⛓️FQ14

181 8 0
                                    

"Betul ke apa yang aku buat ni?"dia tertanya-tanya sendiri.

Surat beranak itu dia pandang silih berganti.

"Papa,papa buat apa lagi tu? Cepatlah Izz dah tak sabar nak jumpa mama"Izz menarik-narik lengan baju papanya.

"Sekejap Izz"zip beg kecil itu dia tarik.

Beg itu disandang sebelum tangannya sebelah lagi menggenggam erat tangan Izz.

"Banyaknya papa bawa baju Izz,papa nak suruh Izz tinggal terus dekat sana ke?"teruja riak wajah anak kecil itu.

Faleeq memicit hidung anaknya itu. Bukan main suka kalau tinggal dengan mama dia.

"Papa minggu ni kena OT"

"OT tu apa papa?"berkerut muka Izz mendengar perkataan yang dia rasakan baharu itu.

"Overtime. Kerja lebih masa"

"Gaji papa pun lebih ke kalau macamtu?"

Faleeq mengangguk sebelum membuka kunci kereta.

"Jom"

Berkerut muka Ayra memandang Izz dan beg sederhana kecil di tangan.

"Nak tinggal sebulan ke dekat sini?"soal Ayra,bergurau.

"Kalau boleh. Izz pun dah muak tengok muka saya"Faleeq menyerahkan beg sederhana kecil itu ke Ayra.

"Papa!"

Faleeq tersengih.

"Papa memang memahami! Aww"

Terhambur ketawa Ayra. Ya Allah,anak siapa ni?

"Memang papa tak ambil lagi Izz balik rumah ni kang"Faleeq memaling mukanya.

Izz mengerling Ayra. Ayra mengangkat bahu.

Hujung baju papanya ditarik perlahan.

"Yela,Izz minta maaf. Papa kan hensem,mana ada Izz muak dengan papa"

"Adalah sikit kot. Tapi takdelah banyak. Sikit je"

Faleeq berasa annoying dengan anak sendiri.

Ni ikut perangai mak ke perangai ayahnya ni?

"By the way Syafia,minggu ni saya OT. Jadi saya memang tak dapat ambil Izz"

Ayra mengangguk.

"Takpe,saya boleh jaga dia. Jangan risau lah"Ayra mengukir senyuman,membalas senyuman lelaki itu.

Senyuman itu,buatkan diri dia berasa di awang-awangan.

Cukup Ayra,orang tu dah ada anak dah.

"Papa pergi dulu Izz"

Izz mencapai tangan Faleew sebelum dikucup.

"Bye papa. Izz sayang papa"

"I love you more"balas Faleeq namun matanya tertumpu ke arah Ayra.

Eh,tiber. Nape kau nyah.

Izz dan Ayra melambai sebelum kereta itu hilang dari pandangan.

"Mama suka papa eh"tebak Izz selamba.

"Eh,mana ada. Kenapa Izz cakap macamtu?"berdebar Ayra dibuatnya.

Yelah,budak itu kecil pada umur namun besar pada cara pemikirannya.

"Saja,mama janganlah gelabah sangat kalau mama tak suka"bersahaja saja nada suara dia,buatkan Ayra rasa mahu mencekik budak petah itu.




FALEEQ QAYDERWhere stories live. Discover now