⛓️FQ27

137 11 0
                                    

Faleeq melangkah laju keluar dari kereta. Dia sudah terlewat.

Buka saja pintu rumah,dia bertembung dengan Ayra yang kebetulan mahu keluar.

"Sayang"terkejut Faleeq dibuatnya.

"Lambat"masam muka Ayra. Suaminya tu memang nak kena piat telinga.

"Im sorry. Semua dah siap ke?"

"Dah,abang tu je tak siap-siap dari tadi. Penat Ayra tunggu tau"

Faleeq hanya senyum mendengar Ayra membebel.

Semua salahnya. Dia sepatutnya balik awal memandangkan dia sudah berjanji dengan Ayra untuk pulang ke kampung.

Tapi lupa pula. Khusyuk sangat menggeledah isi buku,terus dia tenggelam di dunia sendiri.

"Sabajap,bagi abang mandi dulu okay?"Faleeq mencium sekilas bibir Ayra sebelum berlalu ke bilik mandi.

Ayra mendengus. Dahla orang geram dengan dia,main-main lagi.

"Mama!"

Ni lagi sorang.

"Izz Emir! Mama dah cakap jangan main kotor"nak saja dia piat telinga Izz melihat baju yang dipakainya itu penuh kotoran.

"Sampai hati Izz tinggalkan uncle"kata Adli yang termengah-mengah mencari nafas itu.

Membulat mata Ayra. Adli pun sama?!

Kotornya ya ampun! Tak main dekat parit mesti main dekat longkang besar belakang rumah.

Mesti punyalah!

"I..don't think we are safe now uncle"bisik Izz apabila melihat mamanya sudah naik hantu itu.

"Dua dua pergi naik mandi sekarang!"

"Aye aye captain!"sahut keduanya. Berdesup mereka menghilang.

Urut kepala Ayra dibuatnya. Macam-macam hal betullah budak berdua ni!

Yang dah boleh jadi bapak orang pun semacam nakalnya.




"Assalamualaikum.."Ayra memberanikan diri untuk keluar dari kereta. Hampir seminit dia berkira-kira untuk keluar atau tidak apabila melihat khemah yang dipasang di halaman rumah neneknya itu.

Ada apa ni?

"Ayra? Ya Allah Ayra!"Mawar yang sedang membetulkan alas kain di meja panjang itu terhenti melihat sepupunya.

Terus Ayra ditarik ke dalam pelukan.

Mengalir air matanya. Ya Allah,rindunya dia!

"Kau.."Mawar tidak berkata apa. Dia terlalu sebak untuk bercakap.

"Kau pergi mana Yaa? Kenapa dah lama tak balik rumah nenek? Kau tahu tak aku rindu kau"sebak Mawar bertanya.

"Nanti aku cite okay"hanya itu yang Ayra mampu jawab apabila dia melihat maklongnya yang sedang turun dari tangga rumah itu.

"Assala.."

"Apa budak sial ni buat dekat sini ni?"sembur maklong. Tajam matanya memandang Ayra atas bawah.

Ayra memejam mata.

"Saya.."

"Kau tak dialu-alukan lah di sini! Kau ingat kau tu siapa? Pergi berhambus balik sana lah!"maklong menunjal-nunjal kepala Ayra.

Terdorong Ayra ke belakang sebelum ada tangan yang memautnya.

"Abang"tumpah air mata Ayra melihat muka Faleeq.

Dia malu diperlakukan begitu,di hadapan Faleeq.

Faleeq menilik muka Ayra sekilas sebelum kembali memandang maklong yang bungkam itu.

FALEEQ QAYDERWhere stories live. Discover now