Bab 1

284 37 3
                                    

Bibir Yunho melirik senyuman apabila melihat isterinya yang bertungkus-lumus memasak di dapur. Rasa penat kerjanya serta-merta hilang. Dia membawa diri ke sana lalu isterinya dipeluk dari belakang. Akibat terkejut, pisau di tangan Daeun terlucut ke bawah.

"Abang! Terkejut saya!" Marah Daeun. Yunho diam sahaja, menyandar kepala pada bahu isterinya.

"Abang.. lepaskan saya. Saya nak masak. Tak siap, awak nak makan apa?"

"Abang dah cakap kan jangan masak. Sayang tu mengandung. Mana boleh penat."

"Kandungan saya baru sebulan, larat lagi. Dah pergi sana." Daeun melepaskan diri dari pelukan Yunho lalu menolak suaminya ke tepi.

"Degil betul isteri abang, kan?" Yunho terus mencempung isterinya. Daeun terjerit kecil. Tangannya memeluk kemas tengkuk suaminya, takut jatuh.

Yunho membawa Daeun ke ruang tamu lalu didudukkan isterinya itu di atas sofa.

"Sayang duduk diam-diam. Biar abang yang masak."

"Mana boleh. Awak penat baru balik ker--"

"Aip! Mulut tu senyap." Yunho buat-buat marah. Mereka sama-sama ketawa.

*****

Tali leher dicapai sebelum dia pakaikan pada tengkuknya. Mimpi semalam tiba-tiba menjengah fikirannya. Dia melepaskan keluhan.

Selepas berpuas hati dengan penampilan diri, Yunho membawa diri ke bawah.

"Yun, jom makan." Ajak Puan Jeong di meja makan. Anaknya susah sikit nak diajak sarapan. Kadang-kadang tak ambil langsung sarapan, terus berangkat ke tempat kerja.

"Tak apalah, ma. Nanti saya singgah mana-mana tempat. Dah lewat dah ni." Ujar Yunho. Dia bersalaman dengan mamanya sebelum berlalu pergi.

Puan Jeong hanya melepaskan keluhan pendek. Kesian melihat kehidupan anaknya sekarang.

*****

"Eunna! Hati-hati main tu!" Jerit Mirae pada anak kecil yang sedang bermain bola di halaman rumah.

"Maaflah aku tak sempat nak beli barang dapur. Ni je aku boleh sediakan."

Mirae menoleh pada Daeun yang menghidangkan air kosong sejuk dengan sepiring biskut. Dia senyum kecil.

"Alah kau ni. Aku datang bukan nak makan. Aku nak jumpa kau dengan anak kau."

"Tapi tak elok tak sediakan apa-apa untuk tetamu." Ujar Daeun seraya duduk bertentangan dengan Mirae.

"Eunna dah berapa tahun?" Tanya Mirae.

"Dah empat tahun."

"Besar dah anak kau. Sekejap je rasa masa. Masa aku mula-mula jumpa Eunna, kecil lagi dia." Ujar Mirae. Dia memandang seketika pada Eunna.

Daeun tersenyum kecil. Teringat semula saat-saat anaknya itu dilahirkan. Bila dikenangkan balik, rasa sayu hatinya. Dia bertarung nyawa melahirkan Eunna seorang diri. Tanpa ditemani sesiapa termasuk suaminya.

MISTOOK ✔︎Where stories live. Discover now