⛓️FQ9

185 9 0
                                    

"Hello"

Terpinga-pinga Adli memandang telefonnya. Kenapa lah aku angkat nombor ni?

"Adli,jom dating"

Nak pengsan Adli mendengarnya. Dasar minah sengal.

"Euw! Mana kawan serumah kau tu?"soal Adli.

Ayra mencebik bibir. Nisrin bertuah tu ada outstation pula dah. Tinggal dia sorang-sorang kat rumah tak tahu nak buat apa.

"Adli,jomlah. Aku taktahu nak buat apa dekat rumah ni"pujuk Ayra lagi.

Memang dia mengada sekarang ni,bosan gila nak mampus!

"Tak rajinlah"dengus Adli,kuat. Aku dah rileks baring atas katil ni dia ajak keluar pulak.

"Adli,pleaseeee. Aku belanja"pujuk Ayra lagi.

Adli menggulingkan mata. Matanya mengerling jam di dinding.

Pukul 9:30 malam.

"Yelah,jumpa dekat cafe hujung rumah kau tu"

"Yes! Yes yes yes! Thank you Adli!"girang Ayra berkata sebelum menutup telefon.

Adli menggeleng perlahan. Telefon ditutup.

"Mak kau!"Adli mengurut dada. Terpandang adiknya yang tajam memandangnya.

Dengan muka yang dibalut dengan benda warna putihnya.

Apa nama benda alah tu? Sheet mask? Ala yang duk bersepah jual tu.

"Nak apa Afi? Terkejut aku tahu tak?"jeling Adli tajam.

Boleh pulak buat selamba.

"Kau nak keluar eh?"jari Afi mencucuk-cucuk pipi Adli.

"Geli lah"tepis Adli. Adiknya itu macam takde telinga nak dengar apa yang dia cakap. Lagi kata geli lagi ke dalam dia cucuk pipi aku.

"Mengantuklah,kau la ni Li"bebel Afi sebelum keluar dari bilik Adli.

Lah,salah aku pulak? Siapa yang masuk bilik siapa?

Dengan muka hantu dia,hish.

Adli menyarung sweater hitam setelah menyarung tshirt putih di dalam.

Baju tu Afi punya. Rembat boek punya dari ampaian.

Siapa suruh angkat baju lambat. Padan muka.

Adli menyisir rambutnya sebelum menyembur minyak wangi di pergelangan tangan.

Dah,bukan nak pergi dating pun.

Adli melangkah keluar. Kunci motosikalnya dicapai di penyangkut kunci.

"Mak!"terperanjat Adli,lagi sekali.

Afi yang duduk di ruang tamu itu buat muka tak bersalah. Sikit-sikit terkejut.

Aku dah buka TV pun dia terkejut lagi. Apalah.

"Afrina.."Adli mengetap bibirnya.

"Pergi main jauh-jauhla. Dah lambat dah ni"halau Afrina selamba.

Adli menjeling Afrina sekilas sebelum berjalan ke luar.

Lama pula Ayra menunggunya nanti.

Takpe,balas dendam dengan Afi malam esok boleh.

"Eh Adli Haikal! Kau pakai baju aku eh?!"jerit Afrina.

Aku kenal eh baju aku!

Adli tersenyum senget sebelum hanya terdengar deruan motornya sahaja,laju membelah angin malam.

Huh,tak guna punya abang. Patutla hilang baju aku,kutuk Afrina.

"Lambat!"

Ayra mencebik. Sukati aku lah. Bukan guna minyak kereta dia pun kalau lambat.

"Sorry aa sorry. Kecoh ah"

"Banyaklah kau punya kecoh. Lama aku tunggu"

"Eleh,baru 10 minit lambat"Ayra menjawab.

Baru saja Adli mahu membuka mulut,Ayra sudah menahannya.

"Ah shut shut. Diam"

Adli memeluk tubuh.

"Kau taknak cerita ke aku macamana dulu?"

"Engkau? Dulu kau baik,cakap pun lembut je. Tapi sekarang.."Adli memandang Ayra atas bawah.

Ayra mencebir bibir.

"Aku tak seteruk tu eh sekarang"

"Cuma dulu,kau pemalu sangat. Cakap pun slow je dengan aku. Kalau ada Faleeq lagi la"

"Siapa Faleeq?"

"Cuba teka siapa"

Adli memandang Ayra yang berkerut-kerut memandangnya.

"Faleeq? Siapa Faleeq?"

Kepala Ayra terasa sakit. Bagai dicucuk-cucuk dengan jarum tajam.

"Eh Ayra. Stop"

Menyesal pula aku. Baru nak kasi pengajaran datang lambat.

"Adli,kepala aku sakit"Ayra mencengkam rambut di sebalik tudungnya.

"Ayra,breath"

Adli bangun lalu mencangkung di sisi Ayra.

"Breath Ayra. Fill your lung with air. Calm down"

"Kepala aku sakit. Sangat"

"Aku ingat siapa Faleeq. Tapi aku tak ingat muka dia"

"Aku.."

Adli hanya membiarkan Ayra bercakap seorang.

"Argh kepala aku sakit"Ayra menghantuk kepalanya di atas meja makan.

"Nak aku tolong tak?"Adli sudah mengangkat tangan.

"Engkau sabar kejap. Kepala aku berpusing lagi ni"

Adli hanya ketawa.

"Aku nak balik lah. Kepala aku pening sangat"

"Aku pergi bayar sekejap"


Ayra merebahkan badan di atas katil. Sempat dia menelan dua biji panadol tadi.

Menggigil badannya. Kepalanya pula terasa pusing.

Tidur adalah satu-satunya solusi terbaik.

Telefonnya berdering.

Agak lambat juga dia mahu mencapai telefonnya yang terletak di meja sebelah katil itu.

Tangan dipanjangkan. Teraba-raba dia mahu mencapai.

Unknown number.

"Hello? Taknak beli taknak beli"selamba Ayra bercakap.

Itulah,telefon aku lagi waktu aku tengah pening.

"Saya pun taknak jual apa-apa dekat awak Syafia"

Syafia mana ni? Aku la tu.

Lupa pula.

"Ni siapa bersyafia syafia ni"Ayra memandang nombor itu lama.

Siapa ni? Malas nak fikir.

"Doctor Faleeq here. Nak ingatkan esok kita ada dating"

"Doktor suka saya eh? Ajak saya dating pula"

"Why not? Cantik pula tu. Melepas kalau tak try"

Ayra mencebik.

"Doktor,saya letak dulu. Kepala saya pening sangat ni"

"Okay okay. Sorry kacau"

"Haah memang doktor kacau pun"

Ayra terus menutup telefon lalu dibaling ke bantal di sebelahnya.

Kacau je orang nak tidur.

Berat kepalanya pantas saja membuat dia terlena.

FALEEQ QAYDERKde žijí příběhy. Začni objevovat