⛓️FQ13

201 8 0
                                    

Pening kepala Ayra makin menjadi-jadi. Meja di sebelah meja diraba-raba,ingin mencari minyak angin.

Habis terjatuh barang-barang di atas meja itu. Ayra tidak endahkan,kepalanya lagi penting.

Semua tu boleh beli baru.

Time macamni juga Nisrin tak balik-balik. Kata dah on the way balik.

Si Izz ni,aish budak seketul ni. Merajuk dengan Ayra sebab Ayra tak kasi dia makan gula-gula.

Entah kemana hilangnya dia.

"Apa yang payah sangat nak ambil minyak angin ni?!"amuk Ayra. Entah mengamuk pada siapa dia pun taktahu.

Ayra mengangkat kepala. Takde kat situ,patutlah.

Yela Ayra,jangan jadi biol. Kau kahwin pun belum.

Dia memejam sedikit matanya,cuba menghalau rasa pening itu pergi.

Terbanglah dikau di langit biru. Jangan ganggu aku.

"Sayang"

Ayra terkedu seorang diri. Bayangan lelaki di mindanya terpadam apabila dia membuka mata.

Kepalanya diketuk. Apa ni? Takut lah.

Ayra ingin bangun dari katil,dia ternampak minyak anginnya di meja solek.

"Kenapa Izz tinggal mama sensorang?"sayup-sayup dia terdengar suara lelaki.

Doktor Faleeq ke?

Dia terasa ingin menjerit meminta tolong. Semakin lemas dia dengan bayangan lelaki yang entah siapa-siapa menerpa di mindanya.

"Abang sayang Ayra. Sangat-sangat"

Ya Allah,aku dah tak larat.

"Kalau apa-apa jadi.."

"..jangan pernah sekali lupakan abang. Kalau tak abang denda"

Pandangan Ayra gelap. Perlahan-lahan genggaman tangannya di meja solek terlepas.

"Papa lah ni. Taknak kawan papa"

"Taknak kawan sudah. Pergi sana jauh-ja.."

"Papa!"

Nisrin menyilang tangan. Ayra yang sudah terbaring di atas katil itu dia pandang sayu.

Sebelum beralih ke arah Izz. Budak lelaki itu dijeling.

Takut-takut saja budak itu memandangnya. Rasa bersalah la tu.

"Papa,mama okay ke?"takut-takut dia menyoal.

Dia rasa bersalah yang teramat sangat kerana tinggalkan mamanya seorang diri.

Faleeq menyangkut stetoskop di leher sebelum mengusap kepala anaknya.

"Mama dah okay sekarang ni. Izz tak perlu risau ya?"lembut dia memujuk anaknya.

"Izz..Izz takut"dia menyembamkan muka di pinggang Faleeq.

Faleeq mengukir senyum nipis sambil mengusap anaknya.

Dia juga takut. Takut memikirkan Ayra.

"Nisrin,jangan lupa bawa dia pergi hospital kalau keadaan makin teruk. Terus bawa dia jumpa saya"Faleeq menutup pintu bilik Ayra.

FALEEQ QAYDERWhere stories live. Discover now