Bab 18

128 28 9
                                    

Daeun membuka perlahan-lahan matanya apabila terasa keningnya dikucup berulang kali. Buka sahaja mata, wajah kacak Yunho yang baru bangun tidur menjamah pandangannya.

"Nak apa?" Rengek Daeun apabila tidur lenanya diganggu. Matanya dipejam kembali.

"Hei, bangunlah. Dah jam sembilan." Ujar Yunho, lembut dan perlahan seakan berbisik. Dia berbaring mengiring menghadap Daeun dengan kepalanya ditongkat dengan sebelah tangan.

Daeun buka mata semula sebelum tersenyum nipis.

"Lapar ke?"

Yunho mengangguk sambil muncung. Daeun ketawa kecil lalu menekup kedua-dua pipi suaminya.

"Kesian dia lapar. Nanti saya siapkan sarapan." Daeun kucup hidung Yunho sebelum bangun dari pembaringan.

Yunho yang baru dicium Daeun tadi mula tersengih-sengih sendiri. Sungguh, dia rindukan momen seperti ini.

"Eunna dah bangun ke?" Daeun bertanya seraya turun dari katil.

"Dah. Tengah tengok kartun favorite dia dalam tv." Beritahu Yunho seraya turut bangun dari katil. Pinggang Daeun ditarik lembut sebelum dia mendaratkan bibirnya pada dahi isterinya.

"Awak turunlah duduk. Saya nak masuk bilik air."

Yunho hanya mengumam dan Daeun berlalu ke dalam bilik air untuk membasuh muka dan gosok gigi.

Sedang Yunho menuruni anak tangga, loceng rumah berbunyi tanda orang datang. Cepat-cepat Yunho menuruni anak tangga. Eunna di depan tv sempat Yunho pandang sekilas sebelum membawa diri ke pintu rumah.

Buka sahaja pintu, Yunho agak terkejut dan bingung dengan kehadiran dua figura itu ke rumahnya.

****

Selesai membersihkan diri, Daeun keluar dari bilik air dan kedatangan Eunna yang menangis teresak-esak mengejutkan dirinya.

"Kenapa ni, sayang?" Daeun bertanya, risau. Dia menunduk menyamai ketinggian anaknya.

"P-papa dengan papa Hwa gaduh." Semakin kuat tangisan Eunna. Daeun agak terperanjat.

Seonghwa datang?

Daeun segera mengangkat Eunna lalu didudukkan anaknya itu di atas katil. Air mata Eunna dikesat.

"Sshh.. Eunna janganlah nangis." Kepala Eunna digosok sayang. Mengambil masa beberapa minit juga untuk meredakan tangisan anak kecil itu. Dalam pada itu, Daeun semakin risau kerana mendengar bunyi bising dari bawah.

"Eunna duduk sini tau. Jangan turun bawah." Daeun berpesan dengan nada lembut. Melihat Eunna mengangguk, Daeun terasa lega. Segera dia turun ke bawah setelah mengucup dahi anaknya.

Terkejut Daeun apabila dia sampai ke bawah. Yunho yang berada di atas badan Seonghwa segera didekatinya. Mingi juga turut ada di situ. Banyak kali juga dia menghalang tindakan gila Yunho tetapi kemarahan kawannya itu melebihi segalanya.

"Yun, kenapa ni?!" Daeun cuba menarik tangan Yunho daripada terus menumbuk wajah Seonghwa namun kekuatannya tidak dapat ditandingi dengan kekuatan suaminya.

"Tepi, Daeun. Saya perlu hapuskan manusia tak guna ni!"

Yunho mula mencekik tengkuk Seonghwa menyebabkan lelaki itu terbatuk-batuk.

"Yunho! Berhenti!" Jerit Daeun. Air matanya keluar. Walaupun dia tidak tahu apa masalahnya sekarang tetapi dia tidak sanggup melihat keadaan Seonghwa sekarang.

Terdengar sahaja tangisan Daeun, segera Yunho melepaskan tengkuk Seonghwa lalu dia bangun menghampiri isterinya. Mingi pula mendapatkan Seonghwa, membantu lelaki itu untuk bangun.

Seonghwa dari tadi tidak melawan, hanya merelakan apa yang Yunho lakukan ke atas dirinya. Dia rasa dia berhak dapatkan semua itu.

Yunho mencengkam lembut kedua-dua bahu Daeun. Dia merenung mata isterinya dengan dalam.

"Awak tahu tak apa yang lelaki tak guna tu dah buat pada kita?" Yunho bertanya dengan bibir diketap, menahan marah. Daeun pula kelu lidah. Dia takut melihat keadaan Yunho sekarang. Wajah bengis suaminya yang kemerahan, mata suaminya pula tajam menikam wajahnya, dan cengkaman di bahunya semakin kuat.

Yunho melepaskan keluhan berat, sedar kesilapannya. Dia menarik Daeun ke dalam pelukannya.

"Sorry."

Mata Daeun teralih pada Seonghwa yang dipaut oleh Mingi. Jatuh kasihan dia melihat lelaki itu yang sedang menahan sakit.

Apa yang Seonghwa lakukan sehingga Yunho bertindak sedemikian?

MISTOOK ✔︎Where stories live. Discover now