⛓️FQ22

164 8 2
                                    

"Along,nenda ada?"soal Faleeq ketika dia dalam perjalan ke hospital.

Dah lama rasanya tak pergi hospital. Biarlah,hospital tu datuk dia punya.

"Takde,kenapa?"

"Okay,malam ni aku pergi rumah nenda tau"

"Kau nak buat apa?"

Faleeq menghela nafas panjang. Matanya mengerling ke sisi tingkap.

Cantiknya awan.

"Faleeq,aku tanya ni kan. Kau berangan?"

"Awan cantik lah Long. Subhanallah"

Fahmi bingung sebelum dia tersenyum kecil.

"Ni mesti ada apa-apa dengan Ayra kan?"

"Ha? Aaa aku dah nak sampai hospital dah ni. Bye"

Fahmi memandang skrin telefon yang sudah gelap itu.

Dia perlu bertindak pantas. Faleeq sudah tahu.



Fahmi berlari masuk ke dalam bilik nenda. Digeledah almari untuk mencari fail dokumen yang terkandung dokumen penting Faleeq.

"Matilah aku!"

Rasanya nenda letak sini haritu lepas dia bagi haritu.

"Eh alahai benda alah ni pun"

Dia memandang tilam nendanya.

Tilam itu diangkat sebelum sehelai fail putih terjatuh. Beberapa keping not 100 juga turut jatuh.

Persetankan duit tu dulu Fahmi. Dokumen tu yang penting.

Dia menggeledah fail itu. Sijil nikah,salinan sijil lahir Izz serta kad pengenalan Ayra turut berada di situ.

"Pheww! Nasib jumpa nyah"bebel Fahmi sendirian.

"Faleeq,aku harap sangat kau tak marah aku"bisik Fahmi sendirian.

Dia berlari pula ke biliknya. Bergegar lantai rumah besar itu. Kalau jatuh memang naya.

Telefonnya dicapai.

"Afrina!"

"Eii kau ni bising lah. Nak apa?"lantaklah bos ke kuli ke,semua dia taram sama rata.

"Afi,dah dapat ke pasal Puan Ayuni tu?"

"Dah.."suara Afrina meleret-leret sebelum diam seketika.

"Afrina!"

Tup! Talian terus diputuskan.

Fahmi senyum kecil.

Dia memeriksa tarikh lahir Izz.

"Eh,sama tarikh pula dengan birthday aku budak ni sorang"

Anak buahnya.

Eii geli.

Cepat-cepatlah semua ini habis. Dia sudah tak larat. Kalau lah boleh dia nak bongkarkan saja semuanya sekarang.

Tapi dia perlu bukti kukuh dan kawalan keselamatan untuk isteri Faleeq.

Pheww,susah jadi abang sulung ni.





Ayra menapak ke hospital. Sudah beberapa minggu berlalu. Beberapa kali appoinment nya juga hanya dibiar.

Selepas Adli mengambil Izz tadi,terus dia ke sini. Lagipun dia sudah berjanji dengan Faleeq.

Ingatannya juga kadang-kadang terganggu. Masih memerlukan rawatan susulan.

Jadi apa salahnya,sebab dia berkahwin pun dia tak ingat.

FALEEQ QAYDERNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ