Bab 16

139 31 6
                                    

Loceng rumah berbunyi. Daeun yang sedang membancuh air kopi berpaling seketika. Dia sudah mengagak siapa yang datang.

"Eunna! Tolong buka pintu sekejap!" Laung Daeun. Eunna yang seronok menonton tv segera bangun. Dia berlari anak ke pintu rumah.

"Hai."

Eunna diam seketika sebelum dia tersenyum lebar. Lelaki yang berada di depannya sekarang adalah papa kandungnya. Dia masih ingat.

Yunho duduk mencangkung lalu rambut Eunna diusap sayang.

"Rindu papa?"

"Rindu! Mama pun rindu."

Yunho ketawa kecil. Dahi Eunna dicium sekilas sebelum dia bangun lalu mendukung anaknya. Dia masuk ke dalam rumah dan pintu ditutup.

Mereka menuju ke meja makan. Eunna didudukkan di atas kerusi. Kemudian muncul Daeun membawa sepinggan besar nasi goreng lalu diletakkan di atas meja.

"Morning."

Yunho menarik lembut tengkuk Daeun lalu dahi isterinya dicium sekilas. Dia tersenyum manis pada Daeun sebelum menghampiri Eunna semula, melayan anaknya bersarapan.

Daeun pula kaku di situ. Bukan tidak biasa cuma.. sudah lama dia tidak dilayan seperti itu. Rindu.

"Daeun,"

"Ya?" Daeun tersedar lalu memandang Yunho.

"Awak dah siap kemas? Saya nak bawa awak balik rumah kita."

Daeun tersenyum nipis lalu mengangguk kecil.

Yunho tidak meninggalkan pesan untuk dia berkemas tetapi dia tahu suaminya akan datang mengambil mereka berdua pulang ke kediaman mereka sebelum ini. Pasti Eunna suka. Mahu dibandingkan rumah yang mereka tinggal sekarang dengan rumah Yunho memang jauh beza. Rumah yang dia tinggal bersama Eunna hanya rumah sewa yang kecil.

Sekali lagi Daeun tersedar dari lamunan apabila Yunho menarik tangannya untuk sarapan bersama.

"Yun,"

Setelah sunyi menemani mereka, Daeun mula bersuara. Yunho yang sibuk melayan Eunna segera menoleh.

"Kenapa?" Tanya Yunho dengan nada lembut.

"Mama awak tahu ke? Saya.. risau kalau dia tak terima saya."

Yunho tersenyum nipis lalu mencapai tangan Daeun dan digenggam.

"Mama lah orang yang paling tak sabar nak jumpa dengan awak. Mama banyak tanya pasal awak dan anak kita sebelum ni tapi saya sahaja yang ego. Percayalah, mama tak pernah bencikan awak."

Mendengar itu, Daeun menarik nafas lega. Selama ini dia fikir yang ibu mertuanya turut membenci dirinya setelah apa yang terjadi. Syukurlah kalau begitu.

"Eunna nak jumpa nenek tak?" Yunho bertanya pada anaknya.

"Nenek? Nana masih ada nenek ke?"

"Ada, sayang." Jawab Daeun. Selama ini dia tidak pernah membuka cerita mengenai keluarga Yunho pada anaknya. Yang Eunna tahu, ibu bapa mamanya sudah tiada.

"Mestilah Nana nak jumpa. Sebab semua orang kan ada nenek." Jawab Eunna dengan tersenyum riang.

"Papa,"

"Ya, sayang?"

"Panggil Nana dengan nama Nana, bukan Eunna. Jangan ikut macam mama." Petah Eunna berbicara.

Daeun ketawa kecil. Selama ini dia memanggil Eunna dengan nama sebenar. Hanya Seonghwa sahaja yang pernah memanggil Eunna dengan gelaran itu.

"Baiklah, Nana sayang." Yunho membalas seraya mencuit hidung Eunna. Anak kecil itu ketawa comel.

MISTOOK ✔︎Where stories live. Discover now