Bab 5

129 30 1
                                    

Sungguh Daeun rasa tidak selesa jika berterusan berada di sini. Dari dia sampai sampailah sekarang, dia dihujani dengan pelbagai soalan dan juga terdengar bisikan-bisian mengenainya dirinya dan Seonghwa. Setahu mereka Seonghwa tidak lagi berkahwin dan kini tiba-tiba datang bersama seorang wanita, lagi-lagi seorang budak perempuan yang berada di dalam dukungannya. 

"Abaikan sahaja mereka." Bisik Seonghwa apabila perasan perubahan muka Daeun yang nampak tidak selesa. Daeun hanya senyum kecil. Eunna di dalam dukungan Seonghwa diambil.

"Pergilah jumpa dengan cousin awak."

"Tak nak ikut?"

"Tak apa, saya dengan Eunna duduk dekat sini." Tolak Daeun bersama senyuman. Seonghwa diam seketika sebelum mengangguk kecil.

Seonghwa sempat mencuit pipi Eunna sebelum bangun meninggalkan dua beranak itu di meja makan. Sepupunya yang bernama Hongjoong dan si isteri dihampiri.

"Cantiklah isteri uncle." Petah Eunna bersuara, melihat isteri Hongjoong dari jauh.

"Iya? Mama pula?"

"Cantik!" Eunna ketawa comel. Pipinya dicium Daeun kuat sehingga dia terjerit kecil.

"Ma,"

"Hm?"

"Mama pernah kahwin ke?"

Daeun senyum hambar. Rambut Eunna dielus lembut.

"Mestilah mama dah kahwin."

"Tapi mana papa Nana?"

Daeun terdiam. Melihat mamanya senyap sahaja, senyuman Eunna mengendur. Budak perempuan yang berusia empat tahun itu bukannya  tidak tahu. Dia tahu Seonghwa bukan ayahnya walaupun dia selalu memanggil lelaki itu dengan gelaran papa.

Kalau Seonghwa itu ayahnya, sudah pasti mereka akan tinggal bersama. Tetapi mereka tidak. Itu sudah cukup membuatkan Eunna tahu yang Seonghwa bukanlah ayah kandungnya.

"M-mana papa Nana?" Muka Eunna mula mencebik. Suaranya bergetar sedikit, menandakan dia mahu menangis.

"Eunna.. janganlah menangis. Mama tak suka." Daeun memeluk Eunna dan belakang anak kecil itu diusap. Dia bangun untuk keluar dari dewan itu, risau jika tangisan anaknya akan menganggu suasana di situ.

"Sayang mama, kan? Jangan nangis eh?" Daeun memujuk Eunna sambil melangkah ke pintu masuk. Eunna mula menangis teresak-esak.

"Sorry,"

Akibat terlalu ingin keluar dari dewan itu, Daeun tidak sengaja terlanggar seseorang di depan pintu masuk.

Lelaki yang dilanggar itu terkejut apabila melihat wajah Daeun.

"Daeun?"

Daeun yang baru mahu melangkah, menoleh semula. Dia mengamati wajah lelaki itu. Macam kenal..

"Mingi?"

Apa lelaki itu lakukan di sini? Hati Daeun tertanya-tanya.

"Apa tercegat lagi depan pintu ni?"

Tubuh Daeun jadi kaku. Suara lelaki di belakangnya cukup membuatkan tubuhnya menggeletar.

"A-aku.. tunggu kaulah." Mingi menjawab. Dia risau kalau Daeun menoleh dan sekali gus Yunho dapat mengetahui kewujudan wanita itu.

Yunho rasa sangsi melihat wajah Mingi. Macam tidak tenang sahaja. Dan.. kenapa wanita di hadapannya masih tidak berganjak?

"Excuse me?" Tegur Yunho.

Daeun menarik nafas panjang. Tangisan Eunna membuatkan hatinya makin tidak keruan. Dia menunduk kepala sedikit dan terus keluar dari situ, jauh dari mereka.

Kenapa? Kenapa dia berjumpa kembali dengan lelaki itu?

MISTOOK ✔︎Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon