⛓️FQ20

189 5 0
                                    

"Apa semua ni Long?"pening kepala Faleeq bila membaca diari arwah datuknya.

Baru suku,kepala dia rasa nak pecah baca pasal keluarganya itu.

Dia lagi rela baca buku sejarah pasal kemerdekaan dari baca sejarah keluarga dia.

"Jangan kata kau,aku pun pening bengong"

"Siapa Puan Ayuni ni? Tiber terselit nama dia"

"Kau kesahkan tu? Tak kesah siapa datuk kita ni sebenarnya?"bidas Fahmi.

"Ataupun.."

"Siapa nenda sebenarnya?"serentak suara dua beradik itu terdengar.

Fahmi sudah menggosok lengan.

"Woo,seram. Lagi seram dari cerita The Nun"

"Kau ni along,serius la sikit"rasa nak katuk je along dia ni.

"Along,kau tak rasa ke keluarga kita ni macam ada kaitan dengan keluarga Puan Ayuni ni?"

"Masalahnya,Puan Ayuni ni siapa? Aku penat dah fikir ni"

Faleeq memandang lama diari yang sudah kekuningan itu.

Siapa dia?

Ya Allah.

"Weh weh weh!"suara Fahmi.

Faleeq berpaling melihat Fahmi di tingkap stor itu.

"Weh chaw weh! Nenda balik!"

"The heck.. Bukan kau kata nenda balik Sabtu ke?!"

Dah lama hidup alongnya itu.

"Weh keluar weh aku taknak mati awal"kelam kabut Fahmi mencapai kunci.

"Kau letak elok-elok lah diari tu!"senget benget Faleeq mencampak diari itu di atas meja solek.

Kantoi nanti macamana?!

Selesai saja Faleeq meletak kunci di dalam kamus palsu itu,mulutnya ditekup sebelum ditarik ke belakang almari.

"Hmph!"meronta sekejap dia dibuatnya.

Dahla takut kantoi,alongnya pula buat tayangan perdana.

"Buka kunci stor ni"

Terdiam dua beradik itu di belakang almari.

Faleeq memandang tepat Fahmi yang relaks saja lagaknya.

Hakikatnya,tangan Fahmi sudah menggigil.

Dari celah almari,mata coklat tua Faleeq nampak susuk tubuh nendanya yang berjalan terus ke pintu stor kecil itu.

"Sekejap"

Faleeq sudah berpeluh sendiri. Pandang Fahmi disebelah pun dia takut.

"Kunci ni macam baru lepas dibuka"

Terbeliak mata Fahmi. Huwaa,taknak mati!

"Mustahil Puan. Hanya Puan saja tahu tentang kunci bilik ini"

"Hm,ya tak ya juga. Perasaan je kot"ujar Puan Fateema selamba.

"Buka"

Kosong selepas itu,tiada kelibat Puan Fateema. Lelaki yang bersama dengannya tadi keluar dari situ.

"Aku kata satu sampai tiga,kau keluar"bisik Fahmi.

"Kenapa aku je? Kau?"

"Kau keluar la dulu. Kalau keluar sama-sama nanti takut nenda dengar"

Faleeq meninjau pintu stor. Tiada kelibat orang.

"Ah takde,kau dengan aku. Kita sama-sama"Faleeq terus menarik tangan Fahmi.

FALEEQ QAYDERWhere stories live. Discover now