⛓️FQ 29

115 7 0
                                    

Faleeq memecut laju keretanya. Nombor Adli didail lagi.

"Harap maaf.."

Pap!

"Damn!"Faleeq menambah kelajuan pada keretanya.

Berderam kuat kereta itu. Laju membelah jalan raya.

Bibirnya diketap kuat.

Dengan spontan dia membelok ke kanan sebelum berhenti di bahu jalan.

"Argh!!!"kepalanya dihentak sedikit kuat ke stereng.

Lama dia berteleku begitu sebelum dia mula meraba-raba kembali telefon yang dibalingnya tadi.

Nombor seseorang didail.

"Adam,get ready. Arman also. Panggil semua budak aku. Trace telefon syarikat Adli"

"Baik Tuan Qayder"

Faleeq mematikan talian.

"Izz"

"Tunggu papa"

Kereta hitam berkilat itu mula kembali membelah jalan.











Ayra berkumur setelah memberus gigi. Pening di kepalanya masih tidak hilang. Banyak menangis teringatkan anak bujangnya yang seorang itu.

Juga pening dengan suami yang tak reti nak angkat telefon bila orang call.

Ayra mengusap lengannya. Sejuk.

"Izz,Izz pergi mana sayang? Jangan buat mama risau"air mata seakan kering. Penuh hiba Ayra merintih.

Dia memejam mata.

"Kau yang tak reti jaga anak sendiri. Sampai hilang anak kau Ayra!"

Malas mahu melayan kata hatinya,dia merebahkan badan ke atas katil.

Tok tok!

"Masuklah,pintu tak kunci"jawabnya dengan mata terpejam. Mesti Mawar.

"Yaa,kau taknak makan ke?"

Kan betul. Siapa lagi nak risaukan dia kalau bukan nenek dengan si Mawar ni.

"Takde selera la Wa"

"Nenek cari kau. Aku kata kau tidur"jawab Mawar sebelum melabuhkan punggung di sebelah Ayra.

"Ni,aku ada bawa bubur ayam. Makanlah sikit"

"Taknak.."

Mawar sudah meletak bubur itu di meja sebelah katil.

"Kau jangan nak mengada-mengada macam anak aku. Asal sakit taknak makan. Tak makan lagi lah sakit. Apa susah sangat nak makan?"bebel Mawar.

"Diamlah,kepala aku pening ni Wa"

Mawar masih menggumam tidak puas hati. Keluhan berat dia lepaskan.

"Aku bukan apa Yaa. Aku risaukan kau tahu tak?"

"Takde apa yang nak dirisaukan lah. Aku pening kepala sikit je"

Ayra menolak sedikit badan Mawar.

"Terima kasih Wa. Tapi aku okay. Kau keluarlah. Anak kecil kau nangis nanti"

Serentak itu dengar tangisan anak kecil. Mawar memandang Ayra yang mengangguk itu.

"Kau angguk-angguk apa. Kalau ada apa-apa panggil aku"paha Ayra ditepuk sebelum dia bangun keluar dari bilik.

Ayra cuma sengih sebelum dengan terburu-buru dia bangun menuju ke bilik air.

Ayra terbongkok di singki. Cairan yang keluar dari mulutnya itu terus-menerus keluar sehingga lembik badannya.

FALEEQ QAYDERWhere stories live. Discover now