⛓️FQ19

184 5 2
                                    

Ceh,angin rupanya tolak pintu.

Terkejut dia kerana dia memang berseorangan di rumah. Nendanya keluar entah ke mana.

"Bismillah,moga takde apa"kunci dicucuh ke dalam tombol.

Terpinga Fahmi. Apa yang dia lihat di dalam bilik itu memang tidak dapat dia hadam.

Deretan pistol dan senapang dilihat tersusun rapi di dalam almari kaca sebelah kiri. Belum kira yang tergantung di dinding. Bersusun dan logik mencecah sehingga ratusan pucuk pistol dan senapang.

"Apakah semua ini"bisik Fahmi.

Dia kena ajak Faleeq tengok benda ni sama-sama.

Ah,mood dia merudum sedikit bila ingat Faleeq. Tapi takpe,ada masa dia ajak.

Mulut Fahmi ternganga. Frame gambar yang hanya kecil sedikit ukurannya dari pintu tadi tergantung di situ.

Gambar seseorang sedang tersenyum megah bersama seorang wanita di sisinya.

"Datuk?"

Dan wanita itu ternyata nendanya.

Fahmi termangu sendirian.

Dia berjalan merapati frame gambar itu. Ada meja solek yang ditutup cerminnya menggunakan sehelai kain putih.

Ada sebuah diari lama di situ. Teragak Fahmi mahu menyentuhnya.

Diari lama yang sudah amat lusuh.

Penuh berhati-hati dia selak diari itu.

17 September 2000.

Aku hanya ingin mencoretkan,sisa hidup yang sudah tidak lama. Aku sudah dimamah usia. Helaian buku ini juga turut terkoyak lalu hilang entah ke mana. Aku cuma mahu mencoret tentang perasaan pelikku kepada isteriku,Fateema. Entah kenapa aku rasakan dia tidak ikhlas menerima kehadiran menantunya ke dalam keluarga ini sedangkan menantuku itu sebaik-baik manusia. Sopan santun,lemah lembut.

Memang salah anakku yang bernikah tanpa pengetahuan kami berdua,namun apa sangatlah kudrat kami untuk menghalang benda yang sudah menjadi takdir. Lagipula,benda yang baik dan jauh dari dosa.

Aku cuma berharap isteriku menerima menantuku dengan sepenuh hati,kesian aku lihat menantuku cuba mengambil hati ibu mertuanya,namun tak dilayan.

"Ayah?"bisik Fahmi sendirian.

Nikah tanpa pengetahuan?

Diari ni dia rasa mahu bawa masuk dalam bilik dia sahaja.

Tapi macamana kalau kantoi dengan nenda?

Garu kepala Fahmi memikirkan.

Akhirnya diari itu dia letak kembali di tempat asalnya.

"Kau sabar diari. Nanti hari-hari aku berkampung dalam ni"bisiknya sendirian.

Dia memerhati sekeliling sebelum mengambil keputusan untuk keluar dari bilik senjata itu.

Semuanya dia susun rapi macam biasa. Kunci juga dia letak dalam kamus palsu yang diletak di almari cawan tadi.

Cantek!

Sambil menutup pintu stor itu,ligat kepalanya memikir.

Siapa datuknya sebenarnya? Apa yang nenda dah buat?

Dan apa yang jadi pada ibu dan ayah?









Ayra mengheret Izz yang terpinga-pinga masuk ke dalam pusat gim itu.

Ah,tak kesahlah dia heret anak sekalipun. Dah lama dia tak datang sini.

Adalah dalam sebulan. Sejak dia jaga budak bertuah ni lah.

"Wah mama. Macam best je"Izz melihat seorang lelaki memakai baju tanpa lengan sedang khusyuk menumbuk punching bag.

"Lain pula yang dia tengok ya? Sini kat mama"Ayra memegang tangan anak lelakinya itu.

Selesai mendaftar diri,dia dan Izz masuk ke dalam gim khas perempuan.

"Tapi mama,im a boy"bidas Izz.

"Lepastu? Izz nak duduk luar? Pergilah"

"Taknak.."

Ayra senyum kecil mendengarnya. Perlahan saja suaranya.

"Kalau macamtu,harini Izz jadi gym partner mama. Macamana?"

"On!"






Faleeq merenggangkan badannya. Lenguh rasa satu badan.

Fuh,harini semua sangat mencabar pesakit yang datang. Macam-macam hal sampai dia pun boleh jadi tak betul sekali.

Ada yang menangis,ada yang diam.

Lain orang maka lainlah ragamnya. Itu yang dia pegang dari dulu.

Tuk tuk

"Yes"

Pintu biliknya dikuak. Faleeq terkaku memandang gerangan di hadapannya.

"Along?"








"Aku minta maaf. Aku tak patut buat keputusan terburu-buru marahkan kau"

Faleeq hanya diam. Tangannya mengacau ais di dalam cawan.

Sepi saja kafeteria itu. Tidak ramai orang memandangkan masa rehat sudah hampir ke penghujung.

"Takpelah long,benda dah lepas. Aku pun tak patut sorok perkara penting macamni dari kau"

Fahmi mengangguk.

"Apa yang kau nak bagitahu aku?"

"Kau mesti tak percaya apa yang aku jumpa dekat stor rumah nenda"

"Stor dekat luar tu? Eh,bukan kau ke kata ada hantu dalam tu?"usik Faleeq.

"Ish,tapi ni lagi dahsyat dari hantu!"Fahmi bersuara teruja.

"Eh aku pula yang seram. Kau jumpa apa dalam tu?"

Riak wajah Fahmi berubah.

"Aku jumpa sejarah keluarga kita"

"Apa maksud kau?"

"Kau tak pelik ke sampai sekarang kematian ibu ayah tak dapat tahu punca dia?"

Faleeq berkerut dahi. Seketika sebelum dia terkejut.

"Ehhh sabar,jangan jump to conclusion dulu"

"Hm,aku pun taktahu sangat sebenarnya ni Palik. Tapi yang aku tahu.."suara Fahmi makin lama makin perlahan.

"Apa?"tak sabar Faleeq dibuatnya. Alongnya ini sengaja tau tak?

"Datuk bukan orang biasa"

Makin hebat berkerut dahi Faleeq.

Kalau bukan orang biasa,hantu ke?

"Bukan hantu,dia macam orang berkuasa. Berdasarkan dari pandangan aku"

"Apa je yang kau nampak?"

"Kau kena pergi rumah nenda Faleeq. Nenda tak balik sampai Sabtu"

"Harini dah Khamis"Faleeq membuat kira-kira.

"Jumpa malam ni"Fahmi memandang adiknya itu.

"Malam ni?"dia baru nak ajak Ayra dating. Kacau lah along dia ni.

"Boleh ke tak?"

"In syaa Allah"

Faleeq melirik jam tangannya.

"Aku kena masuk kerja balik. Hati-hati balik"Faleeq menghabiskan sisa airnya sebelum bangun.

"Jumpa malam ni"Fahmi mengingatkan semula.

"Ya,aku tak lari lah. Risau sangat"

Dia kemudian meminta diri sebelum hilang dari pandangan Fahmi.

"Done"











Sorry for the late update! Busy aa

FALEEQ QAYDERWhere stories live. Discover now