⛓️FQ18

190 6 0
                                    

"Sayang buat apa ni?"Faleeq menyoal bila Ayra menggeledah dompetnya.

Terkaku Ayra disitu. Rasanya tadi dia kunci pintu.

"Sayang?"

Mati lah aku!

Ayra melangkah ke belakang bila Faleeq merapatinya.

"Abang tanya,sayang cari apa?"Faleeq berhenti di tempatnya.

"Saya cari kad nikah kita"

"Oh"Faleeq menuju ke katil lalu berbaring. Malasnya dia nak masuk kerja harini.

"Oh je? Mana kad nikah kita?"

"Taktahu,yang pasti takde dekat abang"

"Macamana boleh takde?"Ayra menyoal. Si Faleeq ni macam endah tak endah je.

Entah-entah dia tipu aku?

"Abang tak tipu sayang,kad nikah tu wujud cuma bukan dengan abang"

"Lepastu dekat mana?"soal Ayra lagi. Dia meletak semula dompet itu ditempatnya.

Faleeq bangun sebelum berjalan merapati Ayra. Lengan Ayra dicapai sebelum ditarik lembut ke katil.

Dia memaut pinggang Ayra sebelum Ayra terduduk di atas pahanya.

"A..awak"gelabah Ayra dibuatnya. Dia tak pernah serapat ini dengan lelaki.

Ouh lupa,waktu makan tadi pun sama posisi duduknya.

Dia mahu bangun,namun erat Faleeq mencengkam pinggangnya buat dia terhenti.

"Stay. I love my view right now"tangan Faleeq naik mengusap pipi Ayra.

"Maaf"

Ayra mengangkat muka. Wajah penuh sesal Faleeq dia pandang.

"Dua tahun. Dua tahun abang biarkan Ayra terkapai-kapai seorang diri. It must be so hard for you sayang"

Ayra hanya diam. Tak lah susah mana pun.

Kot.

Hehe.

Ayra rasa tangan Faleeq mengusap pinggangnya. Dia mula rasa tak selesa.

I berdebar you,takut.

"Awak tak kerja ke harini?"

"Kerja,pukul 2 kejap lagi"

"Duduk sini kejap sayang"Faleeq mendukung Ayra lalu diletak di atas katil.

Dia berbaring di atas paha Ayra.

"Nak tidur kejap"

Ayra mengeraskan diri di situ. Dia terlalu takut nak bergerak,risau Faleeq terjaga.

Muka Faleeq yang nyenyak tidur itu dia tatap. Comel.

Tangannya membelai lembut rambut lelaki itu.

Hatinya ingin sekali tahu,di mana dia berjumpa lelaki ini. Terlalu sempurna pada pandangannya.

"Abang.."Ayra cuba memanggil panggilan itu namun dia berasa geli. Dia panggil lelaki ni abang ke dulu?

"Doktor Faleeq"dia teringat peristiwa dia memarahi Faleeq sewaktu di hospital tempoh hari.

Malunya rasa. Mesti dia ketawa dalam hati.

Huh.

Ayra mengerling jam. Jarum pendek sudah menghampiri jam satu.

"Awak,bangun"jemari Ayra mengusap pipi Faleeq.

Aww,lembutnya pipi dia. Gigit kang baru tahu.

Ayra menunduk. Hidungnya bergesel dengan hidung lelaki itu.

FALEEQ QAYDERWhere stories live. Discover now