⛓️FQ5

248 11 0
                                    

Ayra hanya diam,membiarkan Nisrin mengomel tentang crush barunya itu.

"Lah penat aku menceceh sorang-sorang kau tak layan aku"cebik Nisrin.

"Penat"

"Eh Ayra,next check up kau bila?"Nisrin menunggu untuk keluar dari simpang memandangkan ada kereta disitu.

Belum sempat Ayra menjawab,Nisrin sudah menjerit.

"Woi! Dasar tak guna punya kereta! Signal mana signal eiiiii!"

Pantas saja tangannya mahu menekan hon kereta namun ditahan Ayra.

"Kau jangan nak buat kecoh la. Bising"Ayra menongkat dagu di tingkap.

Dapat dia rasakan kelajuan kereta bertambah.

"Ye,nak mati sekali dengan aku ke macamana. Baru kawan sehidup semati"sindir Ayra.

"Diamlah"


"Doktor Faleeq"

Langkah Faleeq terhenti bila melihat Doktor Hashina berlari-lari anak ke arahnya. Senyuman manis dia lemparkan ke wanita separuh abad itu.

"Ya kak?"

Doktor Hashina tidak menjawab sebaliknya menarik kot putih yang dipakai Faleeq.

Faleeq hanya pasrah kena heret.

"Jom teman akak lunch,i is keseorangan"adu Doktor Hashina.

Faleeq tersengih. Ada-ada je.

"Ni.."

Faleeq mengangkat muka bila mendengar suara Doktor Hashina.

Doktor Hashina meletak sudu dan garpunya sebelum memandang Faleeq.

"Faleeq tahu kan yang akak kena transfer ke hospital lain?"

"Kenapa pula?"

"Sebab akak bosan asyik tengok muka kau je,baik akak pergi hospital lain"

Faleeq mencebik.

"Kita punya hensem macamni akak bosan pula tengok"Faleeq tersengih.

"Engkau jangan nak buat akak kembang tekak dekat sini"

"Kita cakap benda betullah kak"Faleeq menyedut minumannya.

"Nah"Doktor Hashina menghulur satu fail yang dia pegang sedari tadi.

"Apa ni kak? Akak kasi kita projek juta-juta eh?"gurau Faleeq.

"Ini bukan juta lagi ni billion"selamba Doktor Hashina menjawab.

Faleeq meneliti fail itu. Maklumat yang terpampang disitu dia baca.

"Ayra Syafia?"

Doktor Hashina mengangguk.

"Pengarah kata dia memang terikat dengan hospital dekat sini sebabtu dia suruh akak cari doktor ganti"

"Kenapa kita?"

"Engkau doktor ke cleaner?"

Faleeq mencebik lagi.

"Ha berbalik kepada tadi,akak pilih kau. Kau kan baikkk"

Tergelak Faleeq dibuatnya.

"Panjang betul baikkk akak tu. Perli ke betul tu?"

"Sendiri la fikir baik ke tak"Doktor Hashina mengacau air di dalam cawan.

"Lepastu kita kena terima la ni? Tak boleh tolak?"

"Kalau kau bagi patient akak ni dekat orang lain,akak taknak kasi projek ratus-ratus kat kau"

FALEEQ QAYDERWhere stories live. Discover now