⛓️FQ2

360 17 0
                                    

Doktor Hashina menyemak laporan kesihatan Ayra. Sesekali dia mengerling ke arah gadis yang hanya diam di hadapannya itu.

"Alhamdulillah,semua okay. Cuma hadam kata-kata saya sebulan lepas tu"

Ayra tersengih.

"Jangan lupa ambil ubat dekat kaunter okay?"pesan doktor Hashina sebelum Ayra keluar.

Ayra mengangguk.

"Thank you doctor,see you again"

"Of course"

Senyuman Ayra terus mati sebaik sahaja dia keluar dari bilik doktor Hashina.

Beginilah dia,hanya segelintir orang saja yang dapat lihat senyum manisnya itu.

Sampai boleh dikira dengan jari berapa kali dia senyum dalam sehari.

Dia cuma,malas nak senyum.

Dapat apa kalau senyum banyak-banyak ni?

Sesungguhnya dikau belum sedar bahawa senyum itu sedekah.

Selesai mengambil ubat dan mengucapkan terima kasih,Ayra bergerak keluar dari hospital itu.

Jauh pula pintu keluar,tadi masuk dekat je.

Ayra berjalan sedikit ke tengah. Di depannya ada beberapa orang pesakit yang sedang terhegeh-hegeh berjalan.

Aku tolak juga kang..

Hidungnya tiba-tiba menangkap satu bau.  Sampai tertoleh dia memandang ke belakang.

Kebetulan seorang doktor lelaki baru melepasinya dengan tergesa-gesa. Ada pesakit mungkin.

Tapi itu bukan sebab utamanya.

Bau tu..

Belum sempat Ayra berfikir panjang,kepalanya terasa berdenyut hebat.

"Oh great!"gumam Ayra,geram.

Dia kembali melangkah apabila menyedari hanya dia sahaja yang berdiri di jalan keluar itu.

Buat malu je.

Pantas Ayra mengorak langkah.

Pasal lelaki tadi? Biar lantak dia situ.

Sakit otak aku.

Hujung minggu yang sepatutnya indah buat Ayra rosak apabila dia menerima panggilan telefon dari neneknya,menyuruhnya balik ke kampung.

Apa yang ada dekat kampung tu?gerutu Ayra geram.

Biar saja lah dia sorang-sorang dekat sini.

Eii kalau bukan sebab Akif punya sambutan hari lahir,tak ingin aku balik.

Siapa Akif? Anak buah aku.

Dah diam.

Eiii,serabutnya rasa hati.

Sudahla keluarga sana..

Ugh.

Dengan kasar Ayra menarik begnya.

"Eiii taknaklah!"jeritnya tiba-tiba.

Dia mengurut dada. Sabar wahai Ayra Syafia.

Takde faedahnya kau meroyan dekat sini,kau tetap kena balik.

Ayra terbaring ke atas katil. Bajunya yang berterabur di atas katil tidak diendahkan.

Dia meletakkan lengan di atas dahi.

"Ayra Syafia.."

Ayra mengeluh,kuat. Kenapa masih terngiang-ngiang namanya itu disebut?

Seram tahu tak seram? Dia dahla sorang-sorang dekat rumah ni.

FALEEQ QAYDERWhere stories live. Discover now