⛓️FQ24

136 7 0
                                    

Ayra perlahan melabuhkan duduk di sebelah Faleeq yang termenung di beranda itu.

Nasib baik Izz dia sudah hantar ke Adli,minta tolong dia jagakan sekejap.

Lembut tangannya menyentuh kekura tangan Faleeq.

Faleeq tersentak sebelum menarik tangannya pantas.

"S-sayang"kendur suaranya.

Ayra menilik muka lemah Faleeq.

Ya Allah,suami dia ke itu?

Teruk sangat keadaannya.

"Sayang kenapa? Sayang okay?"

"Abang.."

"Abang tu yang tak okay. Sampai bila abang nak macamni? Dah dekat sebulan dah Along pergi"ujar Ayra.

Faleeq hanya membatu. Kata-kata Ayra itu berlalu bagai angin di telinganya.

"Abang.."tangan Ayra naik mengusap pipinya.

"Abang jangan macamni. Abang kena kuat. Abang kena redha dengan apa yang dah jadi. Takkan abang taknak cari siapa dalang di sebalik semua ni?"

Faleeq memandang Ayra.

"Abang tak kuat sayang. Abang lemah"

Naik angin Ayra dibuatnya.

"Kalau abang duduk je dekat sini memang takde apa yang abang dapat. Abang tahu tak,mungkin lepasni nyawa abang pula yang melayang. Abang tak sayang Ayra dengan Izz ke? Kalau abang mati siapa nak jaga Ayra dengan Izz?"hambur Ayra.

Argh,berdosakah dia meninggikan suara di hadapan seorang lelaki yang bergelar suami? Berdosakah dia kerana terlalu emosi?

Ayra sedaya upaya menahan air matanya gugur.

"Kalau ini yang abang nak,duduk je dekat sini sampai setahun dua,baiklah. Duduklah selama mana yang abang nak"

"Maafkan Ayra. Ayra sayang abang"serentak itu Ayra masuk ke dalam,membiarkan Faleeq yang sedang termenung di beranda.

Air mata yang tertahan dari tadi mengalir jua membasahi pipi.

Faleeq hanya memandang langkah isterinya pergi. Tidak berdaya untuk dia halang.

Sedikit sebanyak kata-kata Ayra tadi menyelinap masuk ke dalam hatinya.

Kalau Along ada,mesti along kecewa.

Dan mesti along harapkan aku untuk rungkaikan apa yang terjadi selama ini.

Faleeq menggenggam tangannya.

Selamat tinggal kesedihan.









Faleeq memandang tubuh belakang Ayra yang sedang berdiri menghadap singki itu. Sedang masak mungkin.

Sudah tiga hari Ayra tidak bertegur sapa dengannya. Dia faham isterinya mungkin rasa sebal dengannya. Sebulan bukan jangka masa yang sekejap.

"Sayang.."

Terkelip-kelip mata Ayra memandang Faleeq dibelakangnya. Sejak bila suaminya itu turun?

Hmph,ingatkan taknak turun terus. Duduk jela dekat beranda tu sampai tahun depan.

Ugh.

"Sayang,janganlah macamni. Tak kesian dekat abang ke?"

Ayra diam. Buat-buat fokus potong timun.

"Syafia,im talking with you"

Ayra menghela nafas sebelum berpusing menghadap Faleeq. Anak matanya meliar ke seluruh dapur.

FALEEQ QAYDERWhere stories live. Discover now