⛓️FQ 35

147 5 0
                                    

Jantung Faleeq bagai gugur menyembah bumi melihat rumahnya yang tunggang langgang itu. Hampir saja dia rebah jika bukan Adli yang menyambutnya.

"Faleeq,jangan macamni. Benda dah mula,kita kena enjoy. Ikut rentak"pujuk Adli selamba.

Faleeq tenangkan diri. Dia sudah mempersiapkan mentalnya untuk ini selama ini. Namun bila ini betul-betul terjadi,dia seakan tidak boleh terima.

"Kumpulkan budak"arah Faleeq dengan suara yang tenggelam timbul.

Sungguh dia rasa tak bersedia untuk semua ini.

Telefonnya tiba-tiba berdenting.

-don't worry about me. Aku tahu korang cari aku malam tadi. Tapi aku okay. Focus selamatkan  Ayra,aku selamat dekat sini.
~FH

Dia dapat dengar suara Adli dari jauh memanggilnya.

"Faleeq,Afi.."dia menunjuk telefonnya.

"Aku dapat juga"Faleeq mengesan sesuatu yang pelik dari mesej Afrina. Dia pandang Adli yang membaca balik mesej tersebut.

"Macamana dia tahu Ayra kena culik?"serentak kedua itu menyoal.

"Siapa FH ni?"

Faleeq terpaku di tempatnya.

"Okay this is getting serious. Fahmi hidup lagi ke?"straight to the point Adli menyoal.

Faleeq memandang Adli. Dia menggeleng perlahan.

"I don't know.."








Sesak seketika nafas Ayra. Dia menggeleng ketika seseorang cuba menyumbat mulutnya dengan kain buruk.

Dahla buruk,busuk pula tu. Gila. Mulut aku ni dahla kecik. Gila la dorang ni.

"Let me"suara garau seseorang bagai menghentikan masa. Semua menjarakkan diri dari Ayra.

Langkah diatur perlahan-lahan. Tangannya menyeluk poket,mengeluarkan sebatang pen.

"Apa la yang degil sangat kau ni?"keluh suara itu. Dia membongkok,menyamai paras ketinggiannya dengan Ayra.

Pen itu mencucuk pinggang Ayra. Terjerit kecil wanita itu dibuatnya.

Mata yang bulat itu semakin membulat bila memandangnya.

"Hai"Fahmi tersengih. Teringat pula dekat bini dia yang cun tu. Muka dah la ada iras.

Biasalah,nama pun adik kakak.

Senyuman Fahmi mati bila Ayra terkulai layu.

"Lah! Apahal pengsan pulak!"tepuk dahi Fahmi dibuatnya.

"Fahmi"

Dia kejung seketika bila mendengar namanya diseru. Tak lain tak bukan,nenda Fateema yang menyeru namanya.

Fikir Fahmi fikir.

"Stay away from me"suara beku itu lantang terdengar.

"Fahmi taknak ada kaitan apa-apa lagi dengan nenda. Im nothing to do with you anymore. Fahmi habiskan kerja Fahmi sampai sini,dengan serahkan dia pada nenda"dia bergerak ke tepi,menampakkan Ayra yang terkulai layu itu.

"Ni apa yang nenda mahu kan? Hancurkan perempuan ni. Ambil,dan jangan kacau Fahmi lagi. Fahmi taknak ada apa-apa kaitan lagi dengan nenda"

Mata orang tua itu bersinar-sinar,bagai melihat satu longgokan emas di hadapannya. Bertapa dia begitu menginginkan untuk menghancurkan keturunan perempuan yang menjadi kehancuran hidupnya dahulu.

FALEEQ QAYDERWhere stories live. Discover now