Bab 4

142 30 1
                                    

Untuk sentuhan terakhir, Daeun mencalit sedikit gincu merah pada bibirnya. Dia menilik dress berwarna biru lembut di badannya. Pandai Seonghwa pilih. Sudah banyak kali dia menolak pemberian Seonghwa itu namun lelaki itu tetap berkeras dan akhirnya dia terima sahaja.

Daeun bersiap sekarang kerana Seonghwa mahu membawanya ke sesuatu tempat. Kata Seonghwa majlis kahwin sepupunya. Eunna beria mahu pergi, Daeun ikutkan sahaja.

"Cantiknya anak mama." Daeun tersenyum lebar melihat Eunna yang baru memasuki biliknya dan terus naik ke atas katil. Anak kecil itu mengenakan dress yang sama warna dengan ibunya. Itu pun hadiah daripada Seonghwa.

"Kesian dekat papa tunggu, lama mama bersiap."

Tahu sangatlah Daeun papa yang dimaksudkan Eunna itu. Seonghwa sahaja yang rapat dengan anaknya itu selain kawan baiknya, Mirae.

"Uncle Seonghwa dah sampai?"

Daeun tidak biasa dan kekok untuk membahasakan Seonghwa itu sebagai papa di depan anaknya. Dia tidak mahu melebih.

"Dah." Eunna mengangguk laju seraya tersenyum comel. Daeun ketawa kecil.

"Jom." Daeun mencapai beg tangannya dan apabila melihat Eunna mula menghulurkan tangan, dia ke sana lantas anaknya itu didukung.
Kemudian mereka turun.

Seonghwa yang berdiri di depan pintu rumah dihampiri. Lelaki itu nampak kemas mengenakan suit hitam dan rambut digayakan undercut. Sempurna.

Eunna beralih tangan. Seonghwa senyum pada Daeun seketika sebelum mula keluar bersama Eunna di dukungan. Daeun mengikuti dari belakang.

****

Hampir setengah jam menunggu, Mingi mula naik bosan. Telefon di tangan hanya dipandang sepi, tiada minat untuk melayan buat masa sekarang. Jus oren yang disediakan oleh Puan Jeong sudah habis diminumnya. Ini dah macam menunggu girlfriend bersiap lagaknya, bukan main lama.

"Aunty tak tahu kenapalah lama sangat dia bersiap."

Mingi agak terperanjat mendengar suara Puan Jeong yang berada di meja makan, tengah mengelap meja dengan kain basah. Mingi hanya tersengih.

"Pergilah tengok dia. Buat apa lama sangat." Suruh Puan Jeong. Dia pun kesian melihat Mingi yang lama menunggu di sofa.

Tanpa menunggu lama, Mingi mengorak langkah ke tingkat atas. Sampai di bilik Yunho, dia main redah masuk sahaja. Sudah biasa.

Ternganga Mingi apabila melihat Yunho yang masih berpakaian tidur tengah menghadap komputer riba di atas katil.

Yunho menoleh dan terkejut sedikit dengan ketibaan Mingi.

"Yow! Ada apa datang?"

Ada apa datang?!

Mingi terasa mahu menjerit kuat-kuat di telinga Yunho sekarang. Nasib baik ini rumah orang.

"Kau lupa ke?"

"Lupa apa?"

"Hari ni nak pergi majlis kahwin kawan aku. Nyanyuk ke?"

Yunho terdiam seketika. "Ya eh?"

Mingi meraup wajahnya dengan penuh frustasi. Yunho ketawa seronok.

"Maaflah aku lupa. Jap aku pergi bersiap."

"Lambat aku tinggal."

Yunho buat muka sebelum bangun dan berlalu ke bilik air.

MISTOOK ✔︎Where stories live. Discover now