🌻SPECIAL PART 2🌻

3.3K 194 38
                                    

DERAP langkah yang tadinya laju terhenti seketika ketika kornea matanya memandang ke arah kelibat Aariz yang sedang berbual dengan seorang wanita berselendang. Kelihatan agak rancak.

Tanpa membuang masa, langkahnya kembali diatur terus ke arah suaminya itu. Masih tidak mampu meneka siapakah gerangan wanita tersebut yang membelakangi kedudukan.

“Sayang...” Liyyan menyeru setelah hampir. Lengan Aariz terus dirangkul. Tatkala wajah wanita itu singgah di matanya, Liyyan sedikit terperanjat.

“Ya, sayang.” Aariz terus mengukir senyuman lebar dan memandang Liyyan sejenak.

“Adelia rupanya. Ingatkan siapalah tadi berbual dengan Aariz.” Terus Liyyan menegur mesra. Tangan terus dihulur, bersalaman.

“A’ah, tak sangka terserempak Aariz kat sini tadi. Lama kita tak jumpa.” ujar Adelia tidak lekang dengan senyuman manisnya.

“Tulah, sejak awak kahwin kan. Masing-masing semuanya bawa diri.” balas Liyyan sambil mengangguk. Memang benar kata Adelia. Sejak berkahwin, wanita itu terus lesap dari kehidupan mereka. Mungkin kerana Adelia hanya bekas kekasih Aariz.

“Betul, selepas saya kahwin terus ikut suami sambung belajar ke Melbourne. Ni baru balik selepas tiga tahun.” tutur Adelia.

“Balik terus ke, balik sementara?” tanya Liyyan ingin tahu. Sekadar untuk menyimpan maklumat.

“Alhamdulilah, balik terus. Suami pun dah grad.”

“Alhamdulillah, syukurlah. Tahniah untuk awak berdua.” ucap Liyyan.

“Alhamdulillah. Ni si comel ni, muka sebiji Aariz ya.” ujar Adelia lalu memegang tangan Aydan dan mengusap kulit halus itu. Gebu!

“Mestilah, anak saya kan. Ikut sayalah. Hensem.” Aariz mula mencelah lalu ketawa kecil.

“Amboi, Liy yang bawa tau. Sikit pun tak bagi kredit kat Liy ya.” Liyyan bersenda lalu menatap wajah Aariz.

“Alololo... manalah abang tahu.” Makin rancak Aariz ketawa. Sengaja mahu mengusik Liyyan.

Adelia turut ketawa dengan pasangan itu. Sedikit sebanyak hatinya dijentik rasa cemburu.

“Tak apa, Liyyan... asalkan awak berdua dikurniakan rezeki cahaya mata yang sihat dan cukup sifat. Sedangkan saya ni masih menunggu. Entah bila saya akan bergelar ibu macam awak.” ujar Adelia dengan senyuman tawar.

“Oh, sorry.” Liyyan gigit bibir.  Bahu Adelia terus disentuh lembut.

“Tak apa, Allah lebih tahu kan bila masanya.” Adelia menggenggam kemas tangan Liyyan.

“Betul, Allah sebaik-baik perancang. Tidak terlewat, tidak juga cepat. Segalanya Allah dah aturkan dengan tepat waktu. Jangan berputus asa dan teruskan berdoa. Allah tak pernah tidur. InsyaAllah, Allah dengar rintihan awak.” ucap Aariz tenang.

“InsyaAllah, aamiin.” ucap Adelia, terharu dengan kata-kata Aariz. Masih seperti dahulu, tenang dan matang.

“Awak sabar ya, Adelia. Allah dah tentukan rezeki buat kita. Mungkin Allah nak bagi ruang untuk awak dan suami honeymoon lagi. Kalau dah ada anak nanti, mungkin nak dating berdua tu pun kena fikir dulu, macam kami ni. Tak boleh berenggang dengan Aydan.” ungkap Liyyan pula.

“Betul juga kata awak. Allah lebih tahu bila masa yang tepat tu.” Adelia mengangguk, bersetuju dengan kata-kata Liyyan.

“InsyaAllah, ada rezeki tu nanti tak ke mana.” Liyyan turut mengangguk.

“Terima kasih kerana memberi saya kata-kata semangat. Saya ni dah banyak kali down bila orang tanya pasal anak ni, tapi apa yang boleh saya buat selain pekakkan telinga.” ujar Adelia lagi, seperti mengadu rasa hatinya. Kecewa dan sakit setiap kali ditanya soalan yang serupa berkaitan cahaya mata.

Ku Pilih Dia (✓)Where stories live. Discover now