⛓️FQ15

199 9 5
                                    

"Mama! Nak mandi"puppy eyes Izz kelipkan pada Ayra.

Ayra mengusap sebelum mencubit geram pipi kanak-kanak lelaki itu.

"Jom"

Tangannya menarik tangan kecil Izz.

Selesai mandi,Ayra duduk di atas katil manakala Izz terkedek-kedek dengan tuala di badan.

"Cepatlah Izz,mama nak masak pula ni"

Lambat betul budak ni sorang. Buat gaya penguin lah,beruang la.

"Izz,lambat nanti mama suruh pakai baju sendiri nak?"

Izz tersengih,menunjuk barisan giginya yang putih itu.

"Taknak~"meleret-leret suaranya.

"Kalau taknak mari sini cepat. Nanti mama lambat masak Izz juga yang lapar"

Ayra membuka zip beg Izz. Ada sekeping fail yang diletak sekali di dalam beg itu.

Ayra tidak jadi ambil pusing fail itu apabila Izz meloncat ke atasnya.

"Izz nak yang mana? Katak biru ke katak merah?"

Entah baju jenis apa Nisrin belikan untuk Izz ni. Kot ya pun tak suka,beli la elok sikit.

Ni katak merah?

Dan satu lagi,kenapa tak habis-habis dengan katak? Nisrin ni tak tahu ke dia tak suka katak?

"Katak hijau ada tak mama?"

Ayra menyarung baju bercorak katak biru itu.

"Takde. Aunty Nisrin Izz tu memang pelik sikit"

"Bukan pelik banyak ke mama?"

"Banyak ke sikit ke,dia tetap pelik"

Beritahu dia,siapa je yang boleh crush dekat ramai-ramai manusia?

Nisrin sorang je boleh.

Tak ke pelik tu.

"Mama,jomlah"Izz menarik tangan Ayra yang baru hendak mencapai fail yang terletak elok di atas katil itu.

Ayra mengeluh sebelum bangun mengikut langkah Izz.

Takpe,hari masih panjang.

Terbeliak mata lelaki yang sedang duduk sambil bersilang kaki di atas meja itu. Terketar-ketar dia berdiri apabila lelaki itu mencekak lehernya.

"Bangun!"

"Tu..tuan! Tuan masih hidup?"terketar-ketar suaranya. Jika bukan kerana lelaki itu mencekak lehernya,tidak mustahil dia akan jatuh terjelepuk di atas lantai.

"Arman,apa yang.."terlepas kertas di tangan seorang lelaki yang baru masuk itu. Bertaburan kertas setebal kamus di tangannya apabila melihat temannya.

Atau lebih tepat,orang yang mencekak leher temannya itu.

"Tuan Qayder!"

FALEEQ QAYDERWhere stories live. Discover now