNING, sayang.”

“Morning.” balas Liyyan bersama gelengan dan senyuman nipis. Tangan yang melingkari pinggangnya dicubit kecil.

You ni suka sangat jadi semut api.” tutur Aariz. Satu kucupan hinggap sekilas di pipi mulus itu sebelum dia berlabuh di kerusi. Wajah isteri ditatap dengan senyuman yang tak lekang di bibir.

Of course sebab you selalu nakal.” kata Liyyan, turut berlabuh. Nasi goreng untuk Aariz disenduk.

“I nakal dengan you je.” Aariz tersengih. Teh panas disisip sedikit.

“Hmm... menyampahlah I dengar.” Liyyan mencebik. Aariz yang mulai menyuap nasi goreng diperhati seketika. Hingga ke hari ini dia masih belum dapat percaya bahawa lelaki itu ialah suaminya. Sahabat yang kini bergelar suami. Bukan satu anganan tetapi ia realiti hidupnya.

Itulah orang tua-tua kata, jangan terlalu menolak, kelak menjadi suami. Sekali terkena pada dirinya. Benarlah, Allah SWT itu Maha Membolak-balikkan hati manusia kerana sesungguhnya hati manusia ini adalah milik-Nya.

“I tahu I hensem pagi ni tapi janganlah pandang macam tu, sayang. I seganlah.” ujar Aariz selamba. Wajah Liyyan yang sudah merona merah dikerling. Ketawa dia dibuatnya.

“Eii, menyampahnya! Kuat perasan. Bila entah dia hensem. Pak cik yang jual sayur kat pasar pagi tu lagi hensemlah daripada you.” Laju Liyyan membidas. Teh panas terus disisip perlahan dan diletakkan kembali. Sekadar membasahkan tekak dan mengawal perasaan.

“Eleh! You je ego, kedekut dengan pujian. Dapat pahala tau kalau puji suami. Realitinya I memang hensem kan, you pun tergugat.” balas Aariz, masih mahu mengusik. Sebelah matanya dikenyit dengan senyuman menggoda.

“Aariz, I nak muntah!” Liyyan terus tekup mulut dengan wajah berkerut. Benar-benar merasa mual dengan perangai kuat perasan Aariz. Sejak bila entah.

Berdekah Aariz ketawa. Cawan teh terus dihulur kepada isterinya itu. Isteri? Masih sukar dipercayai.

“I rasa kalau you cakap sekali lagi benda-benda macam tu, I betul-betul muntah kat sini.” ujar Liyyan sambil menyambut huluran itu. Diteguknya lagi, perlahan-lahan sambil matanya memandang wajah Aariz. Rasa nak sekeh je kepala suaminya itu. Tak sudah-sudah mahu mengusik hatinya.

Terkekeh Aariz ketawa.

“I cuma nak penuhkan hati dan jiwa you dengan kasih sayang... dengan cinta yang tengah berputik.” Aariz bermadah sambil menyimpul senyum kuat-kuat. Mahu melihat sejauh mana keteguhan hati Liyyan dapat bertahan. Hari demi hari hati itu terus mahu dia pikat dan usik.

“Belum berputik lagi, I baru pupuk.” balas Liyyan seraya menyuap makanan. Kepalanya ditunduk. Tidak betah dengan usikan nakal Aariz.

“Dah berapa peratus you pupuk tu?” tanya Aariz sambil menjenguk wajah Liyyan.

“Tengok mood I macam mana. Kalau I rasa nak pupuk, I pupuklah. Sebab tu kadang-kadang bunga tu mekar sebab I pupuk dia. Tapi ada hari kuncup balik sebab mood I ni tak berapa sampai nak pupuk tu.” jawab Liyyan, sengaja bermain kata. Mahu mengenakan lelaki itu semula.

“Aci eh?” Aariz menyilang tangan ke atas meja. Melongo dia mendengar. Keras benar hati Liyyan. Bukan senang mahu mencuri sekeping hati itu biarpun mereka sudah sampai fasa perkahwinan.

“Aci.” Liyyan tertawa. Nasi terus disuap ke mulut Aariz yang separa terbuka.

Uhuk! Aariz tersedak dengan suapan Liyyan. Mulutnya yang comot terus dilap dengan tisu. Air teh terus diteguk.

Ku Pilih Dia (✓)Where stories live. Discover now