🌻BAB - 15🌻

2.3K 166 41
                                    

SELESAI perbincangan bersama Bumi Hijau dan mencapai kata sepakat, Liyyan mengucap rasa syukur dan lega yang teramat. Dia mahu membuktikan kepada baba bahawa dia bukan seperti yang dikata. Lakarannya masih layak untuk dibangun dan direalitikan walaupun dia hanya bekerja sendiri.

Bekerja bersama Bumi Hijau adalah satu bonus baginya kerana di situ dia sendiri akan menilai hasil kerjanya kerana Bumi Hijau adalah orang luar, bukannya saudara. Jadi tiada isu berpihak atau menyedapkan hati untuk hasil kerjanya.

“Jom, kita lunch.” ajak Syahiran sambil melihat jam di tangan. Sudah angka 1.35 tengahari.

“Kita?” tanya Liyyan seraya menggalas briefcasenya.

“Ya, kita. Awak, saya dan Tan Sri.” ujar Syahiran dengan senyuman. Tan Sri Zawawi turut dipandang.

“Maaf, hanya kamu berdua saja. Saya akan pulang makan bersama isteri tercinta.” Tan Sri Zawawi terus mencelah.

Kata-kata Tan Sri Zawawi menerbitkan senyuman di bibir Liyyan secara spontan. Pada usia lelaki itu, Tan Sri Zawawi tidak malu menunjukkan rasa kasih dan cinta kepada isteri sendiri.

“Okey, baiklah tan sri kalau begitu. Kiranya hanya saya dengan Cik Liyyan saja.” ujar Syahiran lagi. Senyumannya melebar.

“Ya. Okey, saya minta diri dulu.” Tan Sri Zawawi terus berpamitan dan menapak keluar dari bilik mesyuarat tersebut.

So, awak nak makan kat mana?” Syahiran terus memutar diri menghadap Liyyan. Kedua belah tangannya dimasukkan ke dalam kocek seluar.

“Saya ikut je.” Liyyan memberi kata putus. Benar, dia tidak kisah asalkan perutnya terisi. Itu saja.

“Wah, beraninya!” kata Syahiran lalu ketawa sendiri.

Liyyan yang memahami turut tertawa. Pandai juga lelaki itu berjenaka.

“Perut saya dah lapar jadi saya tak kisah kat mana pun kita makan. Janji kenyang.”

“Kalau macam tu, jomlah. Nanti makin kuat pula perut awak berbunyi.” Syahiran bercanda seraya daun pintu dibuka untuk gadis itu.

“Terima kasih.” ucap Liyyan dengan senyuman lebar.

“Sama-sama kasih.” balas Syahiran beriringan rapat bersama gadis itu.

Setiba mereka di restoran, Syahiran dan Liyyan sama-sama memesan. Setelah pelayan meninggalkan mereka, terus tumpuan Syahiran beralih kepada Liyyan. Wajah mulus gadis itu dipandang dengan rasa minat.

“Jangan tenung lama-lama, saya ni milik orang.” tegur Liyyan bersahaja. Dia menyedari sorotan pandangan lelaki berwajah kacak itu.

Tawa halus tercetus dari Syahiran. Tersedar kelakuannya terlalu ketara. Namun, reaksi Liyyan membuatkan dia makin tersenyum lebar. Gadis itu begitu bersahaja dan jujur berkata-kata.

“Maaf, betul ke awak milik orang?” Berdebar pula jantung Syahiran tika bertanya. Dalam hati berharap ianya tidak.

“Ya, saya milik orang. Milik... mama dan baba saya.” tutur Liyyan lalu ketawa kecil. Wajah Syahiran tampak cuak.

Syahiran terus ketawa besar. Wajahnya diraup. Entah mengapa dia berasa sangat gembira dengan jawapan yang diberikan itu. Malah berasa teramat lega dan senang.

“Saya sangat takut kalau saya keluar dengan hak milik orang.” tutur Syahiran jujur setelah tawanya reda.

“Oh, saya faham. Lagipun kita keluar hanya atas urusan kerja jadi takkan timbul apa-apa masalah.” balas Liyyan. Walaupun dia belum menjadi hak milik orang sepenuhnya tetapi dia masih sedar akan status dirinya biarpun tiada lagi cincin yang tersarung di jari.

Ku Pilih Dia (✓)Where stories live. Discover now