⛓️FQ1

663 17 1
                                    

Buk!

Buk!

Bertubi-tubi punching bag itu ditumbuk.

"Stop!"

Termengah-mengah Ayra dibuatnya. Nafasnya naik turun.

"Take it slowly Ayra"nasihat kawannya.

Muka Ayra hanya membatu.

"Enough for today Ayra"

Ayra mencampak kasar tuala di lehernya lalu disarung hoodie ke tubuhnya.

"Jom,dah lambat"

Dia menangkap botol air yang dibaling kawannya lalu diteguk rakus.

"Slow-slow lah gila. Dah macam unta"

"Diam ah!"

Nisrin menjongket bahu. Ganas betullah kawan dia ni.

Bahu Ayra dipeluk lalu mereka sama-sama keluar dari pusat latihan itu.

"Lepaslah,geli la peluk-peluk ni"Ayra menggoyang-goyangkan badannya.

"Peluk sikit pun tak boleh. Kedekut"

"Badan aku"

Nisrin buat selamba. Kalau dia koyak pun,ingat Ayra nak pujuk dia?

Hell no! Kau merajuk la sampai setahun lebih pun centu la juga dia.

Dari jauh Nisrin menekan butang kunci keretanya. Bernyala lampu kereta itu,tanda sudah dibuka.

Lagi beberapa tapak mahu sampai ke kereta,leher Ayra serasa dipeluk oleh seseorang.

Tersentak Ayra dibuatnya. Sudahlah tengah penat.

Whoever you are,you are dead.

Ayra menyiku kuat perut orang dibelakangnya itu.

Lelaki itu memegang perutnya sekejap sebelum tersengih. Tak sakit agaknya.

"Hai adik manis. Garangnya maghrib-maghrib ni. Dari mana nak ke mana?"

Eh wah dia tanya macam member lama!

"Tadi ingat nak balik,tapi sekarang kena cari tanah kubur dulu"jawab Ayra mendatar.

Tali hoodie di bawah leher di ketatkan. Masalah betul mamat dua ekor ni. Dahla dia tidak bertudung sempurna.

Seorang hadap Nisrin,seorang lagi menghadap dia.

Kutu rayau mana lah awal sangat sesat ni. Baru waktu maghrib.

"Adik ni garang sangat lah"lelaki itu mengeluarkan pisau lipat dari dalam poket seluar.

"Abang nak duit je,abang taknak apa-apa pun"

Dasar peragut hingusan.

"Adik manis.."

Buk!

Wassalam.

Terkebil-kebil Nisrin memandang lelaki di hadapannya yang sudah pengsan itu.

Ayra menahan gelak.

"Ala,asal awal sangat pengsan ni? Aku geli dia panggil aku adik manis tapi aku nak la lawan dia"cebik Nisrin.

Ayra tersenyum sumbing.

"Tak guna kau!"lelaki itu meluru dengan pisau di tangan.

Ayra mengeluh. Baru awal cerita dah kena serang ni apa kes?

Ayra menangkap pergelangan tangan lelaki itu lalu dihentak dengan lututnya. Terjatuh pisau itu dari pegangannya.

"Aduh-aduh! Sakitlah pompuan!"

FALEEQ QAYDERWhere stories live. Discover now