⛓️FQ17

208 9 4
                                    

Tertelan liur Ayra bila melihat Faleeq duduk di atas katilnya sambil membelai rambut Izz.

Kanak-kanak kecil itu masih lena tidur.

Faleeq mengalih pandangan. Mata mereka bertembung.

Tiada lagi pandangan membunuh,yang ada hanya pandangan biasa seorang Faleeq.

"Come here"

Taknak!

Ayra mengeraskan diri. Jujurnya dia masih belum boleh percaya semua ni jadi dalam hidupnya.

Sesiapa tolong sedarkan dia dari..

Pipinya terasa diusap perlahan. Ayra terdongak memandang Faleeq.

Almaklumlah tinggi melayut.

Takpela,doktor sorang ni dah tolong sedarkan.

"Jom"

Faleeq menarik Ayra ke balkoni bilik. Ayra hanya mengikut langkah Faleeq.

Selesai Faleeq menutup sliding door,dia memandang Ayra yang tegak berdiri memandangnya.

Terjongket keningnya. Isterinya itu masih takut dengannya.

Isteri,indah bunyinya.

"Kenapa pandang abang macamtu?"

Ayra rasa nak pitam mendengar soalan Faleeq. Bila masa dia seibu sebapa dengan si Faleeq ni.

Oh lupa,Faleeq ni suami dia.

"Sebab saya taktahu nak percaya ke tidak"

"Abang tak paksa pun sayang percaya"

Sayang!

Ayra memandang arah lain bila mata Faleeq bagai tidak mahu beralih darinya.

"Ask me"

"Why?"

Faleeq mengeluh.

"Sayang tak curious ke apa yang dah jadi? Macamana abang jadi suami sayang? Macamana kita kahwin?"

"Saya tak betul-betul ingat. Jadi saya taknak tahu"mudah Ayra menjawab.

"Okay,sekarang apa yang sayang tahu?"

"Awak suami saya dan Izz anak kita"

"Ask about Izz then"

"Taknak"

Faleeq mengurut pelipisnya. Ayra membuat muka tak bersalah.

Yela,dia taknak tahu pun. Nanti-nanti jela dia tanya.

Sebab dia taknak tahu.

Faham tak?

"Dan Adli.."

Faleeq mengangkat muka.

"Dengan along awak"

"Kenapa dengan dia?"

"Entah"Ayra termangu sendiri. Kenapa tiba-tiba boleh keluar pasal along si Faleeq ni?

"One more time and you are done. Kenapa dengan along? Dia datang jumpa sayang?"

"Tak,dia datang jumpa Izz dekat taman"

"Izz sorang-sorang?"

"Taklah,saya ada"

Faleeq menghembus nafas kasar. Sabar Faleeq sabar.

Kau kena banyak bersabar dengan insan bernama perempuan.

"I guess you are sleepy. Let's sleep"Faleeq bangun daru duduknya. Sabarnya kian menipis.

FALEEQ QAYDERWhere stories live. Discover now