⛓️FQ8

194 10 0
                                    

Faleeq menyelak kertas di hadapannya. Berkerut dahinya.

Surat cerai.

Kertas itu dibelek-belek. Surat kepunyaan Puan Fateema.

Baru dia mahu baca lebih lanjut,seseorang membuka pintu biliknya.

Apa lagi,gelabah lah jawapannya. Sorok kertas bawah bantal. Tipikal budak kecil sorok gula-gula waktu tengah sakit gigi.

Tiber.

"Kau buat apa hah?"sergah Fahmi. Macamlah dia tak nampak Faleeq sorok kertas bawah bantal.

Faleeq mencebik. Loat!

"Bagitahu lah,kau jumpa surat cinta aku ke apa?"soal Fahmi.

"Euw,kenapa kau ada surat cinta? Siapa je nak kat kau ni?"atas bawah Faleeq memandang Fahmi sebelum dia tergelak.

"Kau ni,nasib je adik aku tahu tak? Kalau tak memang aku luku kepala kau"

"Asal kalau aku adik kau pun? Tak boleh luku?"Faleeq menepis tangan Fahmi yang sudah merayap di bawah bantalnya.

"Sebab aku sayang kau la gila. Takkan nak tengok kau sakit"Fahmi cuba lagi menarik bantal Faleeq.

"Eh,kau sayang ke tak sayang ke, kertas ni tetap tak boleh dapat. Syuh!"Faleeq menepuk tangan Fahmi.

"Nenda takde kan?"soal Faleeq sambil memandang Fahmi yang menggosok tangannya itu.

Eleh,tepuk sikit dah nak menangis. Blah lah.

"Takde,nenda pergi Johor"

"Buat apa?"

"Buat apa lagi? Shopping la"

Faleeq berkerut. Kat KL ni kedai dah habis ke apa?

Apa-apa jelah.

Faleeq menghulur surat cerai itu kepada Fahmi. Fahmi menyambut pantas.

"Oh surat ni. Kalau surat ni aku dah lama tahu"

Bulat mata Faleeq memandang Fahmi.

"Ala tomey-tomey mata dia. Macam mata anak anjing"Fahmi memicit kedua belah pipi Faleeq.

"Aku belum nak lepuk lagi mulut jahat kau long. Sukati panggil aku anak anjing"dengus Faleeq tak puas hati.

"Ni,asal aku tak tahu pun sejarah ni. Ni penting tau,asal aku taktahu?"soal Faleeq.

"Kau kan busy,cemana nak tahu"selamba Fahmi bersuara.

"Tapi takkanlah kau tak boleh bagitahu,kata sayang aku"ujar Faleeq lagi.

Geli tak geli,tu tolak belakang.

"Euw,sayang ke tak sayang ke kau cari la tahu sendiri. Poodah. Ni pandai pula kau selongkar almari nenda. Setahu aku nenda simpan benda alah ni elok-elok"tajam mata Fahmi memandang Faleeq.

"Serious tak Long! Aku jumpa ni dekat almari kecik sebelah katil nenda"

Sukati dia je tuduh aku selongkar bilik nenda. Tak hingin la nak selongkar bilik yang penuh dengan barang nenda tu.

Silap-silap boleh sesat dalam bilik nenda tu.

"Eleh yela tu,habis kenapa kau masuk bilik nenda?"soal Fahmi lagi.

"Aku ingatkan nenda ada dekat rumah,tu yang pagi-pagi nak wish morning. Saja"

"Yelatu"cebik Fahmi sebelum meneliti surat di tangannya itu.

Sampai sekarang dia pun tidak tahu punca penceraian itu. Sudahla bercerai,seminggu selepas itu atuknya meninggal.

Cinta dengan nenda separuh mati ke macamana.

FALEEQ QAYDERWhere stories live. Discover now