KITAB suci al-Quran diletak ke atas meja di sisi katil Liyyan seusai dia membacanya. Kemudian, kening isterinya dikucup seketika dan mengusapnya perlahan. Wajah yang masih diulit ‘lena’ itu direnung sayu. Begitu tenang wajah isteri kesayangannya itu seolah-olah ‘mimpi’ yang sedang dibuai begitu indah.
“Sayang,” Aariz menyeru lembut. Tangan Liyyan digenggam seperti kebiasaan.
“Abang ada banyak cerita yang nak abang share dengan Liy.” tutur Aariz seraya menghela nafas. Terasa berat untuk menutur kata yang selanjutnya.
“Abang dikhianati, sayang. Kawan yang abang anggap sahabat baik dunia akhirat rupanya gunting dalam lipatan. Betul apa yang Liy pernah cakap kat abang masa kat ofis hari tu. Bukan musuh je yang nak musnahkan kita tapi dalam kita tak sedar, orang yang paling dekat dengan kitalah rupanya penuh dengan sikap kepuraan dan muslihat.” tutur Aariz. Lemah rasanya. Semangatnya terasa kian hilang. Dirinya seolah-olah hilang arah tuju.
“Abang percayakan dia tapi tak sangka kepercayaan abang dipergunakan. Abang ni bodoh juga rupanya.” kata Aariz lalu ketawa sendiri. Kepalanya ditunduk.
“Bodohnya suami Liy ni.” Aariz mengedip-gedip matanya yang mulai berair.
“Liy... sayang bangunlah. Abang perlukan Liy sangat-sangat. Abang rindu nak sembang dengan Liy. Abang rindu nak tengok Liy, nak dengar suara Liy. Abang janji lepas ni abang takkan merajuk lagi dengan Liy.” ucap Aariz, sebak.
“Sayang,”
“Sebenarnya Liy tahu kan semua kerja jahat Ithar, sebab tu Liy cakap macam tu. Kalau betul Liy betul-betul dan syak Ithar, kenapa Liy tak beritahu abang? Kenapa Liy rahsiakan semua ni?”
“Liy tahu tak, Ithar tu hantar mata-mata dia untuk ikut kita ke mana saja kita pergi. Dia nak Liy mati. Abang tak habis fikir, kenapa dia kejam sangat sampai sanggup membunuh semata-mata nak puaskan hati dia. Abang tahu dia tak suka Liy tapi tak sangka sampai ke tahap ni.”
Aariz mengusap wajah dengan sebelah lagi tangannya. Walaupun orang-orang Ithar sudah dapat diberkas tetapi fikirannya masih runsing memikirkan keadaan isteri sendiri. Sudah hampir dua minggu Liyyan koma. Benar-benar menarik segala rasa yang menghuni hatinya sejak beberapa bulan lalu.
“Aariz.”
Aariz panggung kepala. Matanya dihala ke pintu. Kasyaf sedang menapak masuk dan menghampirinya.
“Baba ada perkara nak cakap dengan kau.” beritahu Kasyaf.
“Perkara apa?” tanya Aariz, hairan. Wajahnya terus diraup.
“Aku pun tak tahu. Baba tengah tunggu kau kat kafe. Turunlah.” ujar Kasyaf.
Aariz menelan liur. Terasa sedikit berdebar mahu berhadapan dengan bapa mentuanya itu kerana sikap Dato Kamal yang serius. Malahan, mereka juga amat jarang berbual. Mungkin kerana Liyyan juga tidak rapat dengan bapanya sendiri.
“Baba tunggu kau kat bawah.” ujar Kasyaf lagi sambil melihat Aariz yang masih sempat melamunkan diri.
“Oh, okey. Jaga Liyyan. Kalau ada apa-apa, terus call aku.” pesan Aariz bingkas bangkit dari duduknya.
“Yelah. Pergilah turun.”
Tanpa membuang masa, Aariz menapak keluar dari wad. Sepanjang langkahnya ke kafe, bibirnya tidak henti-henti dari beristighfar kerana gusar Dato Kamal meminta sesuatu yang tidak dapat dia tunaikan. Dia tidak mampu.
“Baba,” tegur Aariz seraya berlabuh di kerusi, hadapan Dato Kamal. Rasa gementarnya mulai memercik rasa.
Dato Kamal sekadar mengangguk. Santai menyisip teh o panas dari bibir cawan. Wajah yang terpamer tanpa sebarang reaksi waima segaris senyuman pun. Benar-benar kelihatan serius dan mendatar. Tidak ubah seperti Liyyan ketika berada dalam keadaan serius.
YOU ARE READING
Ku Pilih Dia (✓)
Random- KEKASIH IMPIAN - Mencari seorang hero untuk seorang gadis bernama Liyyan Lashira yang keras kepala, tidak menyabar dan suka bertindak sendiri. Entah siapa yang mampu bertahan dengan gadis seperti itu. Namun, dia sering merasakan dia seorang yang...