⛓️FQ23

135 7 2
                                    

Faleeq memaut dagu Ayra yang menunduk sedari tadi.

Berkejar ke hospital tadi ada pula kes,sehingga dia mengabaikan isterinya sebentar.

"Sayang okay? Dari tadi sayang diam ni,abang risau"mukanya ditayang betul-betul di hadapan Ayra.

Ayra mengangkat muka. Air jernih menitis kembali pada wajah sembap itu.

"Ayra tahu,tapi Ayra tak ingat. Sakit,tapi Ayra taktahu rawat. Penat,tapi kaki ni tak boleh berhenti"

Faleeq merangkul tubuh isterinya itu. Diusap belakang Ayra lembut.

"Sayang,abang taknak sayang sampai tertekan macamni. Please,you made a promise with me"

Tersedu-sedu Ayra menangis.

"Tapi abang,Ayra tak ingat. Ayra tak sempurna"

"Apa lah yang sayang fikir sampai macamtu sekali sayang cakap? No,absolutely no! You are perfect. From head to toe. In and outside"

"Tapi orang tadi,dia memang nak bunuh kita. Atau lebih tepatnya,dia nak bunuh Ayra"

"Abang taknak Ayra ingat pasal hal tu lagi. Please sayang"

"No! Macamana Ayra nak lupa tentang perkara yang boleh buat Ayra mati?!"

Ayra mencengkam baju Faleeq apabila dia terkejut dengan tindakan Faleeq yang menolaknya ke atas katil secara tiba-tiba.

Muka Faleeq yang berada di hadapannya dipandang.

Tangannya naik mengusap pipi itu. Air matanya menitis bagai tiada hari esok.

"You are too perfect to have me. Im sick"

Ayra memejam mata bila terasa lembut bibir Faleeq di bibirnya.

"But im so glad to have you,a very perfect wife,for a pathetic boy like me"Faleeq mengusap bibir Ayra lembut.

"Hold my hand,we go through this together. Im protecting you always my Syafia. That's my promise"

"What if you lose?"

"Abang kalah? Entah,belum pernah terfikir"Faleeq menyeka air mata Ayra.

"Tapi ada satu benda yang abang terfikir"

Ayra memandang Faleeq.

"Untuk buat sayang bahagia,walaupun tanpa abang"

"That's mean you lose"mendatar suara Ayra.

Air matanya bergenang.

"But sayang,i can't find the way. That's mean you need to always with me. No matter what. Im sorry for being selfish,but you are mine"

Ayra memeluk erat tubuh Faleeq. Tumpah lagi air matanya.

"Teruskan jadi selfish. Ayra suka"bisik Ayra perlahan sebelum dia memejam mata.

Ternyata hangat tubuh suaminya benar-benar buat dia rasa selamat.

Nyaman.

Indah perasaan ini,tidak dapat dia gambarkan dengan kata-kata.







Faleeq melempar kunci keretanya di atas meja. Sekeliling rumah agam nendanya dipandang.

"Along"laungnya di rumah agam itu.

Bergema kembali suaranya.

"Mana kau ni Long?"

Stor belakang.

Dia ragu-ragu juga pada mulanya. Alongnya itu berani ke?

Sudahnya dia hanya mengikut kata hati.

Langkah diatur menuju ke stor belakang.

Pintu stor itu dikuak. Gelap saja,along tak buka lampu ke?

"Alo.."suara Faleeq terhenti bila dia terlanggar benda di atas lantai.

Bau hanyir darah menusuk hidung.

Faleeq sudah kaku di situ. Dia tidak berani berbuat apa-apa.

Setelah membaca basmalah barulah dia perlahan-lahan mencapai telefonnya.

Menggigil-gigil tangannya membuka lampu.

"Along!"

Faleeq jatuh melorot di sisi tubuh Fahmi yang sudah kaku itu. Darah membasahi lantai dengan banyak sekali.

"Along,tak.. Jangan"Faleeq mula merintih.

"Along,bangun! Bangun!"Faleeq mula meninggi suara.

"Bangunlah!"digoncang kuat tubuh Fahmi.

Namun sedikit pun tiada tindak balas dari Fahmi.

Tangan Faleeq sudah menggigil hebat. Ya Allah.

Dia mendail nombor seseorang.

"Adli.."







Adli mundar mandir di hadapan bilik bedah itu. Dia sudah tidak mampu bertenang.

Mata dikerling sekilas ke arah Faleeq yang berteleku di atas kerusi itu. Diam saja daripada tadi. Air mata seakan teman sejati.

Ayra yang sedari tadi berada di sisi Faleeq menggosok lembut belakang Faleeq. Dia hanya diam melihat betapa derasnya air mata yang mengalir dari mata Faleeq itu.

Nenda Faleeq juga dalam perjalanan ke sini. Semuanya berlaku dengan pantas.

Afrina di sebelah dikerling sepintas lalu. Hidup lagi adik dia tu. Ingatkan mati dah. Tak reti-reti nak telefon orang agaknya.

Adli memusing kepala bila pintu ruangan menunggu itu dikuak. Terpancar riak kerisauan di wajah Nenda Fateema.

Ayra memandang lama wajah itu. Kepalanya berdenyut hebat tiba-tiba.

"Faleeq,apa yang dah jadi?"serak suara Nenda Fateema bertanya.

Faleeq hanya membatu. Tidak ingin langsung dia menjawab pertanyaan nendanya.

Dia tidak mampu berkata walau satu ayat.

Ayra memandang nenda Fateema. Dia sudah berkerut dahi.

"Ni siapa?"soal Nenda Fateema. Mata tuanya memandang wajah Ayra.

Pintu bilik kecemasan itu tiba-tiba dikuak luas. Faleeq sudah berdiri tegak.

"Doktor?"

"Maaf,kami tak berjaya selamatkan Tuan Fahmi. Masa kematian pada jam 13:24 minit petang"

Faleeq terkaku sendiri.

Nenda Fateema sudah terduduk di atas kerusi.

Afrina dan Adli hanya mendiamkan diri.

"Along.."














Tanah kubur yang merah itu diusap Faleeq perlahan. Tak kisah dah kotor atau basah.

"Along.."

"Kau tak adil tinggalkan aku macamni je along. Macamana aku nak sambung?"

"Along.."Faleeq sudah melutut di atas tanah.

Tersedu-sedu dia menangis.

"Kau kata nak teman aku. Kita siasat semua ni sama-sama. Tapi kenapa tinggalkan aku Long?"lirih Faleeq bertanya.

Bertanya kepada yang sudah tiada. Sakit sekali.

"Along.."

Air mata yang meleleh dibiarkan. Tiada rasa mahu diseka.

Seketika Faleeq menarik nafas.

"Aku kena kuat,aku nak kau tenang Long"

Faleeq berdiri. Renungan terakhir dia hadiahkan pada tanah merah itu.

"Selamat tinggal,Fahmi Hayder"

Faleeq terus melangkah tanpa menoleh.


FALEEQ QAYDERTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon